Theflowersellingboy

Khamis, 8 November 2012

Dailog Pendek Di Meja Makan.

Sebaik saja keluar dari dalam bilik menuju ke meja makan untuk makan malam bersama, dan belum sempat duduk isteri telah kemukakan soalan :

"Betul ke Nurul Izzah galakkan orang Melayu murtad?" 

Saya tidak segera menjawab. Saya pun tidak tanya dari mana sumber itu diperolehi. 

"Apa yang abang baca dalam internet?"  
  
Seterusnya beliau menyambung, "Dah banyak malam cerita ini keluar. Banyak orang marah termasuk pak lebai (merujuk kepada yang pakai serban haji)"

"Malam ini cerita itu juga. PM dan TPM pun komen ".

Bila dikaitkan dengan PM dan TPM , dua jawatan tertinggi negara, jawatan yang berautoriti, ianya memberi ransangan kepada saya untuk memberi reaksi kepada persoalan yang dibangkitkan oleh isteri saya tadi. 

Saya jawab  , "Jam (panggilan untuk isteri) sudah biasa tengok wajah PM dan TPM kan. Selalu dengar apa yang dia orang berdua gemar cakapkan. Sudah biasa lihat dan dengar komen yang menyokong setiap yang keluar dari mereka berdua kan . Dah tengok Nurul Izzah kan. Tapi jarang dengar dia cakap kan?"

"Sebab itu saya nak tahu apa dia (Nurul Izzah) cakap".

"Beginilah. Abang pun tidak mempunyai ilmu yang tinggi tentang agama Islam. Tidak berani untuk mentafsirkan kata-kata yang membawa maksud menggalakkan murtad. Cuma abang tengok Nurul Izzah, walaupun tidak pernah berjumpa dan bercakap, pekerti Islamnya dan  amalan Islamnya lebih baik dari abang. Abang lebih percaya cakap dia dari orang-orang yang Jam selalu lihat dan dengar".

"Lebih baik dari orang yang suka beri komen dan mencerca beliau pada setiap malam berturut-turut, tanpa ada rasa bersalah dan malu", sambung isteri saya.

"Kalau dah tahu, tak mengapa".   

Kami pun meneruskan makan malam dengan penuh selera. Makanan kami dari jenis yang halal lagi baik.
 






 
  
 
     
   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan