Cuba kita renung dan buat pemerhatian akan cara kita menjalani kehidupan dalam bulan Ramadhan. Misalnya dari segi perbuatan dan sikap kita berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Ada perbezaan atau sama saja?
Sudah tentu ada perbezaan.
Yang paling jelas ialah kita tidak makan dan minum pada waktu siang. Kita juga tidak melakukan perkara-perkara lain yang boleh membatalkan puasa kita.
Maka segala perbuatan termasuklah percakapan, penglihatan, pendengaran dan perasaan serta selera nafsu dan sikap kita akan mengarah kepada mempertahankan puasa kita supaya tidak terbatal. Bukan itu saja malah kita sedaya upaya cuba mengelakkan perlakuan-perlakuan yang boleh mengurangkan pahala berpuasa.
Dan kita juga berusaha melakukan sebanyak mungkin amalan yang baik-baik bagi mengambil kesempatan akan gandaan pahala yang telah di janji Allah.
Namun ada 2 hal atau keadaan yang dapat kita perhatikan dalam bulan Ramadhan ini iaitu:
i) Waktu siang terdapat kesungguhan yang tinggi untuk menjaga puasa. Selepas berbuka puasa keadaan jadi berubah. Misalnya dari segi selera makan yang tidak terkawal dan pembaziran makanan. Mereka yang perokok yang dapat tahan nafsu merokok diwaktu siang akan mula tidak dapat tahan nafsunya sebaik saja masuk waktu berbuka.
Ada juga yang menangguhkan perlakuan umpat mengumpat diwaktu siang untuk diperkatakan selepas berbuka , selepas makan minum kerana puasa telah 'batal' maka bolehlah mengumpat.
ii) Berbuka puasa di restoran dan hotel sudah menjadi suatu kebiasaan. Sambil berbuka dihidangkan dengan hiburan ringan seperti irama muzik tradisional . Pihak hotel juga ada menyediakan tempat bersolat. Tidak pasti solat fardhu itu diikuti dengan solat Terawih. Mungkin ada hotel yang melakukannya.
Kedua-dua hal diatas rasanya boleh juga mencacatkan sedikit peluang kita untuk mendapatkan pahala sebanyak mungkin seperti yang dijanjikan Allah. Wallalualam.
Perhati dan Renunglah Puasa Kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan