Banyak cara digunakan untuk mendapat perlindungan. Berlindung ialah untuk mendapat sesuatu faedah, misalnya dari dihimpit kesusahan,diserang musuh,mengekalkan kedudukan,menjaga keharmonian,kesetabilan dan macam-macam lagi. Yang penting ia memberi faedah kepada individu, kumpulan individu,parti politik, negara atau sesiapa sahaja yang mengharap dan ingin mempertahankan faedah tersebut. Ia tidak menjadikan kepentingan pihak lain yang juga mahukan faedah berkenaan diperolehi atau dikecapi sebagai penting.Maka berlakulah persaingan yang kemuncaknya boleh menimbulkan perbalahan dan pergeseran, tidak pula dinafikan peperangan.
Macam-macam cara dan kaedah perlindungan ini dibuat. Berbagai instrumen digunakan.Banyak perkataan atau istilah sedia dipakai atau boleh diciptareka.
Cuba ambil contoh kes kebangkitan rakyat Mesir menentang pemerintah yang ada. Apakah dasar perlindungan yang digunakan oleh pemerintah Mesir khususnya Presiden Husni Mubarak untuk tidak segera turun dari takhta seperti yang diminta oleh para penunjuk perasaan pro-demokrasi: KESETABILAN. Jika beliau segera turun dari takhta, ia akan menimbulkan huruhara. Dasar kesetabilan ini juga mendapat restu Amerika walaupun terdapat desakan supaya Mubarak mendengar rintihan pihak pro-demokrasi.
Pihak pro-demokrasi juga menggerakkan pengikutnya dan berlindung dibawah kata-kata MISKIN, RASUAH dan MAHAL sebagai asas perjuangan mereka. Mereka berlindung atau menggunakan situasi kemiskinan, amalan rasuah yang berleluasa dan kenaikan harga barang sebagai asas perjuangan untuk menurunkan rejim yang berkuasa ketika ini. Fonemena MISKIN, RASUAH dan MAHAL (harga barang naik) adalah satu yang bersifat universal yang digunakan oleh pihak yang menentang establishment (pemerintah) diseluruh dunia. MISKIN, RASUAH dan MAHAL adalah dipercayai sesuatu yang AMAT ZALIM dan mereka atau pihak yang dikatakan menyebabkan dan/atau mengamalkannya adalah bersifat diktator yang telah mencengkam dan berkuasa begitu lama. Kelihatan MISKIN, RASUAH dan MAHAL adalah resepi yang paling mujarab bagi menggerakkan rakyat yang tidak berpuashati menentang pemerintah. Tidak keterlaluan jika resepi ini diwar-warkan sebagai hidangan yang berselera untuk kedua-kedua pihak :yang menentang dan yang mahu kekal. Kita namakan hidangan ini sebagai MURAM (MISKIN, RASUAH,MAHAL).
Mana-mana pihak (yang mahu kekal dan yang menentang)jika berselera dengan rezeki ini tanpa kawalan ia boleh MEMURAMKAN segala kehidupan sebuah negara dari apa saja sudut pandang:ekonomi,sosial dan politik ).Konsep melampau adalah sahabat baik kepada kemusnahan.
Jadi adakah kita perlu perlindungan? Hukum semula jadi mengatakan kita tidak boleh lari dari berlindung. Misalnya anak kecil perlu dilindungi oleh ibubapa dengan diberi kasih sayang dan sebagainya kalau tidak anak-anak itu boleh kita jumpa dalam tong sampah dan tempat-temapat yang setaraf atau teruk daripadanya. Untuk anak-anak membesar dan dapat menghadapi dunia dengan lebih yakin, sudah tentu kita wajar berikan ruang untuk mereka menggunakan anugerah Allah seperti otak dan anggota fizikal mereka untuk berkreativiti, beraksi, berinteraksi dan sebagainya.Kita tidak selama-lamanya boleh melindungi mereka kerana akibatnya sama dengan kita makan juadah MURAM tadi. Mereka mungkin jadi terlalu bergantong. Kita pula akan menjadi diktator kerana terlalu lama melindungi mereka. Semua atau sebahagian besar perjalanan kehidupan mereka adalah dibawah pengaruh atau 'dictate' kita.
Nampaknya terlalu rumit untuk kita buat pilihan diantara Mubarak dan pro-demokrasi kalau kita mengikuti hujahan dasar perlindungan ini. Pilih Mubarak, beliau diktator telah memeras rakyat dan negara Mesir dengan himpunan wang/aset haram yang dikatakan diantara USD40-70 billion. Sebaliknya, memilih pro-demokrasi, dengan kedegilan yang ditunjukkan Mubarak untuk tidak turun, ia merosakkan kehidupan rakyat Mesir, sekurang-kurangnya dalam jangka pendek atau sederhana. Itu pun belum tentu, tertakluk bagaimana pula lagaklakunya pengganti rejim beliau.
Habis, apakah sikap yang kita perlu ambil jika mahu satu kehidupan yang tidak MURAM. Berbagai jawapan boleh diberikan mengikut kepercayaan dan keyakinan yang dipegang atau menjadi ikutan.
Namun bagi saya KESEDERHANAAN adalah pilihan yang terbaik, setakat ini. Kita hanya perlu berlindung secara mutlak dengan Allah SWT kerana Allah maha mengetahui. Bagaimana hebatpun konsep perlindungan atau dasar perlindungan yang kita buat, ianya terlalu 'inferior' berbanding dengan perlindungan dari ALLAH. Kalau ada yang tidak percaya, cuba renong dan fikir-fikirkan kejadian gempabumi dan bencana alam yang lain. Siapakah yang boleh memberi perlindungan. Kalau kita sebagai diktator:menindas rakyat sehingga mereka terpaksa makan sisa-sisa buangan, itupun kalau ada; pengamal rasuah mencuri harta rakyat dan negara,dilindungi pula oleh institusi dibawah telunjuk dan penguasaan kita semata-mata untuk kekal berkuasa; yang menyebabkan kita tidak merasa sakit dengan kenaikan harga barang dan perkhidmatan kerana semua keperluan itu kita ada atau duit haram harta yang dirampas sedia untuk diguna, sudah tentu akan tiba suatu masa yang kita tidak jangka atau tiada calculator dapat mengira atau beri jawapan akan tiba masanya. Jawapan itu sedia diketahui oleh Allah SWT. Allah SWT akan menggerakkan hati segala mereka yang teraniaya untuk menghilangkan kita sekurang-kurangnya dari takhta.
Tapi awas dalam kita bertindak untuk menghancurkan mereka jangan kita menjadi gila.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan