Teringat saya semasa berkhidmat dengan sebuah kementerian yang agak penting pada suatu ketika dahulu akan kata-kata yang dikeluarkan oleh sahabat saya En. Chandran:" Negara Islam semuanya kaya. Tapi rakyatnya banyak yang miskin".Kata-kata itu sebagai menjawab keluhan saya menyatakan kemiskinan yang ujud di negara-negara Islam.
Kita kaya tapi miskin. Dalam perbandingan yang mudah:wang banyak harta bertimbun tapi masih lagi meminta sedekah. Masih lagi menadah tangan minta sedekah. Yang malang ada yang mencuri, merompak dan menyamun. Jadi perompak, jadi lanun.Cuba renung dan perhatikan kejadian (insiden) kemiskinan diseluruh dunia, negara mana dan umat mana yang hidup dalam keadaan daif, kebuluran tiada atau kurang makanan. Kalau kita jujur, kita sudah ada jawapan:negara dan umat Islam. Kalau masih tidak yakin pergilah menunai fardu haji di tanah suci Mekah. Yang ke Mekah mestilah orang yang ada kecukupan bukan daif dan miskin. Sudah tentu ada lebihan simpanan kalaupun tidak semuanya kaya dan senang lenang. Dan yang pergi ke Mekah mestilah orang Islam. Dengan demikian adalah wajar apa yang kita dapati dan perhati semasa menunaikan haji dijadikan rujukan yang ada kaitan dengan Islam:orang Islam miskin walaupun negara kaya.
Apa yang dapat kita lihat dalam perjalanan kita ke Masjid Haram. Kita akan melihat satu benda. Benda ini sentiasa ada, dan mata kita tidak boleh mengatakan tidak melihatnya. Apa benda itu? Benda itu berwarna hitam. Boleh merayu dan menyanyi. Pandai berlakun dan menipu. Sentiasa berwaspada,pantas berlari takut dirembat dimasuk dalam penjara. Benda itu ada pengurusnya. Ada tukang peras tukang ugut.
(bersambong)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan