Theflowersellingboy

Isnin, 8 Disember 2014

TERIMALAH KEKALAHAN DENGAN MENGHORMATI KEMENAGAN PIHAK LAIN




Fasal apa bergaduh dan pukul tetamu. Terimalah kekalahan kerana memang pasukan lawan itu lebih baik dari pasukan kita.

Amat memalukan. Satu dunia tonton perlakuan jahat kita, pukul tetamu yang sepatutnya diberi layanan baik. Apa faedah yang kita dapat. Sudahlah pasukan kita kalah, nama baik negara juga terjejas.

Masa kita menang lawan pasukan Singapura, di Singapura dulu, mahukah kita dipukul oleh penonton Singapura? Sudah tentu kita tidak mahu dibuat begitu. Kita mahu orang Singapura khasnya menghormati kemenangan kita

Oleh itu kemenangan pasukan Vietnam sepatutnya kita hormati. Vietnam menang dan kita kalah, apa yang jadi masalah sehingga menaikkan darah kita.

Vietnam menang kerana pasukan itu bermain lebih baik dari pasukan kita.  Terimalah kekalahan jika kita faham makna saingan. 

Kita kalah sebab ada kelemahan dalam pasukan kita. Carilah kelemahan itu daripada kita bertindak ganas memukul tetamu kita. 

Jangan cari alasan konon kita diprovok? Adakah kita terlalu lemah mengawal perasaan sehingga kita tidak tahu siapa sebenar kita. Bukankah kita tuan rumah? Tahu tak apa tanggongjawab sebagai tuan rumah? 
  se
Tuan rumah mesti menjaga keselamatan tetamunya dan bukan memukul tetamu.

Tidak ada guna kita laungkan sokongan terhadap pasukan jika kita tidak bijak menjaga nama baik pasukan itu. Dan kita memalukan negara kita sedangkan kita dengan bangga menyanyikan lagu NEGARAKU sebelum perlawanan bermula.

Apa makna nyanyian kita itu kalau kita bertindak ganas.

Sekarang apa sudah jadi? Dengar khabar kita sudah takut hendak ke Vietnam untuk perlawanan pusingan kedua. Kita takut orang Vietnam pukul kita pula.

Mungkin ada asas akan ketakutan kita itu sebab itulah cara berfikir kita. Disebabkan tindakan ganas kita, kita percaya ianya akan dibalas dengan keganasan apabila kita bermain ditempat orang. 

Mungkin kerisauan kita itu adalah atas kepercayan bahawa tindakan balas dendam pasti dilakukan oleh penonton Vietnam, apatah lagi sekiranya Vietnam tumpas ditangan kita. 

                                               atau

Mungkin ianya sebagai satu jelmaan rasa bersalah atas perbuatan ganas yang telah kita lakukan itu.

Kita mengharapkan Vietnam tidak bertindak balas apabila kita bermain di sana nanti sama ada pasukan itu menang atau kalah.

Jika Vietnam juga bertindak cara yang sama, ianya amat memalukan.  

Sama ada Vietnam bertindak ganas atau tidak, nama baik kita telah terjejas.

 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan