Theflowersellingboy

Khamis, 8 September 2011

Rumah Terbuka Aidilfitri di Permatang Pauh; Berikan Makna Yang Sebenar...4

Paparan 1 hingga 3 Rumah Terbuka Aidilfitri (RTA) di PP menghajatkan agar RTA itu akan membuka lembaran baru dalam cara dan bentuk hubungan diantara dua pihak yang bertentangan iaitu  cara dan bentuk hubungan yang lebih mesra dan bersifat persahabatan dan persaudaraan, baik diantara kerajaan mahupun secara perseorangan.

Mengakui hajat itu tidak semudah apa yang dituliskan saya masih mahu berkhayal untuk mengimpikan hajat itu menjadi satu kenyataan. Sekurang-kurangnya dapat juga sedikit ketenangan dihati selepas begitu banyak masa dan ruang digunakan bagi  menyemarak rasa marah dan benci diantara dua pihak yang bertentangan itu. 

Suasana yang dizahirkan lebih banyak  yang bohong dari yang benar, banyak yang palsu dari yang tulin, banyak yang diputarbelitkan dari yang lurusbetul dan banyak  tipu muslihat dari yang telus.

Maka mengapa tidak digunakan kesempatan di RTA ini untuk menzahirkan satu suasana yang lebih mesra dan persaudaraan.

Ok saya berhenti khayalan saya itu untuk satu hal yang lain pula, hal KEBETULAN.

Ada banyak cerita-cerita 'kebetulan' yang hendak saya kaitkan dengan RTA di PP ini. Tapi yang banyak itu saya kumpulkan menjadi dua saja.

Pertama kebetulan dari segi tarikh acara itu akan diadakan September 11, sama dengan tarikh peristiwa penting yang telah menggegarkan dunia, serangan keatas bangunan World Trade Center di New York. Tarikh yang sama adalah merupakan satu kebetulan dan bukan dirancang, pada pendapat saya lah.

Peristiwa di New York itu terlalu penting dan mempunyai nilai sejarah ditinjau dari sudut pandangan pihak yang kena serang dan pihak yang menyerang dan juga manusia sejagat. Maka sebab itulah saya mengharapkan RTA di PP ini menjadi satu peristiwa yang penting yang mempunyai nilai sejarah untuk dirakamkan.

Tapi ianya (RTA)  hendaklah menzahirkan suasana persahabatan dan persaudaraan dan bukan suasana yang telah dizahirkan oleh peristiwa di New York itu.
 
Pilihanraya Umum Ke 13 sentiasa menjadi perbincangan dikalangan rakyat Malaysia. Sebahagian membuat jangkaan pilihanraya itu akan diadakan pada hujung tahun dan ada juga yang menjangkakan melintasi tahun 2011. 

Soalannya: Adakah pemilihan tempat majlis RTA kali ini di negeri Pulau Pinang khususnya di Permatang Pauh merupakan satu perancangan politik pihak penganjur bagi memenangi hati dan minda rakyat negeri/kawasan berkenaan atau hanya secara kebetulan?

Mungkin sebahagian dari rakyat berpendapat  pemilihan tempat majlis itu tidak ada tujuan politik walaupun negeri Pulau Pinang dan kawasan Permatang Pauh itu dikuasai oleh Pakatan Rakyat.  Tidak juga sebagai satu persediaan untuk menghadapi pilihanraya. Secara kebetulan saja Pulau Pinang dan Permatang Pauh dipilih.

Sebahagian lagi rakyat mungkin akan menekankan soalan : Mengapa Pulau Pinang, negeri dibawah Pakatan Rakyat. Adakah tahun ini merupakan giliran Pulau Pinang untuk menjadi tuan rumah RTA seperti yang telah dirancang ? 

Mengapa pula di kawasan Parlimen Ketua Pembangkang di Permatang Pauh? Adakah ini juga telah termasuk dalam perancangan acara tahunan RTA? 

Soalan-soalan itu lebih cenderung untuk mengatakan bahawa RTA itu bertujuan politik. BN mahu menawan Pulau Pinang. BN mahu menawan Permatang Pauh. Permatang Pauh sasaran utama untuk ditawan. Menang Permatang Pauh mempunyai erti yang paling besar.  Gugurnya Ketua Pembangkang maka longlailah Pakatan Rakyat. Sebab itu BN mesti serang habis-habisan. Gunakan segala kesempatan yang ada untuk tujuan itu.


Sebab itu apa saja kesempatan yang ada yang boleh membantu kearah memenangi hati dan minda rakyat Pulau Pinang apatah lagi Permatang Pauh mesti dieksplotasi dan dipergunakan pada tahap yang optima. Dan RTA adalah acara yang terbaik sekali bagi maksud itu. Dan juga acara yang terbaik untuk menjadi pelindung kepada maksud yang tersirat. 

Bukankah Rumah Terbuka Aidifitri (RTA) tujuannya murni? Mengapa perlu dipersoalkan niat baik penganjurannya!

Itu adalah nada-nada sinis sebahagian rakyat yang meragui pemilihan Pulau Pinang dan Permatang Pauh sebagai satu kebetulan. RTA di PP adalah satu acara berasaskan perancangan politik. Ianya bukan satu kebetulan.


Ada juga pihak yang suka mengajak kita berfikir dengan menanyakan soalan: Benarkah  Pulau Pinang dan Permatang Pauh adalah tempat Perjumpaan Parti Politik untuk  Persediaan Pilihanraya?


Ada juga yang gatal-gatal mulut memberi jawapan : Pangkahlah parti yang bermula dengan huruf P. Sebab , huruf 'P' saja yang menyerlah. Yang ini benar-benar satu 'KEBETULAN' bukan yang dirancang.

 
  

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan