Theflowersellingboy

Ahad, 18 November 2012

AES: Otak Berdailog

Semua orang mahu selamat di jalan raya. Tiada seorang pun yang mahu cedera apatah lagi mati akibat kemalangan di jalan raya. 

Tapi mengapa pula bawa kenderaan macam gila-gila, langgar undang-undang jalanraya?   Bahaya pada diri sendiri dan juga pengguna jalan raya yang lain.    

Bila pihak penguatkuasa ambil tindakan undang-undang misalnya keluar saman, ada yang marah-marah tidak suka. Dah kena saman pun tak serik-serik, masih lagi buat perangai yang sama.

Macam mana nak atasi perangai orang seperti ini? Macam mana nak buat mereka lebih berkhemah dan berdisplin dijalanraya agar kemalangan yang boleh menyebabkan kecederaan dan kematian dapat dikurang atau di hapuskan ? Macam mana?

Polis dan JPJ telah melakukan tugas penguatkuasaan. Tapi kesannya tidak memberansangkan. Kemalangan makin bertambah terutama pada musim perayaan.

Mesti cari satu jawapan macam mana nak atasi masalah ini.

Oh, ya, dah jumpa jawapan.

Apa dia? 

Jawabnya tukar sistem. Tukar cara pengendalian.

Gunakan Autamated Enforcement System (AES). Beri pula peluang kepada pihak swasta bersama-sama terlibat. Jemput dua syarikat saja. Tak boleh ramai-ramai, kecoh, nanti berebut-rebut.

Kan orang percaya hanya swasta saja yang boleh menguruskan kerja dengan cekap berbanding agensi kerajaan. Tak ada rasuah.

Tapi bagaimana dengan anggota polis dan JPJ yang ada, yang buat kerja penguatkuasaan lalulintas? Macam mana dengan kamera yang ada pada polis, dan yang telah dipasang. Kalau tak silap ada lebih 3,000 semuanya.

Katakan satu kamera RM 1,000.00. Kalau 3000 kamera,wang yang telah keluar baru 3juta jer. Sikit sangat. Sehari saman dah boleh dapat lebih dari itu.

Boleh buang jer kamera tu. Atau jadikan sebagai aset yang sudah ada sijil BER (beyond economic repair). Panggil JKR keluarkan sijil tu. Lepastu lelonglah. Kalau tak laku , lupuskan saja. Macam mana? Pandai-pandai sendirilah. 

Anggota JPJ dan Polis tu bolehlah tolong syarikat swasta keluar saman dan cari mereka yang gagal bayar saman. Mereka itu masih ada kerja. Tiada pembaziran tenaga kerja.

Sistem baru, kamera mestilah yang baru?

Apa ada hal . Biarlah syarikat yang keluarkan modal. 

Kamera hanya 831 buah saja. Bukannya banyak.

Syarikat dah setuju dan sanggup keluar kos sebanyak  700 juta untuk beli dan pasang kamera. Maknanya kos satu kamera siap pasang berharga RM842,358.60. 

Ohhhhh banyak nya wang yang dilaburkan oleh swasta ni. Sudah tentu sistem dan kamera yang canggih manggih. Boleh berfungsi dalam apa keadaan sekalipun. Siang malam. Hujan panas. Kemarau banjir. Ribut petir. Tak ada hal. Autamated Enforcement System, katakan.

Tak kena sambar petir ke? Kilas air ke? Tak dimakan hari ke - wear and tear?

Kalau harga mahal mestilah ada kualiti. Swasta yang beli. Bukan agensi kerajaan- sikit-sikit ada komisyen. Mesti ada masyok.

Ohhhhhh begituuuuuuuuuuuuuuu. 

Kerajaan tak keluar satu sen?

Memang lah itu tujuannya. Kan ke konsep penswastaan tu tujuannya hendak merengankan beban kewangan kerajaan. Semua ditanggong beres oleh syarikat.

Bagusnya, best. Tapi fasal apa dulu tak buat. Kalau dari dulu lagi kerajaan buat, sudah tentu banyak nyawa kita boleh selamat. Tak banyak orang yang cedera. Belanja hospital pun kurang. Tapi tak mengapa, kata orang putih  'better late than never'.

Kerajaan tak keluar belanja. Banyak nyawa dapat diselamatkan. Kos perubatan boleh dijimatkan. Pemandu menjadi lebih berkhemah dan berdisplin semasa memandu. 

Memang best lah AES ni. Terima kasih kepada dua buah syarikat yang sanggup mengorbankan wang yang besar demi mengurangkan kemalangan jalan raya.   

Begitulah kata orang: 'orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa'

Apa maksudnya yang memberi dan yang merasa tu?

AES tu bukannya 'free'. Kerajaan beri pada dua syarikat itu dengan berjanji sebahagian hasil kutipan saman akan diberi kepada syarikat.

Tak apa lah sebab syarikat dah keluar modal beli dan pasang kamera. Kita bayarlah melalui saman yang dikutip.

Betul ke harga dan pasang sampai 800 ribu lebih?

Kita mesti percaya pada syarikat. Kan ke ini satu cara yang dipanggil sebagai Malaysia Incorpated. Swasta dan kerajaan mesti saling percaya mempercayai. Mesti bekerjasama. Sebab kalau syarikat buat untung, kerajaan untung juga kerana dapat kutip cukai korporat.

Ohhhhh begituuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.

Tapi tak ada ke tujuan syarikat tu nak buat untung? Syarikat tu hidup untuk berniaga kan. Nak buat untung semaksima mungkin. Itu bottom line syarikat: untung seuntung-untungnya.

Biasalah. Kalau tak untung buat apa berniaga. 'Buang boreh jo'.

Maknanya penguatkuasaan kesalahan jalan raya ini adalah satu bentuk niaga? Perniagaan yang menguntungkan?

Ye lah. Kalau tak untung tak kan syarikat tu nak melabur sebegitu besar.

Kalau begitu fasal apa kerajaan tak meneruskan sendiri. Baikki mana-mana kelemahan yang ada. Modal RM700 juta atau pun lebih, rasanya celah-celah gigi saja. Bilion ringgit pun kita mampu. Trilion ringgit pun kita tak kisah hilang lesap. Ini kan 700 juta. Dapat pulangan yang baik pula.

Entah lah. Mungkin projek ni, NPV (Net Present Value) kerajaan negatif kot. IRR (Internal Rate of Return) nya lebih rendah dari kadar faedah bank kot. Tempoh 'payback' (pulang modal) lambat kot? Atau ketiga-tiga nya tidak ada dalam kiraan kerajaan kot? Atau kerajaan ada cara kira yang lain kot?

Cara kira yang macam mana, yek? 

Ada tengok cerita P.Ramlee tak. Cerita fasal bagi-bagi harta curian: 'Kau satu , aku satu. Ini kau ambil, yang ini aku punya"

Ohhhhhh begituuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.     

Patutlah tak ramai yang berkongsi. Dua syarikat jer. Dapatlah banyak bahagian. Tapi negara rugi kehilangan hasil. Rakyat pun rugilah tak dapat peruntukan pembangunan. Atau tak boleh selalu dapat BR1M. 

Syarikat pun timbang rasa juga. Mereka yang berbudi tetap merasa.

Ye kerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr?

Ye lerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr?        

 

    
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan