1. Kenderaan semakin meningkat diatas jalanraya terutama disemua lebuhraya menuju keluar dari Bandaraya Kuala Lumpur. Paling ketara disebelah petang jam 5 petang apabila sebahagian besar pejabat ditutup.
2. Bunyi siren ambulans bertambah kerap. Tanda ada usaha menyelamat mangsa kemalangan jalanraya.
3. Pagi-pagi lagi pasar besar telah dikunjungi ramai orang. Antara bahan/barang yang baru mula dijual ialah pucuk (daun) kelapa yang belum dianyam untuk dijadikan bekas/pengisi ketupat. Harganya 100 helai daun 4 ringgit. Kalau siap dianyam harganya sebekas 40 sen.
3. Terlalu banyak kuih-muih dari yang tradisional ke kuih moden diperagakan untuk dijual.
4. Dipasar raya pun terlalu ramai orang sehingga susah untuk mendapatkan ruang kosong meletak kereta. Terdapat beberapa tempat letak kereta yang kosong tapi terdapat tanda untuk OKU. Nampak juga dua buah kereta dipetak OKU itu. Kelihatan pemandunya keluar segar bugar jalan selamba saja. Rasanya dia ini OKU baru juga 'Orang Kurang Umur', belum berakal atau tak ada akal. Boleh ke kita maafkan?
5. Patutlah semasa memandu kereta tadi ada ternampak sticker OKU di belakang kereta. Rupanya berbaloi juga kalau ada sticker OKU kalau nak pergi cari parking kereta. Kurang Upaya, kurang upayalah asalkan senang dapat tempat letak kereta. Lagi pun jarang sekali OKU sebenar kerana manalah OKU ada wang nak ada sebuah kenderaan. Dapat belas ikhsan orang pun dah banyak terima kasih. Yang OKU baru ni, kalau dipanggil sicacat marah pula. Tapi bila nak dapat hak OKU misalnya parking kereta tak malu pula jadi OKU.
6. Sekarang tidak semewah dulu untuk dapat envelop kecil untuk dimasukkan wang ampau. Terlalu kecil bilangan envelop yang boleh diberikan oleh bank. Itu pun kalau akaun kita sihat, banyak wang. Tapi kalau nak juga envelop, jangan susah sebab ada pihak bersedia menjual. Sungguh banyak terdapat dipasar.
7. Anak, menantu dan cucu selamat sampai dari Kuala Lumpur. Alhamdulillah. Kata mereka terdapat kemalangan di Nilai seorang pemandu perempuan melanggar pembahagi jalan. Mungkin mengantuk agaknya. Nasib baik tidak berlanggar dengan kenderaan yang lain. Perempuan itu selamat tapi dahinya telah sedia berbalut menahan darah disebabkan luka. Doakan supaya kecederaan wanita itu segera sembuh.
8. Berbuka puasa satu keluarga penuh. Maksudnya semua ahli keluarga telah ada sama. Yang teristimewa ada cucu buka bersama.
9. Di masjid selepas terawih ada majlis khatam al-quran dan penyampaian sumbangan kepada fakir miskin. Malang sekali para penerima sumbangan itu yang sebahagian besarnya wanita/perempuan sudah berumur tidak bersama-sama solat sama ada solat fardhu mahu pun solat sunat terawih. Mengapa ye? Belum berkesan lagi dakwah kita. Nampaknya mereka datang semata-mata untuk nak dapat sumbangan.
Yang sepatutnya menyampaikan sumbangan belum lagi sampai walaupun sudah hampir 10.30 malam. Kesian juga orang-orang tua itu menunggu.
Dulu khabarnya sumbangan diberikan disebelah petang sebelum berbuka. Selepas berbuka mereka tidak juga solat Maghrib. Ada yang terus balik selepas berbuka. Sekarang sumbangan dibuat selepas terawih. Mungklin bertujuan untuk orang-orang itu solat Maghrib dan Isya dan seterusnya terawaih, tapi tidak juga. Malang sekali. Dakwah kita masih tidak berkesan.
Kalau dulu mereka yang diberi sumbangan terdiri dari orang-orang yang telah dikenal pasti oleh Penghulu Kawasan dengan kerjasama wakil rakyat tempatan. Tapi sekarang kurang pasti bagaimana pemilihan dibuat. Harap-harap yang layak saja yang dapat dan bukan atas asas kepartian kerana kalau begitu dakwah kita adalah terbatas sekali, hanya orang itu saja yang dipanggil sebagai orang kita. Orang selain dari kita pun ada yang miskin.
Sekian saja catatan untuk hari ini menjelang menyambut hari raya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan