Menyamakan orang hitam itu dengan benda mahupun robot adalah silap, tidak betul dan satu sikap dan tindakan yang melampau. Mereka ada nyawa , ada denyutan jantung yang menerima dan mengalir darah keseluruh anggota.Mereka ada otak dan perasaan yang memandu gerak geri dan tindakbalas mereka. Yang demikian mereka samalah dengan yang berwarna cokelat, perang, kuning mahupun putih. Bukankah mereka juga anak cucu cicit Adam. Tidak adil dan melampau jika mereka diperlakukan sedemikian rupa, diturunkan taraf sama seperti benda, sama seperti robot. Hakikatnya itulah yang mereka terima. Kesian.
Mungkin kita boleh tarafkan mereka sama seperti semut. Semut ini apabila bertemu dengan gula, dikutongnyalah (hurung) gula itu. Berbondong-bondong membawa gula itu kedalam sarang untuk hidangan siraja. Gula itu adalah kemewahan bagi sang semut. Sukanya semut kepada gula ini telah diungkapkan oleh orang Melayu: dimana ada semut disana ada gula. Ertinya dimana ada kemewahan disitu jadi tumpuan. Tapi semut ini tidak pula selamat. Bila-bila masa mereka boleh disembur dengan racun pembunuh, dihukum kerana mencuri gula penguasa.
BEGITU AGAKNYA NASIB SIHITAM INI.
Semasa zaman persekolahan dulu, dihujung tahun lima puluhan dan awal enam puluhan, anak-anak sekolah Melayu, kemudian dipanggil Sekolah Umum, satu daripada pelajaran yang diajar ialah nyanyian. Ketika itu lagu yang hit adalah Lagu Tiga Kupang; Bangau o Bangau dan Budak Sepuluh Hitam. Adalah lebih terkesan kalau lirik lagu itu diperturunkan supaya kita dapat menjiwai nasib orang hitam ini.
SEPULUH BUDAK HITAM
Sepuluh budak hitam
Main atas jalan
satu kena LANGGAR
Tinggal lagi sembilan
Sembilan budak hitam
Main sorong papan
Satu sudah JATUH
Tinggal lagi lapan
Lapan budak hitam
Minum air keroh
Satu SAKIT PERUT
Tinggal lagi tujuh
Tujuh budak hitam
Main tanam-tanam
Satu MASUK LUBANG
Tinggal lagi enam
Enam budak hitam
Makan buah delima
Satu mati TERCEKIK
Tinggal lagi lima
Lima budak hitam
Main lompat-lompat
Satu PATAH KAKI
Tinggal lagi empat
Empat budak hitam
Main tepi telaga
Satu sudah LEMAS
Tinggal lagi tiga
Tiga budak hitam
Usik lembu tua
Satu KENA TANDUK
Tinggal lagi dua
Dua budak hitam
Main baling batu
Satu SUDAH LUKA
Tinggal lagi satu
Satu budak hitam
Sangat susah hati
Dia tak mahu makan
Lalu dia MATI
Lirik diatas menjadi hafalan anak-anak ketika itu dan sentiasa diingat hinggalah sekarang. Betapa dari seawal kanak-kanak lagi telah ditanamkan satu kepercayaan bahawa sihitam ini adalah manusia yang ditakdirkan menerima hukuman yang amat malang sekali. Bermula dengan sepuluh orang, ditamatkan sehingga zero. Bermula dari di LANGGAR, JATUH, SAKIT PERUT, MASUK LUBANG, TERCEKIK, PATAH KAKI, MATI LEMAS, KENA TANDUK, LUKA dan MATI. Begitulah lirik yang telah didendangkan bertahun-tahun oleh guru-guru dan anak-anak sekolah tahun demi tahun.
Perajudis seperti ini boleh juga kita lihat dalam pantun dibawah yang bersifat menghina dan merendahkan mertabat orang hitam
Siapa kata belimbing tak masam
Sudah masam kelat pula
Siapa kata dia tak hitam
Sudah hitam berkilat pula
Dalam masyarakat orang Inggeris orang yang jahat yang tidak menurut norma-norma kehidupan yang diterima oleh masyarakat itu akan dipanggil sebagai 'black sheep'. Lihat 'black' atau hitam juga dijadikan sebagai warna yang memonopli kehinaan.
(bersambung)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan