Seorang khusuk bermain dan seorang lagi lena dalam impian. Siapakah gerangan mereka ini? Anda boleh memberi berbagai jawapan mengenai mereka. Saya percaya anda dengan cepat dan pantas menjawab anak-anak itu ada hubungan dengan penulis, mungkin anak atau cucu penulis. Jawapan yang betul? , Ya cucu penulis.
Yang dikiri cucu pertama namanya Yousef Imran, dipanggil Yousef saja . Tapi gambar itu bukan yang terbaru. Waktu itu Yousef masih 4 bulan. Sekarang Yousef telah memasuki lapan bulan. Gambar disebelah kanan cucu yang kedua , namaya Ahmad Naqib, dipanggil Naqib saja. Gambar itu ialah semasa Naqib beberapa hari dilahirkan . Sekarang Naqib telah 2 bulan. Mereka itu adalah sepupu. Emak mereka adalah adik beradik, anak kepada penulis.
Yousef dan Naqib ketika dilahirkan matanya cegelang terbuka seperti sudah biasa dengan alam yang baru. Apa yang penulis tahu, sebahagian besar bayi sekarang waktu dilahirkan matanya cegelang terbuka, berbeza dengan bayi dahulu, dua puluh tahun dahulu, dimana akan membuka mata paling cepat lima hari setelah dilahirkan.
Dalam sehari dua dilahirkan leher Yousef telah boleh menanggong kepalanya untuk tegak, tidak lentuk tapi kalau menangis air mata tidak keluar. Naqib pula sebaliknya, lehernya tidak sekuat leher Yousef selepas beberapa hari dilahirkan, namun semakin hari semakin kuat seperti bayi yang lain, tetapi bila menangis mengeluarkan air mata berbeza dengan Yousef dan bayi-bayi yang lain yang pernah penulis saksikan.
Beza usia antara keduanya ialah 8 bulan. Ketika ini Naqib baru 2 bulan. Yousef masih lagi belum berjalan tapi sudah laju merangkak dan boleh berdiri sambil memegang bibir katil atau apa saja yang dapat dipegang bagi menyokong kaki untuk tegak berdiri. Naqib belum lagi, meniarap pun belum, cuma kadang-kadang ada usaha untuk mengereng badan ke kiri dan ke kanan semasa berbaring.
Yousef mahu dengan siapa saja walaupun dia sudah kenal orang. Tidak memilih. Tetapi kena ambil masa sedikit , tidak lama. Bila Yousef telah serasi dengan persekitaran, dan seminit dua telah menatap wajah seseorang, dia akan mudah didekati untuk diambil, didukung atau dibawa kemana saja. Setelah dapat berbuat begitu, bawalah dia berjalan kerana kalau masih dekat dengan umminya kita hanya dapat sekejap saja bersama dengannya.
Naqib pula masih belum kenal orang. Siapa saja yang sanggup mendukung dan mendodoinya boleh saja berbuat begitu. Tapi perlu diberi peringatan bahawa Naqib ini kerap muntah. Kesian bila melihat Naqib semasa diasak oleh angin dalam perut sebelum mengeluarkan muntahnya. Beliau menangis semasa dalam keadaan seperti itu. Saya sendiri semacam sesak nafas apabila melihat Naqib hendak muntah, mahu menangis rasanya. Selepas muntah beliau mula merasa lega dan tidak menangis lagi. Walaupun Yousef selalu muntah pada usia yang sama dulu tapi muntahnya biasa saja.
Yousef mudah senyum. tengok cermin, dia senyum. Nampak orang walaupun baru bertemu dia senyum. Murah rezeki cucuku ini. Naqib pula telah pandai senyum dan ketawa bila dihagah. Pagi-pagi lagi dah bersuara ajak bermain.
Hal yang mesti juga diberitahu ialah tentang mandi. Biasanya yang memandikan ialah neneknya. Waktu mandi biasanya pada pukul 9 pagi . Yousef, semasa 1 hingga 3 bulan dulu suka sangat mandi, tak takut air. Oleh kerana lehernya kuat membuatkan kepalanya tidak lentuk dan mudah untuk di mandikan. Tapi ada masalah juga sebab kakinya kuat menendang membuatkan neneknya terpaksa pegang kuat-kuat. Nenek pula tenaganya sudah semakin menurun. Nak bangkit dari duduk pun mengambil masa.
Naqib pula takut air, semasa beberapa minggu dilahirkan. Buka saja semua pakaian untuk dimandikan dia akan menangis, bukan perlahan, kuat , diterankan suaranya. Bila kena air, apa lagi menjerit menangislah dia, menggeletar terlalu kesejukan. Kesian juga tengok dia . Tapi sekarang, sudah ok, suka mandi dan tidak nangis.
"Yousef berhentilah main, tidur pulak".
"Naqib bangunlah, kita main-main".

Tiada ulasan:
Catat Ulasan