Petang , lebih kurang jam 3.30 saya ke sebuah pasar raya . Hari ini nampaknya semua tempat letak kereta yang berdekatan dengan bangunan pasa raya itu telah penuh. Saya terpaksa mencari tempat letak kereta yang jauh sedikit dengan bangunan. Ditempat yang berjauhan ini pun telah hampir dipenuhi kereta.
Hari ini ramai sungguh orang ke pasar raya ini. Maklumlah pada hujung bulan masing-masing telah menerima gaji sudah tentu mahu berbelanja. Apatah lagi esok orang Islam akan mula berpuasa. Banyak barang keperluan yang perlu dibeli termasuklah membeli pakaian anak-anak . Jadi masa berpuasa nanti tidaklah perlu bersusah payah berebut-rebut membeli pakaian anak-anak. Lagi pun letih sangat.
Harap-harap begitulah. Tapi apa yang telah sudah-sudah, keperluan hari raya ini tidak pernah cukup selagi belum beraya. Ada saja yang tidak cukup. Badan penat dan letih kerana berpuasa pun tidak kisah, demi hari raya diusahakan juga membeli keperluan yang sentiasa tidak cukup itu.
Itu hal persediaan hari raya. Masih jauh lagi. Tapi kenapa hari ini terlalu ramai orang, orang Melayu majoriti. . Banyak duit agaknya.
Tempat yang paling ramai sekali ialah di food court. Berbaris panjang untuk memesan makanan. Mengapa jadi begini?
Saya cuba mengagak saja. Hari esok kita berpuasa maka kita tidak ada peluang untuk makan siang selama sebulan. Oleh itu hari ini kita pulonlah makan siang , bawa bersama anak isteri dan seluruh keluarga. Begitulah nafsu kita. Seolah-olah hari ini merupakan Makan Siang Yang Terakhir. Kerana esok kita akan berpuasa. Nampaknya kita berpuasa atas dasar lapar dan dahaga saja.
Harap-harap tekaan saya ini tidak betul.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan