Theflowersellingboy

Khamis, 15 November 2012

Dasar Pandang Ke Timur: Dimana Kekuatan Moral Kita?

Pernah suatu masa yang tidak  berapa lama dulu , Kerajaan atau lebih tepat lagi PM yang berkuasa ketika itu memperkenalkan satu dasar yang dikenali sebagai 'Look East Policy' (LEP) atau yang boleh kita terjemahkan sebagai Dasar Pandang Ke Timur.

LEP ini adalah sebenarnya merujuk kepada negara Asia Timur khususnya negara Jepun. Secara ringkas LEP ini mengajak kita rakyat Malaysia menukar fokus dan pemikiran dari memandang ke Barat untuk pandang ke Timur pula. Budaya orang Jepun misalnya dari segi etika kerja, disiplin dan kekuatan moral mereka selalu dirujuk sebagai yang patut dicontohi. 

Orang Jepun dikatakan kuat bekerja, tidak malas dan menepati masa (punctual). Orang Jepun juga mempunyai kekuatan moral dengan meletakkan harga dan maruah diri yang amat tinggi sehingga sanggup mengambil nyawa atau melepaskan kedudukan/jawatan jika kelakuan/perbuatan mereka itu bersalahan dengan norma-norma yang telah diterima masyarakat apatah lagi jika menyalahi undang-undang negara.

Setakat yang diketahui, secara amnya orang-orang Malaysia nampaknya tidak ada masalah untuk bekerja kuat, berdisiplin dan menepati masa (punctual) seperti orang Jepun. Dari peringkat kepimpinan paling tinggi sehingga yang paling rendah kita berjaya melakukannya.

Apa yang tidak berjaya?

Kita tidak ada kekuatan moral untuk menjaga nama baik dan harga diri. 

Orang Jepun misalnya seseorang pemimpin akan meletakkan jawatan atau membunuh diri jika perbuatannya atau perbuatan orang dibawahnya mempunyai kepentingan diri mengatasi kepentingan ramai atau negara. Mereka adalah bangsa yang menerima kebertanggungjawaban.Mereka meletakkan harga diri mereka terlalu tinggi.

Lihat kita pula. Walaupun pemimpin kita terlibat dalam rasuah, penyalahgunaan kuasa dan jenayah, selagi mereka ada kuasa mereka akan tetap bertahan dan mempertahankan pemimpin/bekas pemimpin  yang sedemikian.

Sudah lah begitu, mereka ini dengan muka tebal dan selamba mengatakan bahawa rasuah boleh menghancurkan negara; bahawa seseorang itu tidak boleh ada percanggahan kepentingan (conflict of interest),ertinya tidak boleh memberi projek kepada anak/keluarga atau proksi; dan tidak boleh mencampuri atau mempengaruhi keputusan institusi-institusi seperti kehakiman dan kepolisian; dan berbagai lagi.

Tetapi apa yang sebenar berlaku? Mereka ini bebas melakukannya tanpa segan silu dan malu. Sesungguhnya mereka ini tiada harga diri barang satu sen pun.  

Oleh itu mari kita semua kuis ke tepi mereka seperti ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan