Theflowersellingboy

Khamis, 15 November 2012

AES: Apa Yang Perlu Kita Buat?

AES atau yang kita kenali sebagai saman kesalahan trafik secara otomatik yang diswastakan telah mula beroperasi.  AES ini amat membebankan kepada rakyat dan negara. Tapi menguntungkan 2 syarikat yang dapat tawaran untuk laksanakan AES.

Rakyat terbeban kerana membayar saman.

Negara terbeban kerana kehilangan hasil. 

2 Syarikat untung kerana dapat hasil saman. Dan kawan-kawan yang tukang beri lesen AES tumpang 'tui', untung juga.

Jadi apa patut kita buat? Untuk selamatkan rakyat dan negara. Untuk jadi patriotik.

Kerajaan negeri di bawah PR telah bertindak menyebelahi rakyat dan negara. Mereka tidak bersetuju dengan AES dan tidak membenarkan AES dilaksanakan di negeri-negeri PR.  Selamatlah mereka yang terjebak dengan kesalahan trafik dibawah AES di negeri-negeri PR.

Ada juga ahli Parlimen BN yang menentang AES yang dikatakan membebankan rakyat. Tapi AES berjalan juga. Rakyat masih terbeban dengan saman AES melainkan dalam keadaan diatas.

Jadi dalam keadaan kemungkinan terbeban itu rakyat masih lagi boleh bertindak secara positif. Marilah kita, semua Rakyat terima AES secara paksa rela. Kurangkan atau jangan melakukan kesalahan trafik. Ada baiknya. Sebab ianya boleh mengurangkan risiko cedera atau hilang nyawa. Dan ianya boleh mengurangkan atau menzerokan hasil kutipan saman.

Tiada seorang pun antara kita mahu cedera dan hilang nyawa. AES nampaknya boleh mengubah sikap kita dari yang tidak baik kepada yang baik. Kita lebih berdisiplin di jalan raya.

Jika kita berdisiplin di jalan raya, AES akan gagal. Maksud saya tiada saman kesalahan trafik. Tiada saman, tiada wang yang masuk. Tiada wang yang masuk dalam kantong 2 syarikat itu. Rugilah pelaburan mereka. 

Jadi kita mesti ada kekuatan untuk tidak melakukan kesalahan trafik. Cuba kita latih diri kita selama katakan 6 bulan pertama AES dilaksanakan.

Buatlah kira-kira berapakah 2 syarikat itu akan rugi jika tidak ada kesalahan trafik dalam tempoh 6 bulan. Saya percaya dengan buat kira-kira itu ianya akan memberi motivasi kepada kita untuk menggagalkan AES. Tidak susah-susah untuk berdemonstrasi. Ajar mereka yang suka memeras rakyat ini dengan cara ini. Tak habis-habis nak menguntungkan kroni dan menyeksa rakyat. Padan muka mereka jika kita semua berdisiplin di jalan raya.

Jika itu yang kita lakukan, rakyat selamat dari beban membayar saman AES, dan hasil negara juga terselamat dari mengalir masuk ke kantung mereka yang tidak sepatutnya walaupun sah dari segi undang-undang.

Mari kita lakukan bersama. Dan jangan lupa banyak lagi beban seksa yang akan menimpa kita. Saya cuma nak ingatkan satu dari nya ialah cukai perkhidmatan dan barangan atau mereka panggil  GST ( Goods and Services Tax).

JAGA-JAGA ITU GST MAHU MARI. 
   
  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan