....unta ini merenung masa depan. Mesir......Aman?
25 Januari 2011: Hari ini cuti umum sempena Hari Polis. Peperiksaan semester masih belum selesai. Esok, InshaAllah akan beres semuanya. Harap-harap semua soalan dapat dijawab dengan betul dan tepat untuk satu keputusan yang tidak mengecewakan.
Hari ini juga hari pertama belia-belia Mesir turun dijalan raya berdemo menentang Presiden Hosni Mubarak dan Rejimnya yang didakwa menyusahkan kehidupan mereka, ya kehidupan rakyat. Mubarak dan kawan-kawan yang seakrab dengannyalah, dakwa mereka yang telah menyebabkan rakyat jatuh MISKIN. Gejala RASUAH dakwa mereka lagi telah berleluasa dan membarah dikalangan rejim. Namun selama tiga dekad pemerintahan, Mubarak masih lagi boleh bertahan. Kata mereka lagi, Mubarak adalah seorang DIKTATOR yang menggunakan segala jentera, institusi dan instrumen yang dikuasainya bagi menekan, menyeksa, memenjara, menyekat, menghalang, mengekang dan yang lebih serious membunuh mana-mana individu, kumpulan individu samada bersifat politik mahupun yang bukan politik hanya semata-mata untuk kekal ditakhta pemerintahan.
Mesir seperti juga dinegara-negara dunia yang lain menghadapi fonemena kenaikan harga barang dan perkhidmatan. Harga barang dan perkhidmatan yang MAHAL ini, membuatkan kuasa beli atau berbelanja sebahagian rakyat terutamanya yang miskin, yang menganggur berkurangan dan mengecil. Sebaliknya pula, rakyat terus mendakwa, Mubarak dan yang bersekutu dengannya hidup mewah , harta bertimbun. Inilah yang meluapkan perasaan meluat rakyat, benci, marah dan sakit hati.
Cuaca di Mesir ketika ini, khususnya di Mansoura masih lagi dingin. Tidaklah sehingga bisa menusuk tulang seperti yang dirasa abang Lukman di Sheffield England ketika ini. Di Mansoura, bahang demo tidaklah seperti di Cairo. Disini aman tiada apa yang dirisaukan.
26 Januari 2011:Hari terakhir peperiksaan bagi semester ini. Soalan peperiksaan telah dijawab kesemuanya. Berdoa untuk satu keputusan yang menggembirakan.
Disebelah malam, kami yang mendiami di tingkat 2 rumah yang disewa telah didatangi oleh anak tuan rumah menasihatkan supaya pintu rumah dikunci dan lampu tidak dipasang kerana dikhuatiri banduan yang terlepas lari datang mengganggu dan mencederakan kami. Mereka membawa kayu, dan batang besi, ceritanya lagi. Tidak semena-mena terdengar suara menjerit datangnya dari tingkat bawah , suara orang Arab, "Israel!". Kami mendiam diri. Ruang rumah menjadi sepi.
27 Januari 2011: Hubungan komunikasi melalui internet telah terputus. Tidak boleh menghantar dan menerima
khidmat pesanan rengkas (sms). Terputus hubungan dengan dunia luar. Tidak tahu kedudukan dan perkembangan yang sedang berlaku. Namun keadaan di Mansoura masih lagi selamat . Demo tidak kelihatan di kawasan kediaman tapi berlaku disekitar kawasan Mahafeah (pusat pentadbiran) dimana terdapat bangunan-bangunan kerajaan dan bank.
Perintah berkurung telah dikuatkuasakan kerajaan bermula Maghrib sehingga pukul lapan pagi keesokan harinya. Bekalan elektrik telah terputus selama tiga jam bermula jam 12 tengah hari.
28/29 Januari 2011: Keadaan semakin bertambah teruk terutama di Cairo dan Alexandria. Syukur, Mansoura masih lagi aman. Namun terdapat sedikit kesulitan untuk keluar rumah untuk membeli barang keperluan seperti makanan dan wang belanja disebabkan perintah berkurung. Mujurlah kami telah bersedia membeli barang keperluan, sebaik saja demo bermula pada 25 Januari.
Menerima panggilan talipon daripada Malaysia. Papa dan mama menasihatkan jaga diri baik-baik. Kalau berjalan mesti bersama dengan kawan-kawan. Beli makanan dan keperluan-keperluan yang lain termasuk mengeluarkan wang perbelanjaan. Pesanan yang paling banyak datangnya dari mama. Kedua-dua mereka telah diyakinkan bahawa di Mansoura keadaannya selamat.
Makanan seperti roti sudah mula naik harga dan susah diperolehi. Begitu juga top up. Simpanan wang masih lagi mencukupi untuk beberapa bulan yang mendatang. Mesin ATM masih beroperasi.
30 Januari 2011: Sepatutnya pada hari ini sebahagian daripada kami akan menghadiri Pesta Buku Antara Bangsa di Cairo. Itu perancangan yang telah dibuat. Namun Allah saja yang lebih mengetahui. Pesta buku tidak dapat dihadiri. Tidak ada seorang pun Pakcik Arab yang sanggup mengambil risiko mengangkut kami dengan 'tranco'nya untuk ke Cairo. Malah kami pun telah buat keputusan untuk tidak menghadiri pesta tersebut. Risikonya amat tinggi. Mungkin juga pesta itu tidak diadakan.
Sekali lagi internet disekat. Hubungan melalui fb saja. Keadaan darurat telah istiharkan pada tahap kuning. Perintah berkurung masih berkuatkuasa. Sebagai langkah berjaga-jaga, air telah ditadah dikhuatiri bekalannya disekat.
31 Januari 2011: Genap seminggu usia peristiwa kebangkitan ini. Persatuan Pelajar Perubatan Malaysia Cawangan Mansoura (PPPMCM) dari masa kesemasa menghubungi pelajar melalui talipon bagi memaklumkan perkembangan terkini. Kami telah dimaklumkan bahawa Kerajaan Malaysia akan bertindak membawa kesemua rakyat/pelajar keluar dari Mesir dengan menggunakan kapal tentera laut Malaysia.
Pelan evakuasi akan bermula pada 5 Februari
Suasana di Mansoura mula berubah. Kereta tentera dari berbagai jenis (tank dan kenderaan angkutan yang lain) mula kelihatan bergerak dijalan raya. Sebahagiannya ditempatkan dihadapan bangunan pasaraya Metro dimana tempat yang sentiasa kami kunjungi untuk membeli keperluan dapur. Kelihatan beberapa kemudahan awam dirosakkan.
Kami menerrima berbagai perkhabaran yang tidak diketahui sumber asalnya, antaranya bahawa kami tidak akan lagi dibenarkan menyambung pelajaran di Mesir; rancangan menyelamat (evacuation) hanya untuk pelajar Cairo dan Alexandria saja. Ini menambahkan kerunsingan.
Di Alexandria diberitakan pasar raya city centre telah dimusnahkan. Habis barang-barang dicuri. Tugas polis telah diambil alih oleh orang awam.
1/2 Februari 2011:Keletihan. Rehat
3 Februari 2011:Arahan telah diterima bahawa kami akan dikeluarkan (evacuate) pada 5 Februari 2011. Untuk tujuan itu tempat berkumpul telah ditetapkan di Hotel Ramada. Kami akan dibawa keluar untuk ke Jeddah melalui Alexandria. Sementara itu kami masing-masing membuat hubungan/dihubungi dengan/ oleh ibubapa di Malaysia untuk mendapat/mengetahui perkembangan. Papa dan mama telah beberapa kali menalipon untuk mendapat berita sambil memaklumkan keputusan yang dibuat oleh Kerajaan Malaysia
Pelan evakuasi masih kabur, tidak ada kepastian. Namun, Berita dari Malaysia yang disampaikan oleh papa dan mama amat menyenangkan dimana Kerajaan bersetuju mengeluarkan kesemua pelajar termasuk rakyat Malaysia yang lain ke Jeddah dengan menggunakan pesawat TUDM, MAS dan Air Asia.Belanja ditangong kerajaan dibawah konsep HANRUH (Pertahanan Menyeluruh). Tidak pasti maksud sebenar.
Aku dan kawan-kawan berbelah bagi samada nak balik atau tidak sebab diberitakan bahawa kelas akan bermula pada 12.02.2011 seperti jadual asal.
4 Februari: Pelan evakusi bertukar ke 4 Februari. Kemudian bertukar kembali ke 5 Februari sebab 4 Februari dijangka akan diadakan demo besar-besaran selepas solat Jumaat. Ramai lagi kawan-kawan di Cairo yang sepatutnya ke Jeddah, belum dibawa keluar (stranded)
Kami telah dimaklumkan tempat berkumpul di stadium Mubarak, University Mansoura.Dijangka bertolak Alexandria bermula jam 11 malam sehingga 7 pagi. Sebanyak 3 trip. Pelajar terdiri daripada perubatan dan pengajian Islam. Sebanyak 3 buah bas disediakan. Aku trip yang kedua, jam 3 pagi.
Perjalanan lancar. Sepanjang perjalanan kami melalui 14 post yang dikawal oleh tentera dan orang awam. Mereka menaikki bas untuk memeriksa samada ada senjata atau tidak.
5 Februari 2011:Sampai Alexandria 5 pagi ditempatkan di bangunan MARA sebelum keJeddah. Pelajar di Alexandria masih lagi belum ke Jeddah. Jadi bilangan semakin bertambah.
Sebaik sampai buat keputusan untuk beli tiket dari Alexandria ke Malaysia. Beritahu Papa dan Mama melalui talipon.. Ketika hendak beli tiket di agensi pelancungan, terdapat demo aman. Kad kredit tak boleh digunakan, tak selamat kata agen. Cuba keluarkan wang. Ramai orang yang berbaris terutama orang Arab yang kadang-kadang ada yang potong Q. Buat keputusan tidak keluarkan wang, jadi tiket tak dapat dibeli.
6 Februari 2011:Menunggu giliran ke Jeddah. Menurut jadual awal pelan evakuasi yang disediakan , 3 penerbangan setiap hari. Nama aku dan kawanku masih lagi belum tersenarai.
Perlu bersabar kerana ini darurat. Kenalah terima realiti, tempat tinggal dan tidur tak selesa, bersesakan; bekalan air yang selalu terputus; makanan yang tidak disediakan terpaksa keluar untuk membelinya; wang tak dapat dikeluarkan. Dalam keadaan begini ada juga pelajar-pelajar yang pulang ke Malaysia tanpa memberi tahu pihak yang telah diberi tanggongjawab menguruskan pelan evakuasi ini. Boleh merumitkan kerja pegawai berkenaan.
Pegawai evakuasi telah menukar pelan. Maka berebut-berebutlah pelajar hendak ke Jeddah lebih awal. Aku dan kawan-kawan tak mahu berebut-rebut. Malu rasanya. Terbang kemudian pun tak apalah.
7 Februari 2011;Dari bangunan MARA jam 3 pagi ke airport El-Noza dan terbang ke Jeddah jam 6. Sampai Jeddah jam 10 pagi waktu tempatan Disebabkab urusan passport terrpaksa berada diairport sehingga 6 petang untuk dibawa kebangunan tabong haji di Madinahtul Hujjaj.
Semasa kami di urusetia untuk mengetahui bagaimana hendak untuk membeli tiket, terdengar keluhan sesetengah pelajar mengenai ketidakselesaan seperti tempat tidur dan makanan. Lantas mereka mahu pulang segera . Memohon nama mereka untuk dimasukkan dalam senarai awal penerbangan.
8 Februari 2011Aku dan kawan-kawan sepakat untuk pulang dengan bayaran sendiri kerana dijangka nama kami akan tersenarai untuk penerbanmgan akhir.
Semasa berbaris untuk membeli tiket, terdapat juga pelajar yang potong Q . Namun setelah bersabar dapat juga aku membeli tiket dan terbang ke Malaysia jam 8 malam waktu Jeddah. Selamat sampai di KLIA jam 1 petang. Ibubapa kami masing-masing menyambut kami dengan kesyukuran.
Sekarang aku tak tahu bila akan balik ke Mansoura. Sentiasa menunggu berita dari pihak yang berkuasa. Diharapkan keadaan di Mesir kembali normal. InshaAllah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan