Theflowersellingboy

Ahad, 18 November 2012

Cara Pemanduan Di Malaysia.

Dalam perjalanan balik ke Putra Jaya, mendekati persimpangan ke Senawang, pada pukul 7 petang, tetiba terdengar bunyi dentuman dibahagian belakang. Melihat melalui cermin, kelihatan sebuah kereta di lorong ketiga sebelah kanan (lorong laju tapi tak boleh laju sebab kenderaan sesak) telah menghentam sebuah van pick-up yang berada dihadapannya.

Nampak gaya kereta itu hendak masuk ke lorong no.2 (tengah). Agaknya nak cepat sebab lorong satu tak bergerak. Tapi disebabkan jarak ruang diantara dua kenderaan itu terlalu rapat maka ianya amat sulit untuk kereta itu memasuki lorong dua. Lagi pun dilorong dua (tengah) kereta pun banyak.

Maka tersondollah bahagian belakang van itu. Maka tujuan nak cepat akhirnya jadi lambat. Banyak orang yang terlibat. Menyusahkan. Nasib baik saya telah berada didepan.
Lain kali pandulah dengan cara berkhemah dan berdisplin terutama dalam keadaan sesak. Dalam keadaan sesak, tak bolehlah fikir kita saja nak cepat. Orang lain pun nak cepat juga. 

Nak cepat tu boleh. Kalau kita ada sesuatu yang bersifat darurat misalnya ada yang perlukan rawatan segera untuk dihantar ke hospital. Ada yang nak beranak, misalnya.

Bagi isyarat kepada pemandu yang lain bahawa kita perlu dapat ruang untuk membolehkan kita bergerak lebih cepat.

Tapi satu hal pula, sebahagian besar dari pemandu kita tidak ada perasaan timbang rasa dan mahu membantu. Kebanyakannya suka menghalang dan tidak memberi ruang kepada pemandu yang dalam keadaan darurat itu untuk bergerak cepat.

Betul ke dia tu dalam keadaan darurat? Itulah keraguan yang selalu ada.

Ada betul juga keraguan itu bila melihat cara pemanduan yang macam samseng . Mencelah sana, mencelah sini. Belok kiri, belok kanan dalam barisan jarak kereta yang rapat. Selamba saja memotong yang membuatkan pemandu yang lain terpaksa tekan brek.   

Saya ingat penguatkuasaan secara AES pun tidak dapat mengajar samseng-samseng jalan raya ini. Cuma saya mampu fikir ada satu cara saja. Biarkan mereka lari laju-laju. Kita ketepilah. Besar kemungkinan kita terselamat. Ada kemungkinan  samseng-samseng itu selamat juga. Cuma peluang tak selamat lebih besar lagi.

Wallah hu alam. Allah saja yang maha mengetahui. 
 
  
   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan