Theflowersellingboy

Jumaat, 11 Februari 2011

Negara Islam Amat Kaya:Pengurusan Amat Kecewa

Kita tanya para jemaah dari mana benda ini datang. Kita akan dapat berbagai jawapan masing-masing tunjuk tahu walaupun tidak tahu. Yang pasti benda hitam ini sentiasa ada. Tahun berganti tahun, setiap kali kita menunaikan fardu haji benda hitam ini masih ada,malah semakin bertambah.

Benda hitam inilah simbol kemiskinan umah. Kemiskinan adalah satu fenomena yang menjijikkan,menakutkan. Mertabat umah akan diheret atau terheret ketahap/ditahap dibawah zero, paling hina dan mengecewakan. Memalukan. Bukankah kemiskinan itu boleh membawa kepada kekufuran.

Kepercayaan universal yang berkuatkuasa yang menjadi pegangan sejak dahulu, kini dan mungkin akan datang menyatakan bahawa setiap yang hitam telah diterima sebagai yang kurang mutu, kurang baik,  jahat, kotor dan apa saja yang setaraf dengannya. Ingatkah cerita anak-anak nabi Adam semasa memilih pasangan untuk mengembangkan zuriat. Berlaku pergaduhan kerana yang putih tidak mahu berkahwin dengan yang hitam. Cuba kita renung pula kata-kata ini: hitam berkarat. Sudahlah hitam berkarat pula. Untuk berhibur pula yang hitam ini juga didendangkan sebagai yang wajib atau yang ditakdirkan menerima kemalangan. Ingatkah kita lagu Sepuluh Budak Hitam. Sungguh malang sekali budak-budak hitam ini. Semuanya ditimpa kemalangan. Budak hitam terakhir kerana tiada kawan lagi menjadi 'sangat susah hati, lalu tak makan dia pun mati'.Inilah yang ada dalam pemikiran universal. Ia menjadi satu pegangan , kepercayaan, falsafah ,konsep , model, simbol dan alat.

MALANG SUNGGUH BENDA HITAM INI.

Benda itu tidak bernyawa misalnya kerusi, meja, kasut, sudu,rotan dan banyak lagi. Benda boleh dibuat oleh manusia. Boleh diperlakukan mengikut keperluan masinh-masing. Kita samakan benda itu seperti ROBOT. Robot ini nampaknya pandai, sebenarnya ikut telunjuk.

Tapi benda hitam yang mata kita tidak boleh gagal untuk menatap dalam perjalanan kemesjid alHaram adalah manusia. Manusia hitam yang menyanyi, merayu ,menangis untuk menarik perhatian setiap yang ditemui untuk bersimpati, dan memohon ihsan agar serial dua diletakkan keatas tapak tangan yang sentiasa terbuka. Kali pertama air mata kita akan bertitisan, serial dua akan diletakkan ketapak tangan perayu ini. "kesian, kita sesama Islam". Itulah yang terdetik dalam hati kita.

Sebahagian mereka bertangan kudong. "mereka ini telah mencuri, sebab itu tangan dipotong". Itulah kesimpulan segera dalam otak kepala.

Kemudian, kita akan dapat berbagai maklumat. Antaranya: mereka itu bukan orang tempatan. Orang dari beberapa negara jiran. Tangan mereka tidak kudong. Mereka berhubong diantara satu dengan lain menggunakan talipon selular. Mereka ada tauke sebagai pengurus mengumpul wang yang diterima oleh para penadah tangan.

Maklumat ini memjadi sahih apabila adanya penguatkuasa yang mengejar mereka. Mereka lari seperti 'lipas kudong' mengelak dari ditangkap dan dihumban dalam truck penguatkuasa. Jarang sekali mereka ini tertangkap kerana perhubungan mereka sungguh pantas dengan menggunakan talipon tangan. Maka kelihatan kepada kita hayunan tangan mereka yang 'kudong' itu berlari pantas, sambil bercakap melalui talipon tangan menyampaikan maklumat kepada rakan-rakan yang lain .

Sebab itulah mereka ini ditarafkan sebagai ROBOT.

Tapi apa yang terkesan dihati ialah mengapakah ujudnya benda ini dalam sebuah kehidupan yang penuh dengan kemewahan dan kekayaan. Dalam satu kepercayaan yang membenci kemiskinan. Dalam negara yang dianugerahkan Allah dengan berbagai sumber kekayaan. Atau adakah orang Hitam ini telah ditakdirkan untuk menjadi miskin lantas memberi peluang kepada mereka untuk jadi penipu,pencuri,pengganas dan penjenayah. Adakah mereka tidak punya rasa kasih sayang, hanya kebencian dan irihati menyelaputi hati hitam berkarat mereka, sebab mereka hitam. Sebab mereka hitam, maka hitamlah kehidupan mereka. Mereka tiada kecerahan. Adakah itu yang mereka mahu atau yang umah mahu.
(bersambung)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan