Theflowersellingboy

Khamis, 5 Mei 2011

Dailog Dua Sepupu: Nak Jadi YB


  •  
  •  Helo Naqib, apa kabar? 
  • Baik-baik saja bang Yousef. 
  • Abang buat ape tu? Mulut ternganga nampak gigi atas dua batang.Pegang kerusi pulak tu. 
  • Inilah Naqib, abang nak prektis buat ucapan, nak jadi YB. Nak rebut kerusi rumah, ehh silap, kawasan abang nanti, Seri Istana. 
  • Wah hebat sungguh bang Yousef ni, umur belum setahun jagong, dah ada wawasan nak jadi YB. Seronok ke jadi YB ni bang? 
  • Naqib naqib, jangan samakan abang dengan jagong. Itu modal orang lama, kita orang baru, generasi baru. Kita cakap pasal biotek. Kiasan gunakan bahasa biotek. Tapi , Naqib isaplah putingtu baik-baik masuk dalam mulut. Ehh apa soalan Naqib tadi?
  • Kalau isap puting macam mana Naqib nak cakap dengan abang.Puting ni plan B lah, kalau mama tak ada baru isap. Takkan nak jadi YB pun abang tak tahu pelan luar jangka, contingency plan. Maaf bang eei Naqib gurau saja. Orang nak jadi YB mesti senyum selalu, kalau tidak terkedu abang nanti. Seronok ke jadi YB?  
  • Wah wah wah Naqib, perli abang ye, tak pe abang sudah lali pasal tu sume. Naqib cakap pasal senyum? Abang tak setuju senyum selalu. Itu pura-pura namanya. Tengok muka abang, macam mana? Abang ni SS lah. Tengok cermin pun abang senyum, inikan pula dengan rakyat, mesti SS.
  • Abang tak jawabpun soalan Naqib, seronok ke jadi YB?. Apa pulak SS tu bang, bukan ke SS tu senyum selalu yang abang tak setuju tu atau   Syok Sendiri ?
  • Naqib naqib. SS tu ertinya Sentiasa Senyum lah, macam abang ni. Tak pura-pura, ape kata orang putih tak hipokrit. Senyum selalu tu senyum sambil lalu, tak tahan lama tak ikhlas. Kalau kita nak jadi YB kita mesti beri senyuman yang ikhlas, masa kempen kita senyum, habis kempen pun kita senyum, rakyat minta tolong dan jumpa kita pun kita senyum, berkhidmat dengan ikhlas, jangan sambil lalu saja.  Itu yang seronok jadi YB ni. Ade paham? Hehehehehehehe. Maaf Naqib abang nak sambung sikit. Abang setuju juga dengan syok sendiri tu kerana dia menandakan kepuasan kita memberi khidmat kepada rakyat.
  • Maknanya abang pentingkan diri sendirilah?
  • Naqib naqib, sebab tu lah Naqib masih perlukan puting sebagai plan B. Pelan kita mestilah sesuatu yang boleh membuatkan kita berdikari. Pelan Naqib tu masih bergantong kepada pihak lain. Abang kata kepuasan memberi khidmat kepada rakyat  membuatkan abang syok sendiri. Bila rakyat telah mendapat khidmat terbaik dari kita, ape, kita tak mahu tumpang suka ke? Sudah tentu kita seronok bukan. Kita syoklah tu.
  • .Pening kepala saya bang, banyak putar belitnya, banyak songehnya. Saya juga boleh kata SS tu ertinya Sapu Semua atau Simpan Sorok atau Secret Society, gengster.
  • Kita tak boleh sangka buruk. Dosa kering namanya. Mesti bersangka baik, jangan kata mengata, umpat mengumpat atau tuduh menuduh, jangan buat fitnah. Itu politik kotor. Sebenarnya politik ni bersih, berkhidmat untuk rakyat dan untuk kebaikan kita juga. Kalau rakyat senang, dia orang tak kacau kita, semua senang, happy.
  • Tapi bang, minta maaf bang, orang politik kan ke banyak cakap. Tengok abang pun nak prektis buat ucapan. Tak kan sekali dua tak terlanjur mengata orang. Setidak tidaknya mengatakan abang lebih baik dari pesaing abang. Kan ke ini permulaan kepada kata-mengata? Siapa lebih baik dan siapa tak baik.
  • Kita berhujah berdasarkan fakta dan maklumat yang konkrit, yang betul, Naqib. Bukan hentam kromo. Kita mesti ada arah tuju yang jelas, ada road map. Tak boleh kelentong. Itu politik lama, bukan politik generasi kita. Mereka ada ni, otak. Kita boleh reka cerita yang bukan-bukan memburukkan pesaing kita. Tapi orang tak telan begitu saja.
  • Tapi abang setuju tak, ada kata mengata, memperlekeh idea lawan. Kalau tidak macam mana nak kata kita punya lebih baik . Mesti ada perbandingan
  • Betul, mesti ada perbandingan. Kita bentang idea kita, dia bentang idea dia. Rakyat jadi pengadil, pilih mana yang terbaik. Kita jangan hentam peribadi dia.
  • Saya tak yakin bang. Mana boleh kita tak lihat peribadi. Kalau kita tahu dia kaki songlap macam mana? Sudah tentu kita tak mahu dia jadi YB kita.
  • Abang setuju dengan Naqib. Kalau kaki penipu, jangan bagi muka, tolak.
  • Maknanya kita kena sentuh soal peribadi le?
  • Boleh sentuh, tapi mesti ada bukti, jangan hentam kromo. 
  • Bukti kan ke kita boleh reka-reka. Abang tak dengar ke cerita pasal video? Nampak betul-betul serupa.
  • Itu orang bodoh. Dah lah abang tak suka bincang hal orang bodoh. Mengarut.
  • Tapi bang, katanya demi bangsa, negara dan agama. Sanggup bersumpah bang.
  • Ye? Baguslah. Tapi abang nak jadi YB yang baik. Abang nak lantik Naqib jadi Pengurus Kempen
  • Biar betul bang. Apa lah Naqib tahu pasal politik. Isap puting pun tak pandai, selalu terkeluar dari mulut.
  • Tapi Naqib jujur. Itu yang mustahak. Mulai sekarang Naqib kumpul maklumat dan fakta yang relevan bagi kawasan Seri Istana. Misalnya jumlah penduduk menurut kaum, kemudahan yang sedia ada dan macam-macam lagi. Tapi yang penting Naqib selalu duduk digerai-gerai dengar cerita dia orang. Apa dia orang hendak. Apa yang dia orang tak puas hati. Tapi ingat mesti SS. Bukan sapu semua, sentiasa senyum.
  • Ok lah bang. Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada saya. Semoga abang berjaya.
  • Bukan abang saja berjaya, Naqib pun berjaya juga. Abang lantik Naqib sebagai Pengurus Khidmat Masyarakat kalau abang menang nanti.
  • Ehh tak boleh bang, Itu kroni namanya.
  • Naqib naqib, macam macam kau ni. Baik isap puting kau tu. Heheheheheeeeee
  • Sebelum saya isap puting, saya ada soalan akhir bang, mengenai dasar  luar. Sebagai YB abang mesti tahu dasar luar negara. Begini bang, apa pendapat abang tentang Osama ben Ladin?
  • Amerika yang jahat, syaitan besar.
  • Cot cot cot coooot, cot cot coooootttt

Tiada ulasan:

Catat Ulasan