Theflowersellingboy

Selasa, 3 Disember 2013

UMNO BN = GST BN = Penderitaan Rakyat




Apa itu GST?

Ahli Parlimen PKR, Pandan YB Rafizi Ramli kata GST adalah satu bentuk kezaliman yang digunakan oleh UMNO BN untuk rampas duit rakyat. 

Anda bersetuju?

Saya bersetuju, dan tidak setuju. Tapi jangan salah faham dengan 'I agree to disagree'.

Yang saya setuju ialah tentang matlamat GST itu. Tapi bukan GST itu sendiri.

Benar bahawa matlamat GST itu adalah bagi UMNO BN melakukan kezaliman dengan merampas duit rakyat.

Tapi bagi 'setengah orang' yang boleh dikelentong atau dibiarkan saja diri dikelentong, diserongkan fikiran dan dibungkus hatinya  oleh UMNO BN , akan susah untuk menggarap dan menerima maksud sedemikaian. Kata mereka mana rasional dan logiknya GST boleh disebut sedemikian. Mana 'G'nya, mana 'S'nya dan mana 'T'nya dalam 'ungkapan kezaliman UMNO BN merampas duit Rakyat'.

Itulah yang saya tidak bersetuju dengan Rafizi. 

Saya juga tidak bersetuju dengan 'setengah orang' yang tidak dapat memahami dan menggarap maksud yang terkandung dalam huruf-huruf GST itu. 

Ertinya saya tak makan kelentong UMNO BN.

Jadi apa itu GST?

Mana-mana nama atau panggilan atau maksud dari singkatan perkataan yang ada huruf G, S dan T adalah   sebenarnya GST. Ertinya GST itu adalah bermacam-macam nama, panggilan atau maksud dari singkatan perkataan yang dieja dengan memulakan huruf-huruf tersebut.

Dengan demikian UMNO BN adalah tidak salah apabila memanggil GST itu sebagai Goods and Services Tax yang telah dimasyhurkan oleh kerajaan parti itu, dengan menetapkan tarikh meraikannya pada tahun 2015 nanti, dengan perasaan penuh gembira.

Sesungguhnya pada tahun itu UMNO BN terlalu gembira. Rakyat pula, terutama yang susah berpendapatan kecil, miskin, yang menganggur tiada kerja akan menanggung derita.
 
Itulah yang Rafizi kata UMNO BN yang zalim. Saya bersetuju.

Namun rasanya adalah lebih baik kita mencari ganti nama kepada UMNO itu yang kita telah bersetuju  sebagai yang zalim kepada rakyat, untuk disebariskan dengan BN agar lebih jelas sifat zalim dan memerasnya ke atas rakyat. 

Ertinya kita gantikan UMNO itu dengan GST, sebab kita kata GST itu sebagai menzalimi rakyat. Maka jadilah GST BN, dengan sentiasa ingat dan percaya bahawa GST itu sama dengan UMNO.

Ditulis dalam persamaan matematik pula kita dapat:
UMNO BN = GST BN = Penderitaan Rakyat

Penderitaan Rakyat itu boleh kita ringkaskan sebagai PR. Ianya bertepatan sekali sebab kita membicarakan fasal perjuangan parti-parti yang berebut-rebut untuk berkhidmat kepada rakyat. Cuma satu parti berebut-rebut untuk menyiksa rakyat (UMNO BN). Dan satu lagi parti amat prihatin untuk mengatasi penderitaan rakyat, iaitu Pakatan Rakyat (PR).

Tapi awas, PR juga perlu diberi amaran dengan jelas agar jangan jadi UMNO BN = GST BN = PR, maka menderitalah rakyat . 

Ertinya PR  jangan sekali-kali tergolong sebagai parti yang berlumba-lumba untuk menderitakan rakyat. Ini bukan sangka buruk kerana sudah ada bau-bau bacang, sudah ada bau kuini. Jangan sampai PR membawa dan melekat dengan bau durian, tidak mungkin boleh dikalahkan oleh sebarang aroma yang ada didunia fana ini.

Sebab itu buat ketika ini saya tidak menulis dengan menggunakan huruf besar PR dalam persamaan UMNO BN = GST BN = PR, sebaliknya menulis Penderitaan Rakyat. 

Berbalik kepada mencari nama ganti UMNO itu, apakah agaknya ganti nama yang sesuai yang selalu menjadi sebutan, yang sudah pun difahami sebagai merujuk kepada UMNO atau sebahagian anggotannya. Cuba kita fikirkan.

Sementara itu, selain dari GST yang boleh dipanggil sebagai Goods and Services Tax mari kita cuba senaraikan yang lain pula untuk membebaskan pemikiran kita agar tidak saja tertumpu kepada cukai yang menyakitkan hati kita itu.

Saya ada beberapa panggilan antara lain GST -Geng Songkok Tinggi; GST -Gasak Sampai Terbongkang; GST -Gila Sangat Tu; GST -Gila Sampai Tua. Dan sesuai dengan apa yang dilakukan UMNO BN yang memilih bahasa Inggeris bagi memberi nama GST , sewajarnya molek juga di ketengahkan satu nama atau panggilan GST dalam bahasa Inggeris.

GST = Greedy, Stealing, Thieving

SIAPAKAH YANG GREEDY STEALING  THIEVING ?

Jawapan pertama ialah Goods and Services Tax (GST)

Mengapa GST dikatakan Greedy, Stealing dan Thieving?

Semua barang dan perkhidmatan kena cukai. Semua orang kena bayar cukai. Itulah konsep dan falsafah di belakang, di hadapan, di bawah , di atas dan di kiri di kanan  GST. Tujuannya untuk dapat hasil yang banyak. Kalau semua kena cukai , kalau semua orang kena bayar cukai,  logiklah mengatakan tujuan GST adalah untuk mendapatkan hasil yang banyak. 

Segala-galanya diperah, baik orangnya mahupun jenis barang-barang dan perkhidmatan. Soal orang itu kurus tak makan, soal barang-barang itu terlalu perlu untuk sikurus itu, ianya bukan  sesuatu yang perlu diambil peduli. Kerana matlamat sebenarnya untuk hasil yang menimbun.

Ada hati perut ke GST ni. Semua mahu telan?

Sebenarnya GST ada perut tapi tidak punya hati. Perut yang boroi itu sentiasa lapar , segala-segalanya mahu disumbat yang akhirnya menjadi tahi dan tidak menjadi zat untuk kesihatan badan.

Bukankah itu namanya Greedy = Tamak. Bukankah Greedy = Tamak itu sentiasa menerbit dan menaik serta meransangkan perbuatan Stealing = Merompak. Apa beza Stealing dengan Thieving kalau perbuatan-perbuatan itu sebenarnya  berunsurkan penipuan dan penganiyaan.

 GST tidak ada hati. Tidak ada belas kasihan. Miskin ke , susah ke, gaji tak cukup ke, tidak perlu ambil 'pot'. Bantai semuanya. Itulah perangai orang yang ditunjangi sikap dan sifat Greedy sehingga melakukan  Stealing dan Thieving , satu perbuatan yang menjadi kebanggan dan kepuasan.

Benar, bahawa ada barang dan perkhidmatan akan dikecualikan. Maknanya tidak semuanya dikenakan cukai.

Dikecualikan mengikut apa yang mahu dikecualikan oleh UMNO BN. Sebab dia yang perintah, dia yang ada kuasa. 

Tapi benarkah kita tidak membayar cukai pada barang yang dikecualikan cukai? 

Nampaknya soalan itu seperti soalan orang bodoh. Kalau dikecualikan dari kena cukai bermakna tidak perlu bayar cukai ler, kata UMNO BN.

Tunggu dulu mengata orang bodoh. Tidak semua orang boleh di kelentong. 

Kita ambil contoh kueh karipap. Kuih ini dikecualikan cukai. 

Untuk jadi kuih itu di panggil karipap dan dijual sebagai kuih karipap, peniaga akan beli antara lain tepong, kuali, alat pembancuh , minyak goreng, dapur gas dan gas , bekas mengisi kuih, kertas dan plastik untuk membungkus kuih. 

Tidak semua barang-barang itu dikecualikan cukai. Jadi semua orang kena bayar cukai termasuk pengeluar dan pembekal barang-barang itu dan juga peniaga.

Pengeluar akan menjual kepada peniaga itu pada harga yang telah termasuk cukai. Maknanya kalau sebelum GST harga barang itu RM 50.00, maka dengan GST  6% harga menjadi RM 53.00. Jadi peniaga telah kerugian RM 3.00 berbanding sebelumnya.

Apa peniaga perlu buat? Sudah tentu menaikkan harga karipap. Ini sudah tentu tindakan yang munasabah. Ya, benar karipap itu tidak dikenakan cukai. Tapi harganya telah naik lebih dari harga sebelum GST. Maknanya pembeli telah kerugian RM3.00 disebabkan punca asalnya ialah cukai yang dikenakan kepada barang-barang yang dinyatakan itu.

Maknanya GST itu bersamaan dengan kenaikan harga barang atau yang selalu kita sebut sebagai barang naik, yang kita boleh ringkaskan sebagai BN.

SIAPAKAH LAGI YANG GREEDY STEALING THIEVING sama seperti GST?

Tidak lain tidak bukan ialah UMNO BN.

Bukan buruk sangka, tapi jelas terpampang perbuatan mereka. Siapakah yang memonopli perniagaan, puak mana? Siapakah atau pemerintahan kerajaan parti manakah yang melakukan rasuah besar-besaran tapi terlepas dari pendakwaan? Siapakah yang membuatkan rakyat terutamanya orang Melayu berterusan miskin walaupun telah lebih 56 tahun menjadi kerajaan? Dan kerajaan manakah suka sangat menaikkan harga? BN? Ya, jawapannya ialah  kerajaan BN, kerana BN itu ertinya Barang Naik .

Suka juga saya merujuk semula kepada senarai tentang panggilan GST (selain Goods and Services Tax) yang di nyatakan diatas iaitu:

GST = Geng Songkok Tinggi
GST = Gasak Sampai Terbongkang
GST = Gila Sangat Tu
GST = Gila Sampai Tua

Pilih yang mana satu atau campuran diantaranya atau kesemua sekali yang boleh dimasukkan bersama dalam persamaan (equation) UMNO BN = GST BN yang membawa maksud zalim seperti yang dikatakan oleh Rafizi itu; dan yang memberi kesan kepada rakyat sehingga hidup menderita, rakyat diGasak Sampai Terbongkang, oleh pihak yang Gila Sangat Tu sehingga perbuatan itu Gila Sampai Tua.

Dan jangan lupa Geng Songkok Tinggi.
 
Saya pilih kesemuanya. 

Jadi persamaan matematik kita  yang berasaskan  Goods and Services Tax itu  menjadi panjang. Namun maksud dan matlamatnya sama seperti yang dikatakan oleh Rafizi kerana semuanya membawa perangai dan unsur yang sama dengan niat menderitakan kehidupan rakyat. Bahawa kesan dari perbuatan itu ialah Penderitaan Rakyat, bukan PR yang bermaksud Pakatan Rakyat. 

UMNO BN = GST BN = GST = GST = GST =GST = GST = Penderitaan Rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan