Kita ada berbagai siri lawak atau komedi. Antaranya ialah lawak sinario. Dan kita juga ada rancangan raja lawak sehingga ada rebutan untuk jadi raja lawak.
Cerita komedi atau lawak ini adalah cerita yang membuatkan penuntun dan pendengar tersenyum dan ketawa riang terhibur dengan lagak pelaku-pelakunya yang berjaya membawa cerita yang melucukan yang menggeletek hati dan perasaan mereka.
Biasanya yang membawa watak-watak lucu ini adalah orang-orang kerdil tanpa memegang atau pernah memegang jawatan-jawatan besar atau yang mempunyai kuasa. Mereka ini menjadikan bidang lawak itui sebagai sumber cari rezeki.
Namun terakhir ini bidang LELUCUAN ini telah ditembusi oleh orang-orang yang ada kuasa dan yang pernah/sedang menjadi pemimpin. Cuma tidak pasti bidang itu akan dijadikan sumber rezeki mereka.
Sebelum terjadi demiklian, marilah kita sama-sama berdoa agar bidang orang kerdil ini tidak terus menerus di 'cerobohi' oleh 'orang-orang besar/orang besar-besar' itu. Habislah sumber rezeki orang kerdil ini. Kesian mereka ini.
Antara lelucuan yang terkini adalah:
1. Tun Mahathir kata sekarang dia bukan Perdana Menteri yang jadi penghalang kepada pelaksanaan hukum hudud di Kelantan dulu. Oleh itu beliau meminta Menteri Besar Kelantan dapatkan persetujuan Najib untuk laksanakan hukum hudud itu kerana penghalangnya sudah tiada. Jawab Menteri Besar Kelantan pula bahawa gesaan Tun Mahathir itu sesuatu yang lucu sebab katanya mana boleh laksana kalau surat menghalang yang Perdana Menteri dulu (Tun Mahathirlah) keluarkan tidak ditarik balik. Dato Nik Aziz minta agar Perdana Menteri sekarang tarik balik surat RASMI itu.
LUCU tak?
2. Cerita yang sama juga mengenai hukum hudud. Dato Seri Anwar secara peribadi mengatakan beliau sokong pelaksanaan hukum hudud di Kelantan kerana ianya tidak akan menzalimi orang bukan Islam. Tapi sahabatnya dalam Pakatan Rakyat Lim Kit Siang Dan Karpal Singh tidak bersetuju .
LUCU tak?
3. Timbalan Perdana Menteri pula tidak mahu ketinggalan kapal dalam hal pendirian hukum hudud ini. Katanya UMNO memang sokong hukum hudud ini tapi belum tiba masanya.
Dah 54 tahun merdeka masih lagi belum tiba masanya? Bila agaknya masa itu tiba. Yang pasti bukan semasa TPM sekarang ini jadi Perdana Menteri, jika ditakdirkan jadi PM lah.
LUCU tak?
4. Lelucuan yang ada kait mengait dengan Mat Sabu apabila beliau di dakwa dimahkamah pasal Mat Indera. Lebih kurang kata Mat Sabu "Ini satu kes yang menyeronokkan. Hal perbezaan pandangan mengenai peristiwa sejarah dibawa penyelesaian ke mahkamah".
Jadi murid/pelajar/mahasiswa tidak boleh berbeza pandangan dengan guru/pensyarah/professor berkaitan dengan penilaian sesuatu peristiwa sejarah walaupun murid/pelajar/mahasiswa itu mempunyai fakta dan maklumat yang terbaru mengenai peristiwa itu. Kalau berdegil juga, jawabnya tidak lulus kertas sejarah itu. Itupun tidak mengapa, tahun depan boleh cuba. Tapi berdegil juga lagi akan diheret ke mahkamah.
LUCU tak?
Oleh kerana kecenderungan kita sekarang ini ialah untuk mencari juara bagi sesuatu acara/program maka mari kita bersama-sama membuat undian diantara 4 cerita diatas , cerita number berapa dan siapa yang layak kita mahkotakan sebagai : JUARA LELUCUAN NEGARA (Yang Sangat Lucu Lagi Melucukan).
Saya sudah ada calunnya iaitu cerita number.... dan gerangan pelakunya yang patut dimahkotakan. Tapi tidak adil saya seorang saja yang mengundi. Berat sebelah dan pilih kasih namanya.
Oleh yang demikian kepada semua yang berminat bolehlah hantar SMS dengan menulis : Lelucundi <jarak> (number cerita dan nama pelakun) 1234567890.
Saya sedia menunggu. Hanya lelucundi yang sampai pada hari esok Jumaat 23 September 2011 akan diterima. Waktu terakhir mesti sampai jam 10 malam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan