Pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir khususnya di Kaherah dan Iskandariah serta tempat-tempat yang terlibat dengan kebangkitan rakyat Mesir menuntut presiden Mubarak meletak jawatan,pada ketika ini dapat dirasakan perasaan mereka menaruh penuh harapan supaya semua pihak samada Kerajaan, orang ramai mahupun pihak diluar kerajaan bekerjasama untuk mengusahakan satu tindakan bagi meredakan kebimbangan keselamatan harta dan nyawa mereka. Sudah tentu mereka tidak sekali-kali mahu mana-mana pihak menjadi hero atau tuding menuding jari meletakkan kelemahan dan kesalahan diantara satu sama lain sehingga menjadi terlalai untuk membantu dan menyelamatkan mereka.
Sehubungan dengan ini, penulis, dalam usaha untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai perkembangan di Mesir, telah mendapat berita yang amat meredakan atas usaha-usaha yang telah dan sedang diambil oleh pihak berkuasa. Namun terdapat juga ulasan dan hujah pihak-pihak yang tidak bertanggongjawab yang membangkitkan soalan yang berbaur politik antaranya sebahagian besar pelajar Malaysia di Mesir adalah terdiri daripada anak-anak penyokong parti luar Kerajaan. Dengan demikian tidak wajar memohon pertolongan kepada kerajaan dalam saat-saat kecemasan seperti ini.
Penulis amat sedih sekali diatas pemikiran dan persangkaan buruk seperti ini disaat-saat rakyat memerlukan pertolongan. Penulis ingin melahirkan beberapa pertanyaan kepada pihak-pihak yang mempunyai perasaan dan pemikiran seperti diatas:
i)apakah benar pelajar/rakyat itu sebahagian besarnya penyokong parti diluar Kerajaan.
ii)kalau anda dapat membuktikan secara fakta kenyataan anda benar, apakah sikap anda sekiranya mereka terperangkap dan nyawa mereka terancam
iii)sekiranya pula mereka terselamat dan akhirnya menjadi warga Malaysia yang berjaya misalnya menjadi Perdana Menteri Malaysia, apakah anda akan masih memusuhi mereka
iv)apakah mereka itu aset yang tidak berguna semata-mata anda berperasangka atau mereka itu dibuktikan sebagai bukan anak penyokong kerajaan
v)apa pula sikap anda kepada pelajar/rakyat yang anda anggap atau punya bukti sebagai penyokong kerajaan
vi)bagaimana pula jika diantara pelajar itu mengalami kecederaan dan kebetulan mereka itu terdiri daripada anak penyokong kerajaan dan bukan penyokong kerajaan,dan kebetulan pula salah seorang dari mereka adalah anak anda, adakah anda hanya meminta kerajaan membantu anak anda sahaja sedangkan anak anda bersahabat baik dengan anak yang bukan penyokong kerajaan
Sesungguhnya banyak lagi persoalan yang perlu ditanya tetapi cukuplah setakat yang dinyatakan diatas, hanya untuk sama-sama kita dapat berfikir dan bertanya perasaan kita dalam keadaan seperti yang sedang dihadapi pelajar/rakyat kita diMesir. Penulis percaya kita semua mempunyai rasa kasih sayang,kalau tak banyak secebis mungkin terlekat dihati kita dalam keadaan yang mencemaskan walaupun kita pernah bermusuh-musuhan atau berbeda pendapat atau pegangan fahaman politik, kerana sebagai manusia kita mempunyai rasa kemanusiaan.
Bagaimanapun penulis mengucapkan ribuan terima kasih kepada usaha dan tindakan yang sedang dan telah diambil oleh kerajaan.Semoga semua pelajar/rakyat Malaysia di Mesir akan dapat diberi pertolongan. Janganlah dalam sikap kita untuk menyatakan sokongan kepada kerajaan,kita juga menjadi penyebab kepada kebencian rakyat kepada kerajaan.Fenomina seperti ini memang terserlah dan membarah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan