Berihat sebentar: Kita duduk diatas kerusi empuk, pandang kehadapan ,tarik nafas panjang lima saat, kemudian tahan nafas selama sepuluh saat dan hembus nafas sederas mungkin.. Ulang lagi sebanyak sepuluh kali.
Bagaimana ? Berjaya merasa kerehatan keseluruhan? Maksud saya , rehat fizikal dan mental. Belum lagi?. Tidak mengapa. Jangan buat diri kita tertekan. Yang kita cari kerehatan tetapi dik tidak berjaya cara yang kita buat sebentar tadi kita merasa stress, tertekan. Lupakan cara itu buat sebentar dan jangan pula cuba memikirkan cara yang lain sebagai alternatif untuk mendapat kerehatan. Lupakan saja.
Habis apa yang perlu kita buat untuk mendapat kerehatan yang menyeluruh? Jangan buat apa-apa, cuma kita terus duduk diatas kerusi empuk itu, lihat dihadapan. Kita terima seadanya apa yang kita lihat. Jangan buat sebarang ulasan, penilaian atau cuba mengadakan hubungan. Kemudian tarik nafas panjang lima saat, tahan nafas selama sepuluh saat, lepaskan. Buat sebanyak sepuluh kali. Macam mana ? Dah mula rasa kerehatan? Tidak juga?
Jangan risau dan jangan kecewa. Nanti tertekan, stress. Jangan cuba berdiri mengubah kedudukan. Duduk, teruskan duduk diatas kerusi yang empuk itu. Mata masih lagi pandang ke depan, jangan toleh kiri atau kanan. Apa yang masih ada dihadapan terima seadanya. Jangan buat ulasan, penilaian ataupun buat hubungan. Fokus. Tarik nafas panjang liama saat, tahan nafas sepuluh saat, hembus nafas sekuat mungkin. Macam mana? Sudah tentu mula rasa kerehatan. Tidak juga.
Kalau begitu kaedah ini tidak boleh pakai. Tipu saja. Nasib baik tidak dikenakan bayaran.
Penipu besar? Jawabnya tidak. Kita cuma cuba mencadangkan suatu kaedah cara bagaimana untuk mendapat kerehatan, mental dan fizikal. Kaedah ini tidak disokong oleh kajian yang saintifik. Tetapi ianya jika diamalkan dengan penuh keyakinan saya percaya ianya akan berkesan.
Cuba ulang baca. Apa sebenarnya yang hendak saya sampaikan. Saya percaya terlalu mudah bagi anda untuk menukil mesejnya. Bukan kaedah itu yang penting, mesejnya yang penting.
Kalau anda masih tidak dapat menukil mesej yang hendak disampaikan itu, jangan rasa tertekan, jangan stress. Anda bangun dan berdiri, terus pandang kedepan dan tarik nafas panjang. Boleh? Kalau boleh maknanya anda seorang yang sihat walafiat kerana mampu berdiri setelah duduk tadi sewaktu buat eksesais tarik nafas. Alhamdulillah. Hembuskan nafas. Boleh juga? Anda punya masa depan , esok masih ada.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan