Jika maklumat yang diterima benar maka pada 11 September 2011 Permatang Pauh (PP) akan diberi penghormatan untuk menjadi pentas bagi satu peristiwa yang amat penting dan bermakna.
Secara kebetulan peristiwa yang akan berlaku itu jatuh pada tarikh yang sama dengan satu peristiwa yang juga amat penting yang telah berlaku yang menggemparkan dunia terutama negara Amerika Syarikat. Siapa boleh lupa dengan serangan keatas bangunan World Trade Center di New York (NY) oleh sekumpulan orang yang dikatakan oleh Amerika sebagai ' Pengganas'.
Cuma dua peristiwa ini, satu di NY yang telah berlaku, dan yang lagi satu di PP yang bakal berlaku adalah amat berbeza dari segi suasana yang dicetuskan atau yang terhasil/bakal terhasil.
Peristiwa di NY, cetusan suasananya sungguh menakutkan , menggerunkan dan melahirkan bibit-bibit kebencian, permusuhan, peperangan, penaklukan dan pembunuhan.
Peristiwa yang bakal berlaku di PP adalah cetusan yang ditunjangi semangat bagi megerat dan mengukuhkan pertalian persaudaraan dan persahabatan kearah satu masyarakat yang mesra dan yang bersatu padu. Dalam kata lain di sinilah nanti wajar dihidup dan disuburkan semula perasaan kasih sayang dan maaf bermaafan.
Yang jauh dimata dik kerana tugas dan tanggongjawab berpeluang untuk didekatkan-dekatkan bersalaman sesama kita.
Yang jauh dihati dik kerana perbuatan dan tuturkata diantara kita yang tidak disenangi dapat juga kita bisik-bisikkan sambil berpeluk memohon kemaafan.
Ya, PP akan mendekatkan yang jauh. Yang jauh dari segi jarak dan yang jauh dari segi hati dan perasaan.
Jauh dari segi jarak hanya memerlukan kita untuk pergi ke PP saja. Rasanya tidak banyak masaalah.
Jauh dihati dan perasaan sesungguhnya memerlukan kekuatan yang luar biasa untuk hati kita saling berbisikan untuk menyatakan permohonan dan penerimaan kemaafan. Apatah lagi jika luka-luka yang terguris itu telah menjadi parut-parut hodoh yang terpendam dihati menjadi satu dendam walaupun tidak kelihatan mata memandang.
Tapi bukankah maksud sambutan Aidilfitri itu sebagai merayakan kemenangan melawan nafsu semasa kita berpuasa dulu? Nafsu sombong, bongkak dan ego.
Bukankah kita selalu bertahajud, bibir kita sentiasa mengagongkan Allah dengan segala puji-pujian. Kita sujud menyembah Allah menyatakan bahawa kita adalah hamba yang hina?
Masih lagi kita mahu meneruskan sombong, bongkak dan ego kita itu?
Kalau begitu pentas di PP itu nanti tidak akan menjadi satu pentas yang penting dan bermakna. Bukan satu pentas dari cetusan hati bagi menghidup dan menyuburkan kasih sayang.
Ianya sebuah pentas makan-makan. Ianya tidak layak dirakamkan sebagai satu peristiwa bersejarah kerana tidak membawa apa-apa makna. Makan-makan saja. Membazir? Ya , ianya membazir kerana tidak mengenai sasaran.
Bersambung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan