Seorang kawan bertanya saya tentang maksud derhaka. Lebih tepat derhaka terhadap bapanya.
Saya memberi jawapan paling mudah tetapi tidak menyelesaikan persoalan yang ditanya. Saya kata tanyalah pada ustaz. Ustaz lebih tahu hal hukum hakam. Saya, kertas agama Islam SPM pun tak dapat distinction.
Saya memberi jawapan paling mudah tetapi tidak menyelesaikan persoalan yang ditanya. Saya kata tanyalah pada ustaz. Ustaz lebih tahu hal hukum hakam. Saya, kertas agama Islam SPM pun tak dapat distinction.
Kawan saya itu mengadu bahawa bapanya terlalu garang dan bengis. Garang dan bengis yang bukan-bukan. Lebih tepat bapanya itu seorang 'saddist', seronok melihat anak-anaknya terketar-ketar menggigil seluruh anggota badan apabila kena tengking. Silap sikit, kenalah ketumbuk ketampi, tak kurang 100 kali turun naik dengan tangan bersilang menarik telinga. Sungguh menyiksakan, dan sakit hati kata kawan saya itu.
Tambah kawan saya itu lagi, lempang melempang adalah mainan harian bapanya. Silapnya kecil saja. Makanan dimeja tiada siapa boleh sentuh mendahuluinya. Dia mesti orang yang pertama duduk diatas kerusi. Dia yang pertama menjamah makanan. Dia yang pertama minum air selepas habis makan. Dia kata dia tak mahu yang basi-basi atau bekas sentuhan orang lain. Dia nak yang belum tersentuh, original.
Jika ada yang mendahului kena pelempanglah jawabnya. Lepas tu ketumbuk ketampi.
Kawan saya dan adik-adiknya termasuk emaknya hanya berdiri tegak disamping kerusi makan. Tak boleh duduk. Tak boleh bercakap. Hanya memerhati jika ada makanan yang perlu ditambah. Tapi kalau silap baca, mangkok makanan tambahan akan melayang dibaling oleh bapa. Sebab makanan tambahan itu bukan makanan yang dia berkenan.
'Bodoh tak tahu baca selera orang'.
Pendek kata bapa kawan saya itu mesti jadi nombol 1. Mesti dapat nombol 1. Rumah nombol 1. Plet kereta, nombol 1, tak kisahlah, ada satu , dua, tiga atau empat nombol 1.
Isteri? Kawan saya tidak menjawab soalan saya itu. Takut derhaka, agaknya.
Saya tidak percaya cerita kawan saya itu. Tak masuk akal seorang bapa berperangai seperti itu terhadap isteri dan anak-anak.
Kawan saya itu dah tak tahan sabar lagi. Dia sudah tekad untuk bersemuka dengan bapanya. Dia mahu menyatakan dengan tegas dan jelas bahawa perbuatan bapanya selama ini kepada anak-anak dan isteri adalah salah.
Tapi dia mesti berhujjah atas asas agama kerana selain dari Tuhan, bapanya tidak hairan.
'Tidak boleh derhaka kepada bapa, berdosa besar. Bapa adalah ketua keluarga yang mesti di taati. Ada ayat al-quran kata begitu.' Itu pegangan kukuh bapanya.
Sebab itu dia mahu pasti sepasti mungkin akan makna derhaka kepada bapa sebelum bersemuka dengan bapanya. Bagi kawan saya itu bahawa dari segi kemanusiaan, perbuatan bapa itu adalah satu perbuatan yang terlalu zalim. Menganiaya anak-anak dan isteri.
"Tapi bagaimana mahu berhujah berasaskan agama". Tanya kawan saya.
"Sebab itu, tanyalah ustaz", jawab saya.
"Jumpa ustaz?" Nada suara kawan saya itu agak tinggi. Dia bingkas bangun minta diri. Ada semacam kurang yakin akan saranan saya itu yang minta dia jumpa ustaz.
Saya pun hairan mengapa kawan saya itu meninggikan suara.
Saya juga terlalu hairan mengapa ada bapa yang mengaku jadi ketua rumah tangga berperangai 'saddist' dan zalim terhadap orang yang perlu dilindungi yang menagih belas ikhsan dan kasih sayangnya.
Dan mengapa pula kawan saya itu ragu-ragu untuk mendapat nasihat dari ustaz.
Mungkinkah ustaz ini bersubahat dengan bapanya?
Sekarang ini serba mungkin demi keseronokan hidup di dunia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan