Semakin bertambah usia semakin banyak kita kehilangan.
Garap pada diri sendiri.
Tenaga sudah banyak yang hilang. Daya ingatan pun sama-sama menurun. Keghairahan dan semangat tidak sesegar dan sekental dulu.
Berdiri dihadapan cermin.
Lihat wajah dan anggota badan yang lain.
Banyak seri yang luntur dan kendur.
Rambut sudah menipis dan putih beruban; kepala semakin licin ; jeragat bertompokan di kedua pipi, kanan dan kiri yang makin kedut mengendur; bulu kening berbelang hitam putih; urat di leher semakin menyerlah timbul di lapisan kulit yang mengendur; kelopak mata semakin mengecil, kuyu; misai dan janggut memutih sama warna; dan dahi tidak licin lagi kerana banyak garis-garis telah terbina.
Sesungguhnya saya merindui kehilangan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan