."....baik sungguh Dato' Yau beri ekuiti percuma. Hutang BB pun dia tolong bayar gamaknya" bye see you in...........future
Aku menyusun strategi bagi menguruskan tugasan pertama yang amat penting ini. Ini merupakan cabaran. Ini bukan beban. Aku mesti berfikiran positif kalau tidak otakku akan jem. Ini adalah satu peluang yang mesti dimenfaatkan sebaiknya.Ini adalah ujian yang berpijak dibumi nyata bukan ujian peperiksaan dahulu, 'A' bintang yang diperolehi.
"Tolong panggil En.Ali dan En. Ramli", mintaku pada Pembantu yang telah sedia berdiri mengucapkan salam sebaik aku melangkah masuk kearah bilikku. "Dapatkan juga Dato' Yau", sambungku.
En Ali ialah Penolong yang bertanggungjawab antara lain membuat analisis projek. En. Ramli pula Penolong yang bertanggungjawab dalam menentukan projek yang telah dipersetujui, dilaksanakan sebaik mungkin. Tugas dan tanggungjawab ini telah dimaklumkan kepadaku oleh penolong-penolong ini apabila mereka dipanggil dihari pertama aku bertugas. Semuanya terdapat dalam Fail Meja , aku diberitahu.
Aku menyelak helaian muka Fail Meja bagi kedua-kedua Penolong tadi sementara menunggu kehadiran mereka. Terdengar ketukan pintu, diikuti dengan salam. Aku mempersilakan mereka masuk setelah menjawab salam rengkas. Mereka dijemput duduk.
"Kita ada satu tugasan yang perlu diurus segera", aku memulakan bicara sambil menyelak-nyelak buku cadangan yang telah diberikan oleh BB, semalam.Buku itu tidaklah tebal, hanya sepuluh muka. Cadangan itu telah ku baca dan teliti sebaik saja aku selesai menikmati makan malam pada jam lapan sehingga jam dua belas malam, malam tadi.
Ada beberapa aspek cadangan itu yang perlu diberi perhatian demi menjaga kepentingan organisasi. Tidak ada pun tawaran equiti 30% percuma seperti yang dimaklumkan oleh BB. Tidak terdapat dalam buku cadangan mahupun dalam surat yang mengiringi cadangan tersebut.Tidak juga dimaklumkan sumber pembiayaan secara spesifik. Kos projek dinyatakan hampir RM 1bilion. Tidak ada perincian kos atau sekurang-kurang rengkasan projek atau 'project brief'. Yang ada hanya surat dari sebuah bank menyatakan bahawa Dato' Yau mempunyai kemudahan kredit bernilai RM50,000. Apakah cadangan struktur modal bagi syarikat usahasama yang bakal ditubuhkan. Banyak lagi persoalan-persoalan yang perlu diketahui.
"BB hendakkan analisis dan perakuan bagi cadangan ini pada hari Sabtu ni". Aku semacam sudah mesra dengan sebutan BB bagi merujuk Bos Besar. Mataku segera menangkap wajah kedua-kedua penolongku untuk melihat reaksi dan air muka mereka. Kelihatan mereka tenang sahaja seolah-olah semuanya boleh dibereskan dalam tempuh yang ditetapkan. Ini satu isyarat yang baik dan menggalakkan. Sungguh bertuah akau mendapat penolong-penolong yang cekap, bisik hati kecilku.
"Saya ada satu salinan saja.....Rona cuba you minta dengan Pembantu Khas BB satu lagi salinan proposal ni".
Aku mengharapkan agar Dato' Yau telah mengemukakan lebih daripada satu salinan cadangan tersebut.
Sementara itu aku meminta supaya Ali membuat semakan dengan Pejabat Pendaftaran Syarikat bagi mendapatkan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan Syarikat Dato' Yau. Antara lain maklumat mengenai pemegang saham, modal, pengurusan dan lain-lain yang berkaitan. Ali mencatatkan apa yang kuarah dalam sebuah buku kecil .
"You pula Ramli.....", tidak sempat aku meneruskan tiba-tiba Ramli ingin menyatakan sesuatu " Tuan haji, saya minta maaf, sebab saya tidak terlibat dengan analisis projek. Saya pelaksanaan dan monitoring", suaranya agak perlahan. Aku tersentak juga dengan kata-katanya itu. 'Tidak terlibat dan hanya pelaksana dan pemantau projek' maka itu alasannya untuk tidak bersama membantu. Ego sebagai seorang bos nampaknya hampir menyelinap dalam darahuku. Aku perlu bersabar. Ini baru hari kedua kerja takkan hendak mengujudkan suasana kerja yang tidak kondusif. Hubungan baik diantara bos dan pembantu perlu dijaga.
Talipon dimejaku berdering. Lantas segera aku mengangkat gagangnya. "Ok" kataku membenarkan talian disambung untuk bercakap dengan Dato' Yau. "No problem tuan haji. I will be coming to your office. By ten thirty I will be there. No problem", suara Dato' Yau berjanji untuk datang kepejabatku untuk membincangkan mengenai projek yang dicadangkan dan penubuhan syarikat usahasama.
Gagang talipon diletakkan diatas tempatnya. Kelihatan seorang pembantu pejabat memasuki ruang kerja pembantu dan menyerahkan satu buku.
Pembantu menyerahkan buku tersebut kepadaku dan aku pula memanjangkan kepada Ali. "Pukul sepuluh setengah nanti kita jumpa dalam bilik perbincangan. Dato' Yau akan datang berbincang. Both of you". Ali dan Ramli meninggalkan bilikku bergerak longlai. "Kita dah ada Fail Meja........", terdengar perlahan kata-kata Ramli kepada kawannya Ali melepaskan perasaan tidak puas hati. Sekali lagi aku mengurut dada,sabar.
Perkara yang akan ku bangkitkan nanti telah tersedia disenaraikan. Dua perkara utama yang perlu dibereskan i) penubuhan syarikat usahasama dan ii) penglibatan syarikat dalam projek yang bakal dilaksanaka terutama dari segi daya maju projek dan sumber pembiayaan. Aku kurang yakin Dato' Yau akan dapat memberikan maklumat atau jawapan yang diharapkan. Mungkin perbincangan menjadi tegang? Ah peduli apa. Yang penting mesti utamakan kepentingan organisai kita terlebih dulu.
Otakku yang berlegar -legar tadi tiba-tiba tersekat dan berhenti apabila pembantu masuk tercegat berdiri.
"Minta maaf tuan aji", aku lantas merenungnya. Aku rasa ada sesuatu yang amat penting yang hendak disampaikan. "Dato' Yau tu kawan baik BB", sambung beliau, dengan nada yang mahu menyatakan supaya berhati-hati . ' Kawan baik BB'. Yang ini memang aku boleh teka dan baca semasa pertama kali berjumpa dalam bilik BB. Apa salahnya.
"En. Ali dan En. Ramli dah lama ke disini?' Tanyaku sudah mula mesra. "Lama juga. En. Ali tiga tahun. En. Ramli hampir lima tahun". Aku melihat jam ditanganku, sudah hampir sepuluh dua puluh minit. Aku mesti mendahului mereka masuk ke bilik perbincangan. Aku tidak mahu Dato' Yau singgah masuk bilikku. "Nanti kalau Dato' Yau datang, you tolong bawa ke bilik perbincangan", kakiku melangkah ke bilik perbincangan. aku ceria dan tenang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan