Theflowersellingboy

Ahad, 4 September 2011

Semoga Kau Dimasukkan Dikalangan Orang-orang Yang di Redhai

Pukul 05.50 pagi telah menerima khidmat pesanan ringkas yang memaklumkan seorang sepupu perempuan di Kuala Lumpur telah meninggal dunia di hospital Kuala Lumpur. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan dimasukkan dikalangan orang-orang yang diberi keampunan.

Sebenarnya keadaan kesihatan sepupu itu telah dimaklumkan oleh saudara mara yang datang ke rumah beraya baru-baru ini dengan mencadangkan supaya dapat meluangkan masa untuk melawat sepupu itu kerana keadaannya adalah tenat , dan pada pendapatnya harapan untuk hidup adalah tipis sekali. Tapi niat untuk melawat itu telah ditangguhkan kerana masih menerima tetamu dan mengunjungi rumah sanak saudara yang berhampiran. Akhirnya pada hari ini hanya dapat berita kematiannya. 

Peristiwa ini telah memberi pengajaran bahawa jika ada niat yang baik misalnya menziarahi pesakit yang tenat maka niat itu jangan ditangguh-tangguhkan lagi. Yang baik perlu disegerakan. Sebaliknya yang tidak baik kalau ada tersimpan didalam hati hendaklah ditangguh-tangguhkan supaya dalam tempoh penangguhan itu kita akan bertambah tenang dan dapat berfikir dengan lebih waras dan rasional yang akhirnya niat tidak baik yang tersimpan didalam hati itu tidak akan diteruskan.

Bagaimanapun saya mendoakan supaya roh sepupu itu akan dimasukkan dikalangan orang-orang yang diredhai dan diampun Allah akan dosanya. Alfathihah.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan