"Jangan buang masa tokpa nak cari hantu. Tanya P.Ramli dalam lagu 'Aci-aci Buka Pintu' " nasihat cucuku.
Sudah agak lama perpustakaan kecil dirumahku yang bersetentangan dengan bilik tuidurku tidak dijenguk. Semasa berkhidmat dulu ianya tidak begitu. Ada saja buku yang dicari untuk mendapatkan bahan bagi penyediaan artikel atau kertas kerja. Daun pintu tengah perpustakaan kecil itu dibuka. Kepalaku bergerak-gerak atas kebawah dan bawah keatas membawa mataku mencari buku yang diperlukan. 'Hahhh ini dia dah pun jumpa', dua buah buku tebal pantas ditarik keluar. Aku menuju ke sofaku dan meletakkan dua buku tersebut diatas meja kecil disebelah ku.
Kamus Dewan edisi baru cetakan tahun 1991 diselak segera. Perkataan 'Hantu' yang hendak diburu. Apakah definasi hantu yang bakal diberitahu. Ok, dah jumpa. 'Ahhh ini aku dah tahu', lantas kamus itu diletakkan kembali diatas meja. Giliran satu lagi kamus mengambil tempat untuk dirujuk. Kali ini kamus Inggeris The Home and Office Dictionary, cetakan tahun 1958 yang dibeli di pasar 'boot sale' di Warwick England pada tahun 1987 dulu. Kamus orang putih, sudah tentu ada yang baru yang aku tidak tahu walaupun usia hampir mendekati dengan usiaku, bisik hatiku melekehkan kamus Melayu. Kecewa lagi. Tidak ada beza dengan kamus Melayu. Jelas sudah, hantu ini berada dimana-mana, bercirikan sama. Tidak boleh dilihat tak dapat dipegang. Jahat, suka mengganggu manusia, penghisap darah cerita nenekku dulu. Macam mana cara untuk aku dapat melihatnya. Mungkin aku mesti belajar jadi hantu. Bila jadi hantu dapat aku membunuhnya, atau aku kena bunuh. Kita lihat nanti, bisikku.
Tanganku terhenti sekejap semasa hendak meletakkan semula kamus itu diatas meja. Tak jadi. Aku meribanya semula sambil tersenyum mengingat peristiwa ketika diajak oleh kawanku Mokhtar semasa kami belajar di Birmingham dulu. Disebelah Mokhtar ialah Mahadi kawan sekolah menengah dulu. Beliau sudah hampir tiga tahun disini, buat Phd.
"Abang aji minggu depan kita pergi ke 'boot sale', cari barang", ajak si Mokhtar. Aku baru saja dua minggu menjejakkan kaki di negeri orang putih ini. Banyak keperluan yang belum ada. Dengar khabar macam-macam barang boleh diperolehi, murah pula harganya. Barang-barangnya tidaklah teruk sangat. Itulah yang diberitau.
Si Mokhtar menghulurkan sehelai kertas kecil dimana terdapat nama-nama tempat yang ada 'boot sale'.
"Kita nak pergi kat mana" tanyaku, bersetuju dengan ajakannya tadi. "Abang aji bacalah senarai tu", sambil beliau tersenyum. Ada dua nama saja dalam kertas itu. Satu dieja 'Warwick' dan satu lagi 'Leicester'. "Wawick ke Lecester", tanyaku ingin tahu, disambut dengan ketawa besar si Mokhtar dan Mahadi. Aku kehairanan. "Pasal apa kau orang ketawa", sambil sedikit tersenyum. "Bang aji, bukan wawiklah. Worik. Lester", aku tersipu malu. "Hantu lah kau orang ni".
Aku terus membelek kamus itu. Ada catatan : From Pot to Bert". Aku percaya ini bukan catatan yang dibuat oleh hantu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan