Theflowersellingboy

Rabu, 10 Disember 2014

MAS Yang Sentiasa RUGI: Siapa Yang AKAUNTABAL (Accountable)?




Bodoh!.....

Rakyat Malaysia bodoh sebab kerajaan lantik orang Jerman jadi CEO MAS? Orang Jerman itu warga asing maka tidak patut diambil sebagai CEO MAS? Tidak adakah warga negara yang layak untuk memulihkan MAS?

Mengapa mesti tanya soalan  seperti itu. Mengapa fikir begitu. 

Itu soalan orang yang sakit dan irihati. Soalan orang sombong dan rendah diri. Soalan bersifat provokasi yang berniat mahu bawa berkelahi. Soalan yang tidak mahu cari kekurangan dan kelebihan diri sendiri. Cara berfikir yang tidak membantu bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Memang ada orang Jerman yang bodoh, kalau nak panggil bangang dan bahalol pun ada. 

Memang ada orang Malaysia yang pandai, nak panggil cerdik dan bijaksana pun ada. Melayu yang pandai, Cina yang cerdik, India yang handal, Iban, Kadazan, Dayak, apa lagi, yang hebat-hebat.

Orang Jerman yang ini, yang mahu diambil bagi memulihkan MAS telah dikenalpasti sebagai orang yang boleh memulihkan syarikat penerbangan yang rugi.

Orang Malaysia yang telah diberi peluang dulu telah gagal untuk membawa akaun perniagaan MAS berwarna biru.

Tapi ianya tidak bermakna tiada orang Malaysia yang mampu untuk membirukan akaun operasi MAS itu. Pasti ada.

Ertinya orang Jerman boleh, orang Malaysia pun boleh.

Kalau orang Malaysia boleh mengapa pula mengutamakan orang Jerman, tidak warga negara sendiri?

Warga negara mesti mendahului bukan warga negara. Itu prinsip asas. Cumanya menggunakan perkataan bodoh atau yang sejenis dengannya hanya kerana memilih orang luar adalah tidak patut. Ianya tidak membina dan tidak menyelesaikan masalah.

Ini bukan soal terhad dalam ruang lingkup bodoh atau cerdik. Ia lebih dari itu. 

Ianya soal melaksanakan tanggongjawab dan kebertanggongjawaban atas tanggongjawab yang dilaksanakan (responsibility and accountability). Soalan ini atau hal mengenai ini yang sepatutnya ada dalam fikiran rakyat Malaysia. 

Misalnya masalah MAS yang sentiasa rugi ini. Setakat yang diketahui, kita tidak memberi perhatian yang berat dan utama dalam perkara melaksanakan tanggongjawab dan akauntabiliti terhadap tanggongjawab yang telah dilaksanakan.

Setiap kali MAS mengalami kerugian, kerajaan suntik wang (ada orang kata bailout) dalam skima menyususn semula MAS. Banyak kali MAS telah distruktur semula dengan suntikan wang dan penggantian CEOnya, termasuk juga pengerusi, seolah-olah itu adalah cara yang terbaik.

Tapi MAS tetap rugi. Maka dijual aset MAS seperti bangunan, untuk menampong kerugian bertujuan membirukan akaun MAS. Namun operasi MAS terus rugi, aset semakin mengecil dan liabiliti semakin bertambah.

MAS juga pernah diswastakan kepada seseorang warga Malaysia. Gagal. Kemudian kerajaan mengambilalih semula MAS pada nilai harga saham yang sama semasa orang itu menguasai MAS.  Dan orang itu pula terlepas dari dakwaan MAS bagi mendapatkan ratusan juta ringgit (RM 589 juta?)

Macam mana MAS tak rugi. 

Kemudian kerajaan beli semula MAS, keluar lagi wang.

Sekarang terus rugi. Ambil pula orang Jerman untuk memulih MAS. Ada orang kata bodoh pula.

Selagi kita tidak menjadikan akauntabiliti sebagai prinsip asas dan utama dalam sesuatu pengurusan, siapa pun orang atau warga negara manapun yang diambil , dan jika MAS terus rugi, dan kerajaan  mengambil jalan keluar yang mudah dengan cara membebankan kerugian itu keatas bahu rakyat melalui skima menyusun semula MAS dan suntikan wang rakyat, MAS tetap akan terus rugi.

MAS sentiasa rugi. Ada mana-mana pimpinan kerajaan yang ambil akauntabiliti? 

Menyusun semula MAS dan menyuntik wang 6 billion tidak memenuhi sifat kepimpinan yang akauntabal (accountable).

Bodoh! Maksudnya kita tidak mahu jadi bodoh!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan