Sudah bertambah kecuh dan bercelaru. Sebabnya hanya satu saja iaitu hendak mengekalkan kuasa disatu pihak dan hendak mengambil kuasa di pihak yang lagi satu.
Jadi berbagai cara digunakan semata-mata bagi mencapai matlamat masing-masing.
Malangnya sebahagian besar cara yang digunakan adalah yang menyalahi norma-norma bangsa yang beradab, bersantun, bermaruah dan beragama.
Mereka ini bukan saja terdiri daripada yang tidak tinggi ilmu, yang jahil, yang tidak mempunyai atau terbatas sumber maklumat, yang miskin papa kedana, yang cacat telinga dan mata, yang otak gila, yang menjadi buruh dan kuli, yang menganggur tiada kerja, anak muda yang minat lepak-lepak, rempet-merempet, yang tua keroyok sudah masuk nyanyuk bahkan mereka itu meliputi segala kedudukan, peringkat, darjat dan martabat manusia.
Mereka itu , menggaya serta mempamerkan perangai dan tingkah laku yang sama. Saling kutuk mengutuk di antara satu dengan yang lain. Menggunakan kata-kata yang biadab lengkap fitnah dan putar belit, kasar dan kesat yang menyesatkan seolah-olah itu saja patah-patah kata dan gaya bahasa yang ada dalam bahasa kita.
Kerana KUASA. Nak kekal BERKUASA. Nak AMBIL KUASA.
MALAYSIA BOLEH! POLITIK MALAYSIA YANG SERBA BOLEH!
Sengaja saya lakarkan ayat-ayat diatas sebegitu rupa untuk paparan kali ini.
Itulah yang dapat otak saya simpulkan sepanjang mengikuti perkembangan politik di tanah air dalam perjalanan menuju tarikh pilihanraya ke 13 nanti. Ada sedikit emosional pemikiran otak saya itu.
Oleh itu rakyat jangan turut sama kecuh dan otak jangan jadi celaru. Buat bertenang kerana orang yang sentiasa tenang saja yang dapat memberi pertimbangan yang terbaik. Malaysia belum kiamat. Dunia belum kiamat.
Politik Malaysia memang begitu sifatnya. Yang demikian kita mesti ingat dan sentiasa ingat:
Ingat i) Orang politik kita bukan pengamal politik berbeza pandangan. Mereka pengamal politik hentam menghentam penuh fitnah dan putar belit. Mereka bukan orang politik yang yakin dan berani bersemuka. Mereka pengamal politik tuding jari. Mereka tidak banyak hujah tapi banyak baling batu, baling sepatu, baling selipar, baling telur dan apa saja objek yang boleh melayang menuju lawan, dan terbaru mereka juga pengamal simbah menyimbah cat.
Ingat ii) Mereka pengamal politik kotor dan hina.
Ingat iii) Dari dulu sehingga sekarang itulah warna politik mereka.
Ingat iv) Jangan biarkan politik seperti itu berterusan pada masa depan.
Ingat v) Semasa mengundi pada pilihanraya ke 13 nanti kita tolak yang suka tuding jari tapi takut bersemuka; tolak yang suka baling-baling, lempar-melempar dan simbah menyimbah; dan tolak yang hentam menghentam penuh fitnah dan putar belit.
Renung dan fikir isu murtad yang menjadi panas ketika ini. Lihat bagaimana isu ini diurus dan ditangani. UMNO dan yang bersekutu dengannya meluahkan rasa kecewa kerana sudah ramai orang Melayu menjadi murtad. Mereka marah dan menuding jari ke pihak yang lain yang dikatakan menjadi penyebab orang Melayu murtad.
Hanya sanya mereka lupa kerana taksub menuding jari bahawa semenjak merdeka sehingga kini hal-hal tentang agama Islam, pengurusan agama Islam adalah dibawah penguasaan parti UMNO atau pihak-pihak yang dibawah pengaruh UMNO.
Apa yang mereka buat ?
Yang saya tahu, hukum Hudud pun ditentang oleh kepimpinan utama mereka, dulu dan sekarang. Paling malang sekali mereka rela hukum itu di persendakan oleh pimpinan MCA, rakan sekutu dalam BN. Dalam keadaan sedemikian pun mereka tetap mengatakan bahawa mereka adalah pejuang agama Islam.

Oleh itu adalah wajib untuk kita bertanya: Pihak mana yang bertanggungjawab untuk mengisi ilmu dan perangai Islam kepada orang-orang Melayu supaya mempunyai daya tahan keIslamannya?
Diatas, telah diberikan jawapan.
Kita tanya lagi: Sudah berapa lama mereka memegang amanah menjaga dan mengurus hal ehwal Islam.
Dah terjawab juga, diatas.
Kalau tidak ada kemampuan mengambil amanah dan tanggungjawab, sila berundur dan serahkan kepada pihak yang mampu dan bersedia mengambil amanah dan tanggungjawab.
Menjaga agama Islam ini biarlah kita pilih mati syahid. Jangan pilih mati katak.
Fikirkan dan renungkan satu lagi isu. Isu orang Melayu merempat.
Dr. Mahathir, PM Malaysia yang berkuasa selama 22 tahun menyatakan sedih di hatinya akan nasib orang Melayu yang merempat di negara sendiri.

Sudah tentu beliau ada fakta dan maklumat yang konkrit, menyokong kenyataannya itu.
Dan saya amat bersetuju dan yakin akan kebenaran kenyataannya itu. Tiada syak lagi bahawa ada orang Melayu yang masih merempat. Banyak pula.
Beliau cuma sedih saja ketika ini, ketika saat pilihanraya menjelang tiba. Cuma beliau tidak pula menangis seperti dalam babak semasa mengumumkan hasrat untuk berhenti dalam satu persidangan parti UMNO suatu masa dulu.
Saya tidak pasti sama ada beliau ada menyediakan soalan mengapa jadi begini? Kalau ada pun soalan seperti itu, beliau mempunyai jawapan bersifat membela diri sambil menuding jari.
Jadi kita yang hendak pilih kerajaan pada pilihanraya ke 13 tak lama lagi wajib bertanya: Mengapa jadi begini? Mengapa setelah lebih 55 tahun merdeka masih ada orang Melayu yang hidup merempat?
Baiklah. Kita menjawab cara begini: Pertama, kita kenal pasti siapa atau lebih tepat lagi nama parti yang memerintah Persekutuan Tanah Melayu kemudian bertukar jadi Malaya dan akhirnya jadi Malaysia sejak merdeka sehingga kini?
Parti apa?
Tidak lain dan tidak bukan ialah Parti Perikatan (UMNO, MCA dan MIC) kemudian Barisan Nasional ( UMNO, MCA, MIC dan tambahan parti-parti baru termasuk dari Sabah dan Sarawak).
Kedua , kita kenal pasti Perdana Menteri yang paling lama berkuasa. Dan dari parti mana.
Siapa?
Dr. Mahathir. 22 tahun lamanya.
Dari parti mana?
UMNO yang mengepalai BN. (Tapi ada yang suka panggil UMNO baru. Tak kisahlah).
Maka sahlah yang merempatkan hidup orang Melayu ialah orang UMNO yang berkuasa bersama geng-gengnya yang lain.
Kesian kepada orang Melayu?
Saya tidak kesian. Sebab orang Melayu tidak tahu sayang diri. Tidak tahu menilai harga diri. Setiap pilihanraya, tetap memilih penguasa yang sama yang gagal mempertingkatkan maruah dan harga diri orang Melayu. Hidup merempat tidak mengapa.

Jadi jika mahu sayang diri dan bangsa sendiri (Melayu), mahu memertabatkan harga diri, jangan beri peluang puak-puak yang terlalu lama berkuasa ini terus menerus jadi penguasa. Mereka terlalu sombong dan bongkak.
Ingat: Jangan jadi keliru dan celaru bila melihat kasih sayang mereka ketika ini. Itu hanya lakunan sebuah pementasan untuk pilihanraya yang ke 13.
Ketepikan mereka.
Buatlah pertimbangan dengan tenang, InsyaAllah Allah akan menunjukkan pilihan yang betul.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan