1. Petang ini atau malam ini angka 280711 terlalu bermakna bagi seluruh rakyat Malaysia. Angka yang mendebarkan yang menguji ketahanan jantung mengepam darah keseluruh tubuh badan.
2. Angka ini hanya memberi peluang kepada kita dan lawan kita hanya 90 minit saja. Selepas tempoh itu ianya akan menjadi manis kalau kita boleh naik ke satu lagi tahap. Oleh itu pandai-pandai menafaat tempoh yang telah diberikan itu.
4. Sebab itu kita rakyat Malaysia mesti penuh yakin tapi tidak sombong apabila kesebelasan kita termasuk jurulatih kita turun dan masuk ke padang untuk bertarung dengan pasukan lawan. Kita yakin kita akan menang. Kemenangan yang melayakkan kita meneruskan langkah ketahap seterusnya. Mari kita sokong.
5. Sebab itu kesebelasan kita dan jurulatih kita mesti yakin tapi tidak sombong bahawa demi maruah kita, maruah negara dengan sepenuh jiwa dan raga akan menggunakan segala tenaga, kekuatan, kemahiran, pengalaman dan keazaman untuk mempertahankan gawang kita dari dibolosi lawan. Katakan kita tidak rela terjadi demikian.
6. Dan dalam nafas yang sama kita akan mengatur dan menyusun strategi dan teknik serta tektik yang boleh mengecewakan lawan. Lawan yang kecewa adalah mangsa yang paling mudah untuk kita tewaskan. Awas kita jangan pula hilang kesabaran apabila ada provokasi dari lawan. Kita yakin kesebelasan kita lebih berpengalaman. Tambah-tambah lagi dengan bimbingan jurulatih yang telah diuji banyak sekali.
7. Apabila kita berjaya mendapat jaringan pertama dan masih lagi tidak membenarkan gawang kita dibolosi, maka jangan sekali-kali kita mula puas hati, rasa complacent, sehingga membuatkan kita mula leka dan berada diawangan bermimpi indah kononnya kita berada dilandasan kemenangan.
8. Dan jangan pula sangka lawan kita terlalu lemah dan mudah dikalahkan. Sentiasa ingat mereka sudah ada simpanan tetap : 2 dalam tangan.Sebenarnya selagi kita tidak dapat gol kedua , ketiga , keempat dan gawang kita tidak dibolosi kita jangan leka.
9. Leka membuatkan kita kurang tumpuan, tidak fokus. Maka kita akan sia-siakan tenaga kita kerana beraksi entah apa, serba tidak kena. Sistem dan strategi langsong kita lupa.
11. Saya telah bersedia untuk menanti kemenangan dan untuk melihat pasukan kita melangkah kehadapan. Dihadapan saya diatas sebuah meja ialah sebuah tv dibawah program Astro, berdekatan sangat dihadapan saya ialah bekas makanan yang berisi kekacang, dan disebelahnya ialah secawan milo o yang boleh ditambah. Kami sekeluarga sedang menunggu. Harap-harap jantung kami kuat menahan debar perlawanan ini. Sudah tentu kami awal-awal lagi telah berkata Malaysia menang dan boleh kehadapan. InsaAllah.
Esok angka 290711 kita rayakan sepenuhnya kemenangan kita. OK.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan