Theflowersellingboy

Sabtu, 14 Disember 2013

AWAK PENGAMAL RASUAH NO.1. BUKTIKAN AWAK BUKAN PENGAMAL RASUAH.



Awak adalah pengamal rasuah berdasarkan 10 bukti berikut:

i) Mempunyai  10 buah kenderaan mewah.

ii) Memiliki 5 buah banglo dua tingkat dikawasan kediaman kos tinggi; dan 2 buah banglo dan sebuah apartment di London.

iii) Bercuti keluarga (5 orang semuanya) ke eropah dan Amerika 5 kali setahun, dan mengerjakan umrah sekali setahun pada bulan Ramadhan.

iv) Mengadakan majlis perkahwinan anak di hotel banyak bintang dengan kos satu kepala RM500.00 , dengan tetamu jemputan 1000 orang.

v) Menerima hadiah hari perkahwinan anak yang terdiri dari wang tunai dan barangan bernilai sebanyak RM 50 juta.

vi) Menerima wang komisyen  sebanyak RM700 juta kerana meluluskan projek tanpa melalui proses biasa.

vii) Menerima wang sebanyak RM 5 juta kerana melepaskan seseorang dari tindakan undang-undang.

viii) Mengelak dari membayar cukai setiap kali kembali dari luar negeri dengan membawa masuk pembelian bernilai jutaan ringgit.

ix) Menerima suapan setiap kali menyambut hari ulang tahun kelahiran dengan nilai lebih 1 juta.

x) Menggunakan wang untuk menang dalam pemilihan jawatan.

Oleh itu awak adalah pengamal rasuah no satu. Buktikan yang awak bukan pengamal rasuah. Buktikan pendapatan awak sebanyak RM 60,000.00 sebulan dengan 5 orang tanggungan mampu untuk memiliki aset-aset diatas dan menjalani gaya hidup terlalu amat mewah.

Beban membuktikan adalah diatas bahu awak. Persilakan.

Saudara Mat Sabu jangan tersenyum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan