Assalamualaikum wbt dan Salam Jumaat. Kepada muslimin dan muslimat selamat meneruskan ibadah puasa sehingga ke penghujung semoga puasa anda diterima Allah swt.
Kita telah memasuki hari 10 terakhir ibadah berpuasa. Dan kita mengharapkan ibadah puasa kita pada hari-hari yang berlalu tidak ada sebarang kecacatan, diterima Allah.
Pada 10 hari terakhir ini kita telah diberitahu bahawa ada satu hari/malam yang teristimewa yang perlu dicari kerana habuan pahalanya melebehi 100 hari/malam. Malam yang dikenali sebagai 'Lailatul kadr'. Maka umat Islam di seru supaya melakukan sebanyak mungkin amalan-amalan yang boleh mendekati kita dengan Allah seperti membaca al-quran, banyakkan sedekah, solat malam dan sebagainya. Kita percaya semua orang Islam mempunyai tekad yang tinggi untuk melakukannya.
Setelah melalui ibadah puasa hampir ke penghujung, seperti biasa sebahagian anak-anak perantau telah siap dengan rancangan untuk perjalanan balik ke kampong. Ada yang bujang dan ada yang dara dan ada yang telah berkeluarga masing-masing telah bersedia hari dan masa untuk bertolak ke kampong , menaikki kapalterbang, keretapi, bas,teksi, bot atau perahu dan kenderaan pandu sendiri (kereta dan motorsikal).
Apa pun pilihan pengangkutan untuk sampai ke destinasi, perjalanan kita tetap akan ada risiko. Dengan demikian semua pihak mestilah bersama-sama memberikan kerjasama supaya risiko perjalanan tidak akan berlaku atau dapat dikurangkan. Kemalangan perjalanan sama ada diudara , air dan darat akan membawa kepada kehilangan nyawa, kecederaan dan cacat anggota badan dan fikiran. Kita beraya dengan tangisan duka, penuh kesal dan setengahnya mungkin putus harapan untuk meneruskan kehidupan.
Tidak ada seorang atau mana-mana pihakpun yang inginkan kemalangan. Ini merupakan satu sikap yang baik dan terpuji. Tapi sikap saja tidak dapat menghalang dari kemalangan berlaku kalau tidak disertai dengan amalan bagi menterjemahkan sikap itu.
Sebenarnya semua dari kita mahu sampai ke destinasi dengan selamat. Tiada siapa yang mahu kemalangan menimpa keatas dirinya.
Tapi apabila berada dijalanraya, apabila tangan mula memutar stering, apabila kenderaan terlalu banyak, berlumba-lumba pula, apabila ada diantara kenderaan itu memotong kenderaan kita, dan tambah lagi jika kita pemandu lelaki dan yang buat potongan itu pemandu perempuan dan keretanya pun sudah tua, kecil pula, kancil memotong mercedez; dan ada pula kenderaan yang setara dengan kita tunjuk 'terror' maka gelora didada mula naik dibawah pimpinan ego, hati dan nafsu mula berkata "kereta tua nyah kamu, aku nak lumba dengan yang setara, siapa lebih terror". Kita buat pecutan. Nasib baik tiada apa, tapi biasanya jadi celaka. Celaka untuk kita dan celaka kepada yang lain juga.
Sebab itulah setiap tahun kita semua tidak pernah gagal berduka menangis kerana kemalangan jalan raya. Itupun kalau kita masih bernyawa. Tapi kalau bernyawa pun apa ada guna kalau kita hidup menyusahkan orang lain walaupun mereka sayang pada kita.
Setakat hari ini 26 Ogos 2011 pihak berkuasa telah melaporkan sebanyak 54 kematiann yang ada kaitan dengan musim menyambut hari raya.
Oleh itu hindarlah dari perangai hendak berlumba-lumba kerana itu bukan tempatnya. Secepat mana pun kita , destinasi tetap sama, balik untuk sampai ke kampong kita dengan selamat. Kita keluar dari kenderaan bersama keluarga dengan disambut penuh riang dan ria oleh ibubapa dan sanak saudara. Takkan lari gunung dikejar, hilang kabus nampaklah dia, kampong kita, ibubapa kita , saudara mara kita untuk sama-sama beraya, gembira.
Sewajarnya kita orang Islam, orang Melayulah, perlu merasa malu kerana sebahagian besar kemalangan itu berlaku adalah disebabkan perangai kita yang buruk dan hodoh selepas kita keluar dari latihan memperbaikki kelakuan dan perangai kita semasa berpuasa. Bukankah antara yang dilatih ialah untuk bersabar, menahan nafsu. Nafsu lapar dan nafsu cepat marah. Kalau begitu maka rasanya sia-sia kita berpuasa.
Akhir sekali dikesempatan paparan ruang SJ ini saya mohon maaf kepada para pembaca dan mereka yang melayari blog saya ini. Memang banyak kurang dari lebihnya, banyak cacat dari sempurnanya blog saya ini dari berbagai sudut dan segi terutamanya isu dan perkara-perkara yang dibicarakan. Apatah lagi cara persembahan dan penyampaian yang ada kemungkinan tidak digemari oleh pembaca. Yang paling saya khutiri ialah jika ada perkara atau cara yang dipaparkan boleh menyakiti dan merunsingkan fikiran pembaca.
Jadi cara yang saya mampu buat ialah memohon maaf diatas segala kelemahan itu.
SELAMAT HARI RAYA DAN SELAMAT MENUJU KEDESTINASI.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan