Theflowersellingboy

Sabtu, 10 November 2012

Obama dan Pilihanraya Malaysia ke 13.

Pilihanraya ke 13 masih lagi belum tahu tarikh tibanya. Banyak kali Najib ketawa berdekah-dekah kerana semua ramalan para bijak pandai politik kantoi. 
 
"Nak tunjuk pandai sangat, pandai dari aku yang memang suka memandai-mandai ini" begitulah gamaknya perkataan-perkataan yang ditutur oleh Najib, PM Malaysia kini, sebaik saja ketawa dekahannya berhenti. Gamaknya masih lagi belum puas dengan kata-kata itu PM sambong lagi setelah ambil nafas , "Dia orang tu semuanya bijak yang bodoh......ha ha ha ha ha 1Malaysia", sambil mengangkat tangan  dengan jari  telunjuk saja menegak keatas.
 
Diatas itu hanya imiginasi saya saja. Bukan kata-kata mahupun kelakuan sebenar PM Najib.
 
Pilihanraya ke 13 tetap akan diadakan. Jangan bimbang. Anda yang layak mengundi akan tetap berpeluang untuk mengundi calun pilihan anda yang anda suka. Cuma walaupun anda suka calun itu anda kena pangkah dalam ruang bersebelahan dengan calun anda itu. Pangkah maknanya anda suka. 
 
Ada juga pangkah yang anda tak suka. Pangkah yang anda terima dalam kertas jawapan periksa anda.
 
Oleh kerana anda dan ramai yang tidak sabar untuk mengundi, kita buat  eksersais undi olok-olok. Ok.
 
Katakan lah pilihanraya akan diadakan dua hari dari hari ini iaitu hari Isnin. Dalam masa dua hari ini anda boleh berfikir panjang siapakah yang sepatutnya anda undi. Selepas penat mengundi anda boleh berihat pada hari Selasa, cuti Depavali. Jika anda tinggal di kawasan yang jauh dari tempat mengundi anda itu, anda boleh memulakan perjalanan pada hari ini agar anda berasa 'fresh' akal dan fikiran, jasmani dan rohani, berasa amat tenang semasa pergi mengundi. Hanya orang yang tenang tanpa sebarang tekanan saja yang  akan mampu membuat keputusan yang terbaik. 
 
Sudah tentu antara faktor yang mempengaruhi anda untuk memilih calun ialah tentang reputasi calun anda itu. Reputasi yang baiklah. Dan dikenali dan mendapat rasa hormat dan pengiktirafan ramai pihak, dalam dan luar negeri.
 
Untuk memudahkan perjalanan eksersais undi pilihanraya olok-olok ini kita ambil calun yang akan bersaing itu adalah dari mereka yang sudah ada reputasi, yang ramai orang kenal. Mereka itu ialah tidak lain tidak bukan diantara PM kini iaitu Najib dan Ketua Pembangkang Malaysia kini, Anwar. Kata orang 'buah epal lawan buah epal' atau untuk lebih aura tempatannya, 'durian lawan durian'. Mereka bertanding dalam satu kawasan Parlimen yang sama.
 
Ok. Saksama kan. Fair. Sepadan. Buku lawan Ruas.
 
Bagi memudahkan  anda menganalisis reputasi kedua-dua calun yang bertanding ini, ikutilah dailog dua remaja dibawah ini. Remaja ini sudah layak mengundi. Remaja x dan z.
 
Tempat: Di tepi pantai yang anginnya sepoi-sepoi bahasa.
Tema dailog: Kejayaan Obama dipilih semula sebagai Presiden Amerika.
 
X (merenung laptopnya): Tengok Amerika dah pun adakan pilihanraya.
 
Z: Siapa menang? Aku ingat Obama lah. Sebab masa berdebat dengan Romney ari tu, hebat.
 
X: Tentulah Obama. Tapi siapa pun menang, dasar luar sama saja. Misalnya dasar luar terhadap Israel. Siapa pun presiden Amerika tetap sokong Israel.    
 
Z: Obama nak ke Israel ke?
 
X: Tak lah. Dia nak lawat Thailand, Myanmar dan Kambodia.
 
Z: Tak singgah Malaysia ke?
 
X: Entah. Mungkin tidak kot.
 
Z: Dia tak kenal Malaysia ke?
 
X: Tak kan dia tak kenal.    

Z: Abis fasal apa tak singgah. Tak penting ke?
 
X: Mana lah aku tahu. Tapi aku ingat dia tak kenal PM kita.
 
Z: Takkan lah. Apa bukti kau?
 
X: PM kita tak masuk tv, sebab tu Obama tak kenal.
 
Z: Kau ni biar betul. Hari-hari PM masuk tv. Bukan sekali berulang kali.
 
X: Betul lah tu. Tapi masuk tv tu Obama tak minat. Obama tak tengok.
 
Z: Apa yang Obama minat?
 
X: Masuk tv macam dia. Debat sama lawan untuk jadi presiden Amerika.
 
Z: Maksud kau PM debat dengan Anwar? Tapi itu kan budaya Amerika. Bukan budaya kita.
 
X: Kalau nak jadi terkenal dan dikenali. Nak dapat pengiktirafan pemimpin dunia macam si Obama ni, itulah caranya. Nak jadi PM kan.
 
Z: Anwar pun bukannya terkenal sangat. Dia bukan PM.
 
X: Jangan kata begitu. Berilah dia peluang jadi PM. Dah tentu Obama akan singgah di Malaysia.
 
Z: Apa jaminan kau?
 
X: Aku nak jamin macam mana kalau kau tak undi dia.
 
Z: Betul juga.  
 
Tamat.
 
Setelah membaca dailog diatas, sudah tentu memudahkan anda untuk membuat pilihan calun mana yang anda akan pilih dalam pilihanraya olok-olok ini: Najib atau Anwar.
 
Itu adalah pilihanraya olok-olok. Kesannya: ada yang ketawa terbahak-bahak macam cerita pada awal paparan diatas. Tiada kesan kepada rakyat dan negara.
 
Pilihanraya yang sebenarnya, anda kena fikir dengan baik dan rasional kerana melibatkan masa depan kita. 
 
Tapi kalau tanya saya, saya akan pilih calun yang berani berdepan dengan lawan di atas pentas yang sama dan pada waktu yang sama. Tak perlu menjerit dan melaung sedangkan lawan tidak ada bersama untuk menyahut jerit dan laung itu. 
 
Berani berdepan. Masing-masing membentangkan arah tuju yang hendak dibawa demi kebaikan rakyat dan negara melalui berbagai dasar dan kaedah serta pendekatan. Memberi peluang kepada rakyat khususnya pengundi menilai dan  membuat pertimbangan yang mana satu lebih baik.
 
 
   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan