Theflowersellingboy

Isnin, 2 Disember 2013

Harga Gula Sudah Naik, Harga Minyak Sudah Naik, Harga Banyak Lagi Barang Sudah Naik dan akan naik seperti Astro, Tarif Letrik Akan Naik, Datang Pula GST. Bukankah Itu Sesuai Dengan BN Yang Berrmaksud Barang Naik? Emak-emak , Bapa-bapa Di Kampong Jangan Marah, Ya!





Semenjak malam tadi, hari ini dari pagi sampai waktu menulis paparan ini, (6.27 petang ), hujan masih turun. Renyai-renyai ketika ini. Cuaca agak sejuk dari malam tadi sehingga kini. Suasana dalam rumah menjadi gelap jika tidak dipasang lampu.

Lampu mula dipasang kurang lebih pada jam 6.15 petang. Sambil minum petang, meneliti dan membaca berita dan cerita dalam fb. Mata dengan segera menjadi fokus akan satu tajuk berita tentang kenaikan tarif letrik. 'Naik lagi', bisikan dalam hati sambil terus membaca.

Reaksi pertama ialah marah dan sakit hati. Kerana itulah yang diberitahu dan dijanjikan dulu harga tarif letrik tidak naik. Malah baru-baru ini , tidak sampai beberapa minggu menteri yang berkaitan telah memberitahu tarif letrik tidak naik. Mungkir janji.

Reaksi kedua ialah mengeluh yang terlalu panjang. Bil letrik mulai Januari 2014 akan meningkat dari bil ketika ini, yang juga tidak rendah. 

"Naik lagi', masih lagi terlekat dalam otak kepala. Harga gula naik, harga minyak naik, tarif letrik naik yang memanjangkan lagi senarai harga barang-barang naik. Tak renti-renti harga naik. Pendapatan banyak itu juga.

Nak buat macam mana, mahu tak mahu kena hadapi juga. Inilah parti yang telah dipilih dalam PRU 13 yang lepas oleh majoriti kawasan parlimen dan dewan undangan negeri bagi membentuk kerajaan. Mereka sekarang telah diamanahkan kuasa, dan berkuasa, lantas mereka boleh buat apa yang mereka mahu termasuk menaikkan harga barang-barang dan perkhidmatan.

Boleh marah, tapi setakat mengeluarkan perasaan tidak bersetuju saja. Harga tetap juga naik. Kalau diteruskan marah, bertambah tinggi tekanan darah. Lebih baik buat bersabar saja, urut dada, ambil nafas panjang. 

Cuma agak kesal juga mengapa ramai yang memilih parti ini sedangkan telah berkali-kali diingatkan bahawa parti ini akan melakukan perkara-perkara yang menyusahkan rakyat terutama yang berpendapatan rendah dan sederhana, antaranya:

i) menaikkan harga barang-barang dan perkhidmatan; 
ii) mengenakan cukai GST; 

iii) memotong subsidi yang membuatkan harga barang-barang yang dipotong subsidi itu naik; 

iv) tidak akan menurun atau menghapuskan tol; 

v) yang berterusan menagih hutang PTPTN, dan jika tidak bayar akan dikejar ke lubang cacing; 

vi) yang akan meneruskan saman trafik AES walaupun kadarnya telah diturunkan; 

vii) yang terus berperangai sama seperti yang telah ditunjukkan sepanjang mentadbir negara -perangai rasuah, salah guna kuasa, kuat berhutang, boros,  dan belanja ikut suka hati tanpa mengambil kebertanggungjawaban -contoh K-Pop dan NFC.

viii) tidak memberi perhatian kepada kebajikan rakyat berpendapatan rendah melainkan semasa merayu undi dengan pemberian BR1M yang terlalu kecil dan sekali, itupun sebab pilihanraya.

ix) tidak berlaku adil dalam penyebaran maklumat dalam media perdana, 

x) Tidak memberi contoh yang baik dari segi akhlak dengan mempamirkan perlakuan yang kurang wajar dalam perbahasan di Parlimen (menjerit-jerit seperti orang dikuasai makhluk halus).

xi) dan banyak lagi yang menyusahkan rakyat.

Ya, parti itu telah berterusan sekali lagi menyusahkan banyak orang. 

Mereka yang menyokong dan mengundi parti ini pun sekarang ini menerima akibat kesusahan dan kepayahan hidup , berbeza dengan harapan mereka untuk hidup selesa tanpa dibebankan dengan kos kenaikan sara hidup. Orang-orang ini adalah lebih kecewa dan marah berbanding dengan yang bukan penyokong dan pengundi parti ini pada PRU 13. Mereka dimungkiri janji. Sesungguhnya parti yang diberikan amanah telah pecah amanah.

Malangnya mereka ini (pengundi UMNO/BN) yang telah memberi kemenangan kepada BN adalah terdiri dari orang-orang kampong/luar bandar yang semuanya berpendapatan rendah dan orang miskin, yang sentiasa mengucapkan terima kasih setiap yang dihulur oleh kalangan parti tersebut seolah-olah wang atau bantuan itu datang dari poket parti itu sendiri.

Sekian lama mereka dikelirukan tentang dari mana wang/bantuan itu datang, sekian lama mereka menanggung kesusahan hidup disebabkan pendapatan yang rendah tapi mereka masih lagi mempercayai dan menaruh harapan kepada BN yang sentiasa mungkir janji, kecuali semasa, seketika, sewaktu, dan sesaat merayu undi . 

Mereka ini sudah lali dengan kemudahan kesihatan yang tidak tercapai; sekolah yang sempit, buruk, menunggu rebah; kemudahan pengangkutan yang tidak disediakan dengan baik dan sempurna seperti jalan raya yang berlopak-lopak, tidak bertar/bitumen, terpaksa menyeberangi sungai dengan rakit dan perahu kecil yang tidak selamat kerana tiada jambatan; air minuman dari sungai yang telah tercemar hasil dari robekan tanah rakyat oleh perakus-perakus yang dilindungi; dan masih lagi berpelita dan menggunakan andang daun kelapa kering untuk menerangi semasa berjalan diwaktu malam walaupun mereka juga mahukan cahaya suluhan dari arus letrik. 

Mereka sudah lali dengan hidup yang susah. Lantas, ingatan mereka keatas mungkir janji dan pecah amanah dari parti  yang mereka pilih untuk mentadbir dan mengurus sumber negara/negeri begitu senang dilupakan saja, apatah lagi sesekali mereka diberi sedikit bantuan seperti BR1M.

Jadi janganlah tanya kepada mereka, "Masihkah Kau Ingat?" (Mungkir janji UMNO/BN).

 Mereka hanya ada satu perasaan. Mereka masih lagi kasih dan sayang pada BN, -BN dihatiku.

Tapi adakah kasih dan sayang itu berterusan  sekarang ini memandangkan harga barang dan perkhidmatan semakin banyak yang naik?

Dengar khabar masih lagi yang masih terpaut kepada BN/UMNO, walaupun ada rasa kecewa dan marah. Mereka masih lagi meletakkan harapan kepada kerajaan parti ini, mungkin demi keselamatan bangsa, agama dan negara dari ancaman?

Siapakah yang mengancam keselamatan itu tidak pula ditanya dan difikirkan secara rasional dan menggunakan akal yang sihat.

Sekarang harga letrik telah diumumkan naik pada Januari 2014, akan sampai tidak sampai sebulan lagi.

Maka anak-anak yang bekerja dan berpendapatan lebih sedikit yang tinggal dibandar, akan melakukan penjimatan. Wang hantaran ke kampong akan dikurangkan. Kekerapan balik kampong untuk menjengok orang tua akan juga dikurangkan, mungkin setahun sekali waktu hari raya, kerana selain dari tarif letrik yang tinggi, tol juga mahal dan harga minyakpun mahal.

Jadi emak dan bapa dikampong jangan pula menuduh anak-anak telah tidak sayangkan ibubapa dikampong, sudah tidak mengenang budi dan jasa. 

Anak-anak dibandar lagi tertekan dengan kenaikan harga ini. Mereka ada peti sejuk, mesin basuh, seterika letrik, pemanas air untuk mandi (water heater), pengering pakaian, pemanas makanan (micro wave), penghawa dingin, kipas,  komputer dan internet dan macam-macam lagi peralatan yang memerlukan arus letrik.

Bil sebelum tarif letrik naikpun telah menyebabkan mereka menjerat perut kerana harga minyak, gula dan banyak lagi yang lain termasuk sewa rumah dan upah menjaga anak-anak juga turut naik.

Kenaikan tarif 4.99 sen satu kilowatt itu terlalu membebankan kepada mereka (anak-anak dibandar). Malah mereka mengharapkan tarif yang ada diturunkan. Harga barang diturunkan. Cukai GST tidak dilaksanakan. Tol dihapuskan.

Bagi segolongan kecil yang berpendapatan tinggi , memanglah boleh hidup bermewah. Kenaikan 4.99 sen itu tidak langsung menjadi kudis kepada mereka. Pemimpin kerajaan yang bil letrik beratus ribu sebulan yang ditanggung oleh duit rakyat sudah tentu memandang kenaikan itu tidak langsung menyusahkan rakyat sebab mereka tidak pernah membayar bil itu dari poket sendiri.

Naik 4.99 sen satu kilowatt. Bermakna untuk layak tidak membayar bil letrik ialah pada penggunaan arus letrik sebanyak 4.0080 kilowatt bersamaan RM20.00 (bil yang tidak perlu dibayar).

Itulah banyak penggunaan kilowatt arus letrik yang layak kepada orang-orang susah dan berpendapatan rendah seperti yang difikirkan oleh kerajaan. Lebih dari itu kena bayar.

Jumlah 4.0080 kilowatt arus letrik itu, tidak pula diketahui dari segi beberpa lama/ hari penggunaan arus letrik untuk mencapai ke tahap itu.

Cuma hendak dimaklumkan bahawa orang-orang kampong yang rumah mereka telah ada arus letrik, menggunakan peralatan seperti peti sejuk, seterika letrik (dulu pakai seterika bakaran tempurung kelapa atau kayu arang), mesin basuh, tv, micro wave dan berbagai alt lagi hasil pembelian anak-anak.

Berapakah kilowatt arus letrik yang mereka gunakan sebulan. Adakah pada tahap 4.0080 dan kebawah? 

Kalau lebih dari itu, mana datangnya sifat yang mahu menolong mereka yang menjadi pengundi yang sentiasa taat dan setia setiap kali pilihanraya diadakan. mereka sentiasa dan kekal mengundi BN/UMNO .

Kecewalah hati mereka. Mereka boleh marah, tapi apa kesan yang mereka dapat melainkan sakit hati dan penyakit darah tinggi saja.

Sesungguhnya kerajaan BN/UMNO tidak mengenang budi.

Rakyat jangan juga lupa GST akan tetap datang dengan kadar cukai 6%. Maknanya semua harga barang telah naik dan yang bakal naik akan dikenakan cukai GST pada kadar 6%. Contoh , bil letrik RM50.00. Dengan GST kita kena bayar tambah lagi 6% menjadikan jumlah bayaran bil letrik itu sebanyak RM53.00. 

'Tiga ringggit saja, tak banyak', kata orang yang bil letriknya dibayar dari wang rakyat.

Emak-emak dan bapa-bapa di kampong jangan marah ya, kalau anak-anak tidak hantar wang lagi dan jarang balik kampong. Sebab emak-emak dan bapa-bapa punya pasallah. 

Jangan marah!




Tiada ulasan:

Catat Ulasan