Theflowersellingboy

Jumaat, 5 Disember 2014

Penasihat Ekonomi Selangor Letak Jawatan: Saran Ketua Pembangkang DUN Selangor




Ketua Pembangkang DUN Selangor (UMNO) menyarankan (menasihatkan?) agar Anwar Ibrahim melepaskan jawatan Penasihat Ekonomi Negeri Selangor kerana katanya integriti Ketua Umum PKR itu telah tercalar kesan daripada perlucutan anugerah Datuk Seri oleh istana Selangor, dan kegagalan Langkah Kajang yang telah menyebabkan gangguan kepada pentadbiran Selangor sekali gus menyusahkan rakyat selama tempoh 9 bulan.

Itu adalah pandangan beliau, dan mungkin juga pandangan UMNO Selangor.

Kerana tercalar integriti maka seseorang pemimpin itu perlu melepaskan jawatan awamnya? Saya bersetuju dengan asas ini.

Sebelum itu apakah itu integriti?

Integriti mestilah memperlihatkan sifat jujur yang bermula dari niat dan dipamirkan melalui pertuturan, perlakuan dan amalan yang konsisten kearah pelaksanaan niat jujur itu. Seseorang yang berintegriti mempunyai pegangan/prinsip moral yang teguh.

Dapatkah kita ketengahkan manusia di Malaysia ini yang bersifat seperti diatas? Saya katakan tidak ada.

Yang ada ialah manusia yang mahu memperjuang dan mempertahankan sifat integriti, bermoral tinggi dan melakukan perkara yang baik-baik.

Dan juga manusia yang tahu dan sedar bahawa integriti itu adalah satu sifat yang mulia, dan dalam masa yang sama atas kepentingan tertentu misalnya untuk mendapat dan mengekalkan kuasa, secara sedar atau tidak sedar akan mengenepikan sifat integritiitu.

Begitu juga ada manusia yang tidak ambil peduli tentang integriti. Yang penting boleh hidup senang lenang apa pun bentuk akibat dan kesannya.

Bagi orang yang memperjuang dan mempetahankan sifat integriti itu, juga, tidak mampu melakukan dalam kehidupan yang penuh mencabar. Mereka mungkin mempunyai niat yang jujur untuk melakukan yang terbaik, tapi pengaruh-pengaruh luar, tekanan masa dan keadaan dan kepentingan lain yang bertentangan dengan niat baik itu, lebih kuat  mempengaruhi tindakannya.

Saya katakan memang tidak ada seorang manusia (termasuk saya) yang sebenar-benarnya mempunyai integriti.

Tapi apa yang penting ialah bahawa seseorang itu mesti mengakui dan menerima bahawa integriti itu adalah sifat yang mulia. Dan jika sifat itu dikompromi atau digantikan dengan sifat sebaliknya, maka mestilah bersedia untuk menerima akibat buruknya dalam bentuk sikap pandang rendah dan hina oleh orang lain terhadapnya atau apa-apa saja hukuman sosial keatasnya seperti pemulauan atau tindakan undang-undang dan hukum Tuhan.

Bagi pemimpin-pemimpin Jepun dan Korea dan juga beberapa negara Eropah, jika merasakan integriti dan maruah telah tercalar mereka bertindak menghukum diri sendiri msalnya dengan meletak jawatan atau membunuh diri.

Di Malaysia belum berlaku lagi walaupun kes rosak integriti ini amat jelas dan nyata sekali. Ada pemimpin yang meletak jawatan kerana integriti yang tercalar?

Mohon maafpun tiada yang sanggup melakukannya. Apatah lagi membunuh diri. Tetapi bukanlah dicadang supaya membunuh diri kerana ianya menyalahi hukum khususnya kepada orang Islam. Tapi pohon maaf dan undur diri adalah satu tindakan yang berani dan dihargai sebagai balasan kepada perbuatan yang tidak berintegriti. 

Dalam kes kepimpinan negara termasuklah Anwar Ibrahim ini, jika integriti diaplikasikan, tiada seorangpun yang terkecuali untuk jatuh dibawah hukuman yang dinyatakan diatas.

Jadi mengapa beriya-iya sangat ketua pembangkang selangor ini mahukan Anwar Ibrahim meletak jawatan sebagai penasihat ekonomi selangor?

Bagi saya asasnya bukan integriti. Bukan juga kewangan atau gaji atau elaun serta kemudahan yang diberikan kepada penasihat ekonomi itu. 

Maklumat yang diketahui mengatakan bahawa penasihat ekonomi itu tidak menerima gaji atau upah dari kerajaan negeri selangor. Saya percaya apa yang diperuntukkan ialah jumlah token RM1 sebagai peruntukan tanda bahawa wujudnya jawatan yang sah di dalam pentadbiran negeri selangor.

Yang demikian bahawa asas cadangan ketua pembangkang selangor itu adalah bersifat politik semata-mata.

Saya juga tidak percaya ketua pembangkang itu mengambil berat/prihatin (care) tentang gangguan pentadbiran kerajaan negeri Selangor kesan dari Langkah Kajang.

Sebenarnya jika ada kesan yang buruk, (gangguan keatas kelicinan pentadbiran kerajaan negeri selangor) ianya menguntungkan UMNO/BN. Dan sewajarnya UMNO/BN mengambil kesempatan bagi memulihkan imej dengan memberitahu kepada rakyat selangor bahawa inilah kesan buruk jika rakyat tidak memilih UMNO. Tapi UMNO Selangor tidak juga dapat meyakinkan rakyat Selangor. Sebab itu PM rasa kecewa dan bekas PM pun rasa kecewa. Kedua-dua mereka ini menegur UMNO Selangor sehingga mencadangkan kepimpinan UMNO yang ada dibubarkan.

Oleh itu jangan cakap fasal integriti dalam hal mencadangkan Anwar Ibrahim melepaskan jawatan penasihat ekonomi selangor.

Kalau mahu juga bercakap tentang integriti sebagai asas menolak Anwar Ibrahim, renungkan hal-hal dibawah ini:

i) Kes NFC (penternakan lembu) yang melibatkan pinjaman 250 juta yang disalahgunakan. Ya, memteri yang dikaitkan telah meletak jawatan. Tapi beliau sekarang dilantik sebagai penasihat berhubung hal ehwal wanita bertaraf menteri. Ertinya apa yang menteri dapat , beliau dapat.

ii) Lantikan bekas presiden MIC/menteri Kerja Raya dan bekas presiden MCA/menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebagai duta khas ( saya tidak pasti nama jawatan) bertaraf menteri masing-masingnya bagi negara India dan China.

iii) Kehilangan MH370 dan cara bagaimana diuruskan. Tiada satu yang pimpinan yang mengambil tanggungjawab.

 iv) Banyak kes mungkir janji. Contoh terbaru ialah mengekalkan Akta Hasutan yang dijanji untuk dihapuskan.

Cukup tiga saja perkara untuk direnungkan jika mahu cakap fasal integriti.

Oh, sebelum terlupa saya mahu tanya: Mengapa ketua pembangkang selangor itu tidak mahu mengambil tanggungjawab menerima jawatan pengerusi PAC selangor sedangkan beliau mahu pula menerima elaun dan segala kemudahan ketua pembangkang?

Tiada kena mengena dengan integriti ke?
 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan