Theflowersellingboy

Rabu, 4 Mei 2011

Osama ben Ladin : Kami Mohon Keampunan Untuk Mu

Dari Allah kau datang dan kepadaNya kau kembali, semoga Allah mengampunkan dosa-dosamu. Amin .

Berita terbunuhnya Osama ben Ladin telah diistiharkan oleh Barrack Obama, Presiden Amerika baru-baru ini. Pengumuman ini difahamkan mendapat reaksi yang menggembirakan dari sebahagian masyarakat dunia termasuk pemimpin dan orang-orang Islam sendiri. Mungkin juga ada pihak-pihak yang bersimpati dan merasa sedih akan pemergian Osama itu apatah lagi cara beliau meninggal dunia ialah mati dibunuh oleh penceroboh Amerika.

Osama dan kumpulan Al-Qaeda pimpinanya, telah disenaraikan sebagai pengganas dan kumpulan pengganas oleh Amerika dan sekutu-sekutunya yang lain.

Amerika adalah sebuah negara yang kuat dari berbagai sudut kehidupan- ketenteraan, ekonomi, politik, pengusaan ilmu dan teknologi dan sebagainya. Terlalu kuat dan berpengaruh sehingga apa saja yang tidak sealiran dengannya, khususnya yang melibatkan keamanan dunia akan mendapat kecaman dan tentangan yang hebat. Keamanan atau pengertian keamanan adalah hak dan monopoli Amerika. Sesuatu situasi itu kalau ditakrifkan oleh Amerika sebagai tidak aman kepada dunia dan mengancam keselamatan dunia, maka Amerika mempunyai hak yang mutlak untuk mencampurinya walaupun situasi itu berlaku diluar wilayahnya. Mencampuri urusan itu tidak setakat mempengaruhi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) atau Majlis Keselamatannya (MK) bahkan boleh memberi hak kepada Amerika untuk menyerang atau menawan negara yang dikatakan boleh memberi ancaman kepada Amerika atau dunia.

Maka Amerika dengan sombong dan angkuh dengan kekuatan ketenteraan, menyerang bagi menawan dan mengalahkan pimpinan negara yang tidak disukainya itu, tanpa menghiraukan bilangan rakyat negara tersebut mati bergelimpangan dik senjata pemusnahnya. Contoh, kenangkan semula perang Vietnam, penaklukan keatas negara Afghanistan, Iraq dan campur tangan dalam kebangkitan rakyat negara-negara Arab baru-baru ini.

Mana negara yang sanggup mencabar Amerika? PBB? MK? Kalau ada pun setakat mengeluarkan resolusi yang tidak dapat dilaksanakan.

Pembunuhan Osama ben Ladin adalah kerana 'kekejamannya' membunuh atau perancang dalam sesuatu pembunuhan orang yang tidak berdosa. Itu justifikasi Amerika dan sekutu-sekutunya. Seolah-olah Osama ben Ladin ini orang yang memulakan keganasan, pembunuhan kejam keatas orang tidak berdosa. Osama membunuh tiada bersebab. Nampak saja orang yang dia tidak setuju, terus darahnya naik menggila, lalu  diambilnya lastik, dia lastik kepala orang itu, maka mati terbongkanglah orang yang kena lastik itu. Atau paling hebat Osama menggunakan AK47, tembak siapa saja yang dia hendak tembak kerana Osama memang kerjanya membunuh. Itulah minat pertama Osama yang terlalu gembira membunuh orang. Dengan itu Osama tidak perlu di ancam, diganggu, disakitkan hatinya, diserang, dijatuhkan maruah bagi menaikkan nafsu marahnya bertindak balas. Sesungguhnya terlalu kejam manusia bernama Osama ini.

Untuk menghalang perbuatan dan kekejaman Osama itu maka dunia telah sedia ada pelindung yang terlalu baik , Amerika , memimpin yang lain, bukan saja setakat mengutuk perbuatan yang dimulakan oleh Osama itu bahkan menyerang dimana saja Osama dianggap berlindung diri. Maka kalau hentaman senjata yang berbagai bentuk dan kuasa kekuatan itu mengenai siapa saja, yang membawa maut atau merana sepanjang hayat, yang jumlahnya tidak terkira, tidak ambil pusing tua, muda anak-anak atau wanita, itu tidak mengapa demi keamanan dan keselamatan dunia. Itu kata Amerika dan sekutunya.

Amerika bukan yang memulakan provakasi atau kekejaman. Amerika tidak memasuki secara haram negara lain. Amerika tidak punya senjata pemusnah, senjata itu hak monopli Saddam Hussein kerana Saddam mempunyai teknologi mengeluarkan senjata pemusnah. Apa yang Amerika tahu? Buat lastik pun tidak mampu. Cuba lihat bagaimana rakyat Palastin melawan sekutu baiknya Israel. Amerika tidak mampu membekalkan lastik kepada tentera Israel untuk berlawan dengan orang Palastin yang menggunakan lastik. Maka banyaklah askar Israel yang mati terbongkang dik dilastik oleh orang Palastin. Begitu baiknya Amerika sehingga senjata lastik pun tidak digunakan bagi membantu sekutunya.

Ya Amerika dan sekutu-sekutunya terlalu baik, melindungi dan menjaga keamanan dunia. Kita semua dapat hidup aman selepas tentera Amerika membunuh Osama yang kejam itu. Marilah kita bergembira menyambut kejayaan tentera Amerika MEMBUNUH DENGAN KEJAM OSAMA BEN LADIN.

Kekejaman Osama mesti kita KUTUK. Dan sebagai seorang Islam kita mohon keampunan dari Allah diatas perbuatan Osama itu. Semoga kita semua diberi petunjuk oleh Allah SWT supaya tidak mengikuti jejak langkahnya.

AMERIKALAH YANG MEMPUNYAI SEGALA KEKUATAN, SENJATA PEMUSNAH YANG BESAR-BESARAN, MENCEROBOH DAN MENYERANG SERTA MENAKLUK NEGARA LAIN YANG LEMAH TANPA KEKUATAN PERSENJATAAN, MEMBUNUH DAN MENCEDERA SEHINGGA MENYEBABKAN HIDUP MERANA SEPANJANG HAYAT! adakah wajar kita istiharkan sebagai pelindung keamanan dunia?

BUKANKAH LEBIH CANTIK, MANIS DAN TEPAT KITA PANGGIL SEBAGAI PEMUSNAH KEAMANAN DUNIA KERANA YANG BOLEH MEMULAKAN KEKEJAMAN, YANG BOLEH MENEMBAK DAN MEMBUNUH ORANG DARI MANA-MANA JARAK UKURAN ADALAH MEREKA YANG MEMPUNYAI SENJATA DAN TEKNOLOGI SEDEMIKIAN.

Siapa atau negara mana agaknya yang memenuhi ciri sedemikian?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan