Menyambung apa yang telah dipaparkan semalam atas tajuk yang sama ingin diulangkan sekali lagi bahawa Rumah Terbuka Aidilfitri (RTA) yang bakal diadakan di PP nanti hendaklah diberi pengisian yang sebenarnya agar ianya menjadi satu peristiwa yang penting yang mempunyai nilai sejarah.
Saya tidak tahu apakah asas yang dipakai oleh pihak penganjur majlis iaitu Kerajaan BN memilih PP sebagai pentas RTA tahun ini.
Namun bagi saya, seperti yang telah diperkatakan, suasana RTA di PP itu adalah suasana untuk memupuk dan menjalinkan persahabatan , mendekatkan yang jauh: jauh dimata dan jauh dihati, saling memohon dan menerima kemaafan, buang yang keruh ambil yang jernih. Pada majlis ini juga kita ambil kesempatan untuk mengecilkan perbezaan yang ada, menghormati kepelbagaian dan perbezaan sesama kita. Jika suasana itu tidak dapat dilahirkan atau ianya tidak bertujuan demikian maka RTA di PP itu nanti tidak lebih dari pentas makan-makan saja. Sia-sia tidak bermakna.
Bagi saya RTA di PP perlu dimenfaat sepenuhnya untuk melahirkan suasana itu. Ianya terlalu unik dan bertepatan sekali kerana PP mempunyai ciri-ciri yang cukup lengkap yang sebenarnya menguji keikhlasan kita untuk melahirkan susana persahabatan itu. Ianya sungguh simbolik sekali.
PP terletak di Pulau Pinang , jauh dari Putrajaya atau Kuala Lumpur. Negeri Pulau Pinang pula dikuasai oleh parti yang tidak sama dengan parti yang menguasai kerajaan Persekutuan iaitu BN. PP juga adalah kawasan parlimen yang dikuasai PKR, parti pembangkang diperingkat Persekutuan.
Yang menganjurkan RTA ialah kerajaan BN dikawasan lawan. Tetamu kehormat majlis sudah tentu Perdana,Menteri Malaysia (PM) dari BN, dan wakil parlimen PP pula ialah dari PKR, Ketua Pembangkang (KP); dan beliau juga bertaraf tuan rumah walaupun bukan penganjur majlis. Jangan lupa kepada Ketua Menteri Pulau Pinang (KMPP) kerana beliau juga bertaraf tuan rumah jika hubungan Persekutuan dan Negeri dijadikan ukuran. Kerajaan Pulau Pinang bukan kerajaan BN, ia sebuah Kerajaan di bawah Pakatan Rakyat (PR).
Kalau mengikut adat dan adab pihak penganjur perlu memberi salam dulu kepada KMPP dan KP. Masuk kerumah orang itulah budi bahasanya. Saya percaya BN tidak akan lupa berbuat begitu.
KMPP dan KP mempunyai tanggongjawab untuk menyambut salam dengan penuh kesyukuran kerana pihak 'lawan' sudi bertandang ke wilayahnya untuk satu tujuan yang murni.
Itulah saya katakan pemilihan PP adalah unik dan bertepatan sekali bagi melahirkan susana yang dihajati, persaudaraan.
RTA di PP ini akan menguji kemampuan untuk mendekatkan yang jauh itu agar menjadi rapat dan erat. Jauh dari segi jarak dan jauh dari segi hati dan perasaan.
Jarak jauh dari Putrajaya atau Kuala Lumpur atau dari mana-mana tempat diluar PP bukan penghalang yang besar untuk kita berhimpun sama di majlis RTA itu. PM, KMPP , KP dan yang lain-lainya tidak ada alasan untuk tidak hadir dimajlis itu. Terlalu banyak jenis pengangkutan yang bersedia untuk ke PP.
Hanya sanya dan sesungguhnya jauh dihati yang mengguris perasaan, terlalu amat mencabar kekuatan sifat peribadi kita untuk mencetuskan suasana yang diharapkan, mengakrabkan silaturrahim sesama kita, suasana memohon dan menerima kemaafan. Ianya bukan sesuatu yang mudah kerana sebahagian besar dari kita kalau pun tidak kesemuanya adalah dibawah pengaruh sifat bongkak, sombong dan ego yang sentiasa menguasai sikap, perasaan dan perbuatan kita.
Namun RTA di PP kita buktikan bahawa kita mampu melakukannya.
Tapi sementara mengharapkan sesuatu yang terlalu ideal untuk menjadi kenyataan, saya ingin berkhayal mengimpikan suasana yang diharapkan.
Saya berkhayal KMPP dan KP telah mengutus surat kepada PM sebagai memblas surat PM, menyampaikan rasa terima kasih diatas pemilihan Pulau Pinang dan PP sebagai pentas untuk RTA pada tahun ini; dan berdoa supaya majlis ini akan dapat mendekatkan Putrajaya dan Pulau Pinang dari segi kerjasama demi Malaysia dan Pulau Pinang.
Maka KP sebagai tuan rumah kawasan PP telah bersedia menunggu KMPP disempadan kawasan parlimen PP untuk mengiringi KMPP ke majlis. KP dan KMPP tidak terus ke pentas sebaliknya menunggu disatu tempat yang telah dikhaskan untuk menyambut PM. Sebaik saja PM sampai dan keluar dari kenderaan beliau telah disambut oleh KMPP dan KP. Mereka saling bersalaman dan berpelukan. Ada sesuatu yang dibisikkan oleh PM ketelinga KMPP dan KP semasa mereka berpelukan. KMPP dan KP pun nampaknya berbuat begitu. Mereka tersenyum mesra.
Kedua-dua tuan rumah itu mengiringi PM naik keatas pentas yang telah sedia ada tetamu-tetamu istimewa. PM, KMPP dan KP duduk berdekatan dimeja yang sama yang juga terdapat TPM, Tun Mahathir, Tun Abdullah, Tn. Guru Hadi Awang, Tn. Guru Nik Aziz, En. Lim Kit Siang dan Dr. Chua Soi Lek.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa rengkas dari Tn. Guru Nik Aziz dengan pujian kehadrat Allah dan selawat keatas junjungan besar Nabi Mohammad SAW " .... Ambo rasa tidak lengkap doa ini jika ambo tidak nyatakan apa yang telah lama ada didalam hati. (Air mata mula keluar dari kelopak mata Tn. Guru Nik Aziz).... hari ini di majlis ini ambo menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf jika kata-kata ambo, perbuatan ambo boleh menyakiti hati mana-mana individu atau pihak. (Tn. Guru Nik Aziz mengambil sapu tangan mengesat air mata yang mengalir dipipi dan terus menuju ke tempat duduknya semula).
Sebaik saja Tn. Guru Nik Aziz sampai dimeja, Tun Mahathir memeluknya dan membisikkan sesuatu. Selepas itu kelihatan Tun Mahathir berpelukan begitu erat sekali dengan KP Anwar Ibrahim. Air mata membasahi pipi mereka. Yang lain pun begitu juga saling berpelukan dan berbisikan.
Suasana menjadi ceria walaupun terdengar esakan dari tangisan mereka semua. RTA di PP sungguh bermakna sekali.
Tiba-tiba khayalan saya terhenti. Hati bertanya bolehkah hayalan itu menjadi realiti?
Sudah tentu boleh. Malaysia Boleh kata Tun Mahathir. Beliau buktikannya di PP.
Bersambung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan