Ayat 205 Surah al-A'raf Allah SWT berfirman bermaksud:
"Dan sebutkan Tuhan engkau didalam hatimu dengan merendah diri dan takut; dan tidak dengan kata-kata yang keras, pada pagi hari dan petang; dan janganlah engkau termasuk orang-orang yang lalai".
Zikir atau mengingati Allah dalam hati atau menyebut dengan mulut dengan keyakinan dalam hati (apa yang ada dalam hati disebutkan dengan mulut) akan boleh menyubur iman seseorang kepada Allah SWT.
Kita berzikir atau mengingatkan Allah dengan cara:
1.Hendaklah Allah itu diingat di dalam hati dengan penuh keyakinan dan keikhlasan sebagai hamba yang sentiasa menyerah kepadanya.
2.Hendaklah dengan merendah diri (Tadharru').Bahawa kita sebagai insan/hamba yang menyerah adalah terlalu lemah, hina dan papa dihadapan Allah.
3.Hendaklah dengan perasaan takut. Bahawa tiada siapa yang maha agung dan maha berkuasa yang dapat melakukan apa saja jika Dia kehendaki.
4.Tidak dengan suara yang kuat atau keras kerana Allah maha mendengar lagi sangat dekat. Dengan sebutan yang kuat atau keras dikhuatiri sifat berzikir yang sepatutnya khusuk menjadi hiruk pikuk atau menunjuk-nunjuk.
5.Lidah yang menyebut adalah datangnya dari apa yang ada dalam hati. Ertinya hati dan lidah menyatakan yang sama.
6.Allah sentiasa diingat pada pagi dan petang supaya kita tidak lalai.
Zikir yang telah diajar oleh Rasulullah SAW ialah Tasbih-Subhaanallah; Tahmid-Alhamdulillah; Tahlil-La Ilaha Illallah; Takbir-Allahu Akbar; Hauqalah-LaHaula Wala Qiwwata Illa Billahi; dan Istighfar-Astaghfirullah.
Semoga zikir yang kita lakukan itu akan memperkukuhkan iman kita keatas Allah SWT.
(Rujukan Tafsir al-Azhar , Juzu' 9: Prof.Dr.Hamka)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan