Hari ini, Khamis 15 Muharram 1434 bersamaan 29 November 2012 saya telah mencipta sejarah. Sejarah untuk diri sendiri, bukan sejarah besar-besar yang layak untuk dijadikan bahan kajian dan bahan untuk didokumentasikan.
Saya cipta sejarah yang mudah-mudah saja. Pada hari ini saya telah melanggar pantang larang. Dua pantang larang, saya telah langgar pada hari ini.
Pertama , pantang larang sisi kesihatan. Saya makan roti canai bertelur.
Kedua, pantang larang sisi pendengaran dan penglihatan. Saya tonton tv 3 dan mendengar dengan teliti ucapan Presiden UMNO.
Semenjak menjalani pembedahan pintasan jantung pada 2006, saya cukup tertib menjaga kesihatan khususnya berkaitan dengan makanan yang saya ambil. Itupun atas nasihat doktor dan pakar pemakanan.
Seboleh-bolehnya saya elakkan atau kurangkan makanan yang berminyak dan yang berkolesterol tinggi seperti roti canai sama ada yang bertelur atau tidak ada telur.
Itu pematuhan pantang larang makanan jasmani.
Makanan rohaniah pula, semenjak tahun 1998 saya telah berpantang untuk tidak menonoton tv 3 dan yang bersekutu dengannya. Bermakna juga telinga saya tidak berpeluang mendengar kata-kata yang dihasilkan oleh tv-tv itu.
Tapi hari ini pantang larang itu telah saya langgar.
Sedih? Tidak.
Setelah menghantar cucu ke taman asuhan kanak-kanak di Cyber Jaya, saya dan isteri balik ke rumah. Sampai saja di rumah saya terus ke dalam bilik untuk memulakan rutin harian, 'berblogging'. Pintu bilik terbuka luas. Isteri menuju ke ruang tv.
'Apakah benda yang hendak saya tulis hari ni?' Begitulah pertanyaan dalam otak kepala semasa menghidupkan laptop kecil berwarna hitam.
Di luar bilik, di ruang tv terdengar suara orang sedang berucap. Bersemangat. Tekanan nada suara tinggi dan keras semacam panglima perang meniupkan semangat juang kepada bala tentera di medan pertempuran.
Suara itu telah menarik saya untuk ambil tahu. Siapa kah gerangan yang bersuara lantang itu. Tapi saya masih berpantang larang. Serba tak kena.
Macam mana, yek?
"Tak apalah. Kali ini saja", nafsu telinga dan mata membantu mengizinkan pantang larang dilanggar.
Saya menyertai isteri menonton dan mendengar ucapan Dasar Presiden UMNO dalam Perhimpunan parti itu yang ke 66.
Saya meminta isteri supaya tidak banyak mengomel apabila ada perkara yang isteri tidak sejalan dengan presiden UMNO itu. Saya mahu dengar betul-betul biji butir yang diperkatakan. Saya mahu lihat bahasa badannya.
Sesungguhnya, setelah sekian lama saya berpantang, baru saya sedar dan jelas lah kepada saya sekarang, pada hari ini, bahawa Presiden UMNO yang juga PM Malaysia kita ini adalah seorang yang berbakat dalam bidang perdebatan. Hebat!
Dan sungguh mengkagumkan dimata saya akan cara dan gaya beliau berucap dengan melontarkan kata-kata serta idea, berhujah dengan berpaksikan kepada keilmuan dan pengalaman. Beliau seorang yang holistik.
Cakap fasal agama Islam, sarat dengan contoh perang Uhud dan Badar yang perlu dijadikan iktibar dalam perjuangan. Konsep wasatiyah, untuk hidup bercirikan kesederhanaan diajak sama dipraktikkan; ayat-ayat dari al-Quran menjadi petikan ucapan memperkukuhkan hujah dan saranan.
Cakap fasal ekonomi, pertumbuhan demi kesejahteraan rakyat diutamakan, pengurusan kewangan yang berkhemah mengurangkan difisit belanjawan dan mengurangkan hutang agar generasi akan datang tidak mewarisi beban hutang tidak seperti pembangkang yang mencadangkan polisi dan program ke arah menambah hutang negara. Matlamat untuk menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 nyata bukan satu angan-angan.
Presiden UMNO juga cakap fasal perpaduan rakyat. Asas berwasatiyah, hidup berkesederhanaan dan tidak melampau serta menghormati antara satu dengan lain dengan menolak fahaman perkauman.
Cakap fasal politik. Ini kemahiran dan kepakaran Presiden. Menempelak pembangkang yang mahu membawa politik pecah belah dan politik berretorik.

Pendek kata ucapan presiden UMNO meliputi dan merangkumi keseluruhan kehidupan. Menjanjikan satu masa depan yang cerah bercahaya.
Sesungguhnya ucapan hari ini boleh diibaratkan sebagai satu persiapan perang yang begitu lengkap, tertib dan berdisiplin untuk mempertahankan tanah di daratan, pulau di lautan dan ruang di udara.
Lengkap dengan semangat juang yang membara, lengkap dengan soldadu-soldadu yang setia memikul senjata dan peralatan perang serba guna, dan sedia berkorban ke titisan darah terakhir, mati di medan perang. Apatah lagi tiupan semangat itu datangnya dari Presiden, Panglima Perang UMNO.

Jadi sebelum ini saya keliru akan watak yang ada pada Presiden UMNO. Sebelum ini saya hanya melihat beliau sebagai panglima yang tiada soldadu; sebagai panglima ketandusan idea dan strategi perang; sebagai ketua parti yang gemar mencari helah mengelak diri untuk bersemuka; dan seorang yang tiada kemahiran untuk berdebat mematah kata-kata lawan secara berdepan.
Dulu saya keliru. Tidak sekarang selepas mendengar dan menonton sendiri, Presiden UMNO menyampaikan ucapan Dasar itu. Kata orang putih 'seeing is believing'.
Jadi saya percaya seluruh anggota parti UMNO yang semangat juang semarak membara, akan tidak berasa gentar apatah lagi malu dan silu untuk bersama dengan Presiden bersemuka dengan Ketua Pembangkang di mana saja untuk berdebat dengan didengari dan dilihat oleh seluruh rakyat Malaysia dan rakyat dunia.
Tajuk debat mudah saja: DEMI RAKYAT dan NEGARA.
"Ayuh para pejuang UMNO, mari mara bersama-sama saya sebagai Presiden menjaga maruah parti, bangsa, negara dan agama, kita masuk gelanggang tempur. Kita tidak perlu C4, tidak perlu Scorpene dan tidak perlu Hawks untuk menjaga tanah di daratan, pulau di lautan dan ruang di udara.
Kita sudah ada senjata perang kita. Kita sudah bersedia dengan hujah".
Begitu agaknya suara hati yang membara dalam jiwa raga Presiden UMNO sebagai menyahut cabaran dari Ketua Pembangkang dalam satu sidang DEBAT NEGARA.
Kata-kata itu masih tersimpan di hati. Luahkan segera sementara semangat juang masih panas membara.
Jika masih juga senyap dan sunyi sepi seperti dulu, cuma yang dapat didengar hanya pekikan dan laungan sendiri-sendiri, ianya amat mengecewakan rakyat Malaysia.
Saya juga akan kecewa. Cuma saya tidak akan keliru lagi akan persangkaan yang terdahulu, bahawa benarlah apa yang disangka.
"Ada roti telur?" , Minta saya pada isteri sebaik saja keluar dari bilik setelah selesai berblogging.
"Mana boleh makan roti bertelur. Dah buang tabiat ke. Roti tak ada telur adalah", Isteri mengingatkan pantang larang saya itu.
"Sesekali tak apalah". Saya terus ke meja makan untuk memamah roti canai yang bertelur itu yang telah lama saya lupakan. Enak sekali, jauh bezanya dengan roti tak ada telur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan