Theflowersellingboy

Ahad, 7 Disember 2014

Perempuan Bershopping




Cerita perempuan bershopping, amat menyeronokkan
tapi kadang-kadang hairan juga
ada masanya membosankan
ketika-ketikanya merisaukan
amat meletihkan, yang pasti

Tidak kira apa status perempuan itu
-anak, kekasih, isteri,janda,emak mahupun nenek
sama saja.

Ianya menyeronokkan
Ianya menghairan
Ianya membimbangkan
Ianya meletihkan

dari satu komleks ke kompleks niaga
dari satu store ke satu store
dari satu ruang ke satu ruang
dari jalan besar ke lorong kecil
semuanya diredah

Kalau kasut sepuluh jenama paling minima
yang itu diacu, yang ini dicuba


Beg tangan pula bermacam warna , berbagai jenama
berdiri depan cermin melihat gaya
-macam mana cara pegangnya
-apakah cantik jika diselendang merentas bahu, yang kanan atau kiri
-atau dibimbit saja

Pilih baju, pilih seluar, pilih saja yang bernama pakaian
Banyak, satu dua terlalu ringan
Berulang alik, keluar masuk, bilik mencuba padanan badan

Perempuan shopping terus bershopping

Ada suami, ada ayah tunggu diperhentian
duduk dibangku, di kerusi atau disofa tempat pembelian
itupun jika ada disediakan
kekadang mundar mandir entah berapa kali bilangan
dah penat bersandar mencari tiang.
Sekejap-sekejap mata memerhati jarum jam ditangan
Perempuan yang bershopping itu masih belum bersua muka

Hati bermula riang menyeronokkan sewaktu  mula tiba
menjadi hairan, sudah berjam-jam belum muncul lagi
bertukar bimbang, cukupkah kredit yang ada
sungguh meletihkan

Dari jauh perempuan mengukir senyum
Suami yang menunggu, ayah yang menanti
-mana kasut?
-tiada beg
-tiada baju
-seluarpun yang itu juga

Suami hairan. ayah hairan
Window shopping saja, kata perempuan
lain kali tahu apa nak beli

Window shopping berjam-jam?
Lain kali tahu apa nak beli?

Suami dan ayah, urut dada

Tiada ulasan:

Catat Ulasan