Theflowersellingboy

Jumaat, 11 Januari 2013

SMS Yang Meransangkan....

Hari ini Dia menerima sms meminta supaya dia tidak hadir #KL112 HKR kerana himpunan itu memudaratkan Melayu dan Islam Himpunan itu adalah kerja musuh. Pesanan itu meminta Dia menyebarluaskan kepada orang lain.

Dia sudah biasa menerima sms dari orang yang tidak dikenali  yang meminta membuat sesuatu , atau menawarkan sesuatu. Dia akan tersenyum . Dia tidak memberi perhatian yang berat kerana Dia tidak percaya. Berita menipu. Cepat-cepat sms itu dipadamkannya.

Dia pernah menerima e-mel dari seseorang yang katanya anak raja sebuah negara Afrika yang mahu berkongsi kekayaan dengannya jika Dia sanggup bekerjasama dan menolong kemelut yang dihadapi oleh anak raja Afrika itu.

Anak raja Afrika itu mempunyai kekayaan berbillion dollar US. Bapanya akan dijatuhkan oleh satu rampasan kuasa oleh pihak tentera. Oleh itu anak raja itu perlu menyelamatkan wang kekayaannya itu dengan membuka satu akaun di negara asing untuk membolehkan wang itu keluar dan disimpan di negara asing. 

Anak raja itu meminta Dia membuka akaun atas namanya sendiri dan memaklumkan number akaun kepada anak raja itu bagi membolehkan sianak raja hitam itu memasukkan wang

Dia tersenyum.

Panjang juga e-mel dari anak raja Afrika yang kaya itu.

Dia tidak tahu bagaimana si anak raja Afrika itu mendapatkan e-melnya. Tapi Dia tidak mahu ambil berat.

Namun Dia mahu juga 'bermain' dengan anak raja Afrika itu. Fikir punya fikir, Dia kata buang masa saja.

Dia juga pernah menerima sms menyatakan Dia telah di pilih sebagai pemenang number talipon bertuah. Hadiah bernilai RM 40,000.00 akan dimasukkan kedalam akaun banknya sebaik saja number akaun itu dimaklumkan kepada penghantar sms itu.

Dia juga tersenyum.

Tapi kali ini Dia mahu 'bermain' dengan penghantar sms itu. Dia menghubungi penghantar sms itu. Dia berjaya bercakap dengan seseorang. Orang itu berbicara loghat Indonesia, dan mendakwa bercakap dari Indonesia. Orang itu meminta Dia segera memberi number akaun bagi mengelakkan tempoh laku mendapat hadiah itu lupus.

Dia ketawa sekuat-kuatnya sambil memberitahu Dia akan sms number akaun itu sehabis saja bercakap.

Dan pada hari ini Dia dapat sms menasihatkan Dia jangan hadir #KL112, HKR pada 12.1.13, esok hari.

Dia tersenyum juga. Tapi kali ini Dia tidak mahu bersikap 'mahu main-main'. Namun sms itu segera di padamkan.

Dia tahu bahawa berita himpunan itu adalah benar dan sahih. Maknanya sms itu tidak menipu. SMS itu menyampaikan satu peristiwa yang benar-benar akan berlaku. Maka Dia mesti ambil tahu. Mesti lihat sendiri adakah sebenarnya himpunan itu akan menjadi kenyataan.

Memudaratkan Melayu dan Islam?

Dia sudah tahu. Dia ada maklumat lebih dari mencukupi. Dia sudah tahu Melayu dan Islam adalah pakaian orang-orang tertentu pada masa, keadaan dan kedudukan tertentu. 

Esok mungkin Dia akan lebih tahu. Sebab itu Dia perlu bersama dalam #KL112, HKR. 

SMS itu sungguh merangsangkan.....................................................!

Dia tersenyum lebar.  

Jawapannya,  mungkin esok Dia akan lebih tahu     
 
   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan