Theflowersellingboy

Selasa, 2 Disember 2014

KUTIPAN ZAKAT: Apa Menfaat Kepada Orang Islam




Hasil kutipan zakat bagi Wilayah Persekutuan diberitakan telah mencecah RM2.2 billion. Jumlah ini tidak akan dapat diatasi oleh negeri-negeri lain. Namun begitu menteri yang bertanggungjawab tentang agama Islam masih merasakan jumlah ini boleh dipertingkatkan.

Tahniah kepada umat Islam Wilayah Persekutuan tentang kesedaran menunaikan satu dari 5 Rukun Islam itu. Begitu juga kepada pemilik-pemilik syarikat Islam yang membayar zakat dari hasil keuntungan berniaga.

Saya percaya, hasil zakat negeri-negeri lain juga bertambah dari tahun ke setahun.

Jumlah hasil zakat yang bertambah itu antaranya adalah atas usaha bersungguh-sungguh institusi yang menguruskan kutipan zakat dengan melakukan berbagai cara untuk mempermudahkan bayaran zakat  (bayaran atas talian, membuka banyak kaunter di luar ibupejabat) dan ingatan serta promosi tentang kesedaran dan kewajipan membayar zakat.

Itu tentang kutipan. 

Jika usaha yang bersungguh-sungguh telah dibuat untuk mendapat kutipan zakat yang bertambah maka adalah juga menjadi tanggungjawab pihak institusi yang mengutip zakat ini memaklumkan kepada masyarakat tentang jumlah yang telah dimenfaatkan bagi asnaf-asnaf penerima zakat. Bukan itu saja bahkan disebarkan makluman dan maklumat tentang bantuan dan program-program yang boleh dimenfaatkan dari hasil zakat ini. Begitu juga dibuka kaunter-kaunter bagi memberi khidmat menerima permohonan bantuan.

Ada juga institusi mengutip zakat ini berhujah bahawa pihaknya hanya bertanggungjawab untuk mengutip zakat. Pembahagian zakat dilakukan oleh bahagian lain. Dengan sebab itu pihaknya tidak merasakan menjadi tanggungjawab untuk memberi maklumat dan makluman tentang bagaimana wang zakat dimenfaatkan.

Itulah yang telah diberi tahu kepada saya oleh institusi mengutip zakat dalam sebuah negeri apabila saya bertanyakan tentang penggunaan wang zakat itu.

Sesungguhnya perkara ini boleh difaham bagi mengelakkan salah guna kuasa dan mewujudkan sistem semak dan imbang (check and balance). 

Tapi adalah tidak wajar institusi itu tidak mahu ambil tahu maklumat atau mahu mendapatkan maklumat dari pihak yang melakukan pembahagian zakat itu.

Maklumat itu adalah penting antara lain bagi digunakan sebagai bahan bagi menggalakkan dan menimbulkan kesedaran untuk orang membayar zakat. Lagipun, institusi yang membuat pembahagian zakat itu adalah dibawah struktur oragnisasi yang sama, iaitu Pihak Berkuasa Agama Islam.,

Jadi jika pihak berkuasa Agama begitu berusaha sangat bagi mendapatkan zakat yang bertambah setiap tahun, apakah tidak menjadi tanggungjawab utama mereka untuk menfaatkan wang zakt itu demi memetabatkan insan Islam yang memerlukan. 

Tidak ramai orang Islam yang tahu tentang penggunaan wang zakat ini dan bagaimana dan apakah bentuk bantuan dan pertolongan yang disediakan kerana makluman dan maklumat mengenainya tidak tersebar sevara meluas tidak seperti meluasnya usaha mengutip zakat. Beberapa kaunter bagi tujuan memberi pertolongan itu mungkin terdapat diibupejabat tetapi tidak di luar ibupejabat seperti di kompleks perniagaan atau dibalai balai raya atau dewan masyarakat.

Jadi tidak perlu berbangga dengan kutipan berbilion kalau usaha bersungguh-sungguh bagi memenfaatkan kutipan itu tidak dilakukan.

Terlalu ramai orang yang memerlukan pertolongan. Masih ramai  lagi anak-anak orang Islam yang tidak mdapat meneruskan pelajaran diperingkat lebih tinggi kerana tiada kemampuan kewangan. Ramai yang tiada rumah dan hidup bergelandangan. Dan banyak lagi isu-isu sosial yang melanda orang-orang Islam yang berpunca tiada pekerjaan dan pendapatan.

Pihak berkuasa agama sepatutnya perlu memberi tahu masyarakat Islam berapa jumlah kutipan zakat dan berpa yang telah digunakan dan bagi maksud apa.

Jika ini dilakukan sudah tentu ramai lagi orang yang layak dan memerlukan dapat diberi bantuan. Ini juga akan menambahkan keyakinan kepada masyarakat Islam tentang pengurasan dan pembahagian wang zakat itu, sekaligus boleh mendorong lebih ramai orang Islam membayar zakat. 


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan