Theflowersellingboy

Selasa, 9 Disember 2014

Sudah Berusia Rupanya Diriku Ini




Dua hari rihat. Hari ini bersih dan mop tingkat bawah. Banyak tahi cicak. Yang paling sakit hati sekali tahi cicak yang cair dan dihadapan pintu masuk rumah. Kalau ada tetamu datang sebelum sempat dibersihkan, bukankah malu jadinya?

Kotoran yang dibawa oleh cicak ini adalah satu masalah yang tidak atau belum dapat saya atasi selain dari dibersih dan dimop. Setakat sekarang belum terjumpa ubat atau bahan yang boleh mengurangkan atau menghindarkan cicak dari berada didalam rumah. 

Mengapa banyak cicak? Sebab banyak cicak antara lain:

i) Rumah berlangsir. Lagi banyak langsir lagi banyak cicak. Cicak suka menyorok belakang langsir. Oleh itu kurangkan langsir atau tak perlu pakai langsir. Jimat belanja. Sekarang rumah saya ada satu dua langsir, itupun dipasang semasa kenduri kahwin anak. Saya mahu tanggalkan.
ii) Terlalu banyak ruang. Tambah-tambah lagi jika ruang itu tidak atau jarang digunakan.
iii) Banyak perabut seperti sofa dan kerusi/bangku kayu jati. Jika kerusi/sofa itu disandar kedinding, cicak amat suka menyorok dan buat jamban.
iv) Rumah berdekatan dengan pokok-pokok besar dan tumbuhan hutan yang meliar.
v) Memasang lampu digaraj waktu malam. Habis kereta kena berak.
vi) Tidak banyak rumah yang berdekatan atau/jiran yang berjauhan. 

Adalah lebih baik bina/beli rumah yang tidak banyak ruang. Sebab ianya amat memenatkan melainkan kita biar saja tahi cicak bergelimpangan. Waktu usia muda tidak jadi masalah tapi waktu usia selepas bersara, ianya amat memenatkan. 

Seperkara lagi, lebih baik ada kawasan rumah yang kecil agar kerja-kerja pembersihan diluar rumah tidak memenatkan.

Esok buat pembersihan luar ruang rumah. Lagi penat terutama panas terik. Tapi takkan nak tengok sampah bersepah dihalaman dan rumput tumbuh memanjang?

 Ya, selepas buat kerja, waktu malam , badan rasa sakit-sakit. Oh ingatkan masih muda remaja!  

Tapi jika ada wang dan berpendapatan tinggi, bolehlah upah orang melakukannya. Begitupun saya suka melakukan sendiri. Sekurang-kurangnya mengeluarkan peluh.
   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan