Theflowersellingboy

Rabu, 3 Disember 2014

Perlawanan Pusingan Pertama Piala Suzuki Diantara Malaysia dan Vietnam Di Kuala Lumpur: Doa Kita Untuk Menang.





Menunggu dengan penuh harapan perlawanan bola sepak pusingan pertama piala suzuki diantara Malaysia dan Vietnam. Harap-harap Malaysia menang. Menang besar lebih baik misalnya 3-0 agar pada pusingan kedua di Vietnam nanti pasukan kita tidak tertekan sangat. 

Saya lihat satu dari kelemahan pasukan kita ialah tidak ada ketahanan mental. Kena jaringan satu kosong, mudah mengelabah dan naik darah, lalu bermain dengan perasaan dan bukan kebijakan akal dan kemahiran

Maka banyak yang suka main kasar. Banyak menerima kad kuning. Kalau hilang kawalan perasaan, kad merah tidak boleh diketepikan.

Oleh itu setiap pemain , termasuklah pengurus dan pegawai-pegawai yang lain, termasuk juga kita yang tidak bermain tapi mengharapkan kemenangan hendaklah memiliki ketahanan mental yang tinggi untuk berhadapan dengan apa jua sistuasi. 

Jika kita kena dulu, kita, terutamanya pemain mesti yakin bahawa selagi belum berakhir permainan kita masih lagi ada harapan. 

Jangan dibiarkan satu kosong itu melemahkan semangat dan menyemarakkan emosi melakukan tindakan diluar dari peraturan main bola sepak. Sebaliknya jadikannya sebagai semangat untuk mendapatkan gol penyamaan, dan menambahkan gol mengatasi jaringan lawan.

Berdasarkan perlawanan-perlawanan diperingkat awal, kekuatan dan kemahiran pasukan yang bertanding diperingkat separuh akhir tidak banyak bezanya. Namun dari segi semangat juang, bagi saya, Thailand dan Vietnam amat kental sekali, tidak mudah mengalah.

Oleh itu bermainlah bersungguh-sungguh sebagai satu pasukan , dengan menggunakan sebaiknya kemahiran yang ada bagi mendapatkan gol sebanyak mungkin.

InsyaAllah kita akan menang dalam pusingan pertama ini, sekaligus memperkuatkan keyakinan kita untuk menang pada pertemuan kedua di Vietnam nanti.

  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan