1. Akhirnya rejim Hosni Mubarak telah dapat ditumbangkan pada lebihkurang 12.05 pagi 12.02.2011 waktu Malaysia
2. Kejatuhan rejim ini adalah atas perjuangan yang dimulakan oleh anak-anak muda Mesir tanpa pengaruh atau kecenderungan mana-mana parti politik.
3.Anak-anak muda ini dikatakan tidak mempunyai pemimpin sebaliknya setiap seorang daripada mereka bertanggongjawab menggerakkan revolusi menentang rejim.
4. Mereka dengan bijak dan secara meluas menggunakan komunikasi jaringan sosial:blog,twitter dan fb bagi menggerakkan perjuangan.
5. Mereka membantah pemerintah kerana menyebabkan rakyat hidup MISKIN; Amalan RASUAH dipihak yang berkuasa dan kenaikan harga menyebabkan barang barang keperluan dan perkhidmatan menjadi MAHAL yang tidak dapat dijangkau oleh sebahagian besar rakyat.
6. Fenomena MISKIN, RASUAH, MAHAL membuatkan rakyat Mesir muram lantas bertindak dengan menjatuhkan rejim untuk masa depan yang lebih CERAH.
7. Mengikut World Democracy Audit pada tahun 2010 ranking amalan RASUAH dan DEMOKRASI negara Mesir masing-masingnya adalah ditahap/ranking 79 dan 91. Bawah daripada negara Malaysia, masing-masingnya pada ranking 42 dan 80.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan