Saat bersedih dan berkabung. Ucapan yang sesuai ialah ucapan TAKZIAH.
Takziah bukan sebab ada yang mati. Tidak.
Semalam Parlimen Malaysia telah lulus perlaksanaan AES. Saya panggil AES sebagai SAMAN OTOMATIK MELALUI KAMERA SWASTA . Ini lebih mudah orang faham dan memberi gambaran yang jelas.
Sebenarnya saya diantara orang yang meletakkan harapan dan percaya bahawa ahli-ahli Parlimen kita, BN dan juga yang bukan BN (maknanya termasuk ahli Parlimen bebas walau pun cenderung kepada BN) akan mengambil kira denyutan nadi dan jantung rakyat. Bahawa mereka (ahli parlimen) kali ini tidak akan mengecewakan harapan rakyat. Bahawa mereka (ahli parlimen) akan sepakat tidak akan membebankan kos sara hidup rakyat.
Saya yakin sebab
i) Ada dikalangan ahli parlimen BN meminta dikaji atau ditangguh perlaksanaan AES. Dan dengan memanjangkan sikap ahli bebas yang cenderung kepada BN, saya masukkan mereka sama dengan ahli BN itu.
ii) Semua ahli parlimen PR tidak bersetuju AES.
iii) AES akan menyusahkan semua pihak. Akan menambah beban kos sara hidup. Apatah lagi rakyat yang berpendapatan rendah. Sudah tentu wakil rakyat yang membela rakyat secara otomatik tidak akan besetuju.
Semua pihak akan terbeban. Benar bahawa yang melanggar undang-undang perlu dihukum. Saya amat setuju.
Tapi tidak kah terfikir di otak ahli parlimen yang menjadi pembela rakyat itu mengapa rakyat tidak menentang sistem saman dan penguatkuasaan saman yang ada sebelum AES. Malah rakyat berpusu-pusu membayar walaupun pada saat akhir tamat tempoh saman.
Maknanya rakyat adalah patuh kepada undang-undang.
Maknanya juga sistem penguatkuasaan yang ada itu tidak dianggap zalim dan membebankan.
Ertinya bahawa ada yang tidak kena dan tidak betul pada sistem yang baru ini yang di panggil AES.
Tidak kah kamu mahu berfikir wahai wakil rakyat?
Kamu juga akan terbeban. Anak kamu juga akan terbeban. Keluarga kamu juga terbeban. Malah keberangkalian kamu, anak kamu dan keluarga kamu terbeban adalah melebihi 100 peratus. Sebab kereta kamu tidak boleh lari 40 kmh. Paling rendah 120 kmh. Kamu tak pandang kereta kancil atau kelisa.
KECUALI lah kamu KALIS SAMAN!
Untuk berlaku adil, saya mengucapkan teramat terima kasih kepada ahli parlimen yang seramai 49 orang yang tidak bersetuju dengan AES. Difahamkan mereka adalah dari PR. BN dan bebas suka rakyat susah.
Dengan itu mulai saat AES diluluskan olrh parlimen dan seterusnya kita rakyat Malaysia wajar berkabung.
Dan saya percaya kita tidak mahu berkabung sehingga hari kiamat. Jadi peluang untuk mengakhiri hari berkabung kita adalah pada pilihanraya yang akan datang ini. Oleh kerana BN menyebabkan kita berkabung maka tamatkan tempoh sahlaku BN dan undilah PR.
Ingatan juga pada PR. Jika sudah naik jangan buat perangai macam BN. Kalau degil kamu juga rakyat akan tendang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan