Theflowersellingboy

Rabu, 16 Januari 2013

Anak Muda Darah Muda

Ketika ini suara anak-anak muda dari berbagai latarbelakang semakin menguasai lanskap dunia. Lihat saja apa yang telah berlaku di dunia Arab: di Tunisia dan di Mesir. Jatuhnya diktator-diktator maha kuat lagi mencengkam dek kerana suara dan kebangkitan anak-anak muda. Anak muda,  darah muda. 

Kata Sukarno yang lebih kurang bermaksud : Berikan saya 10 orang anak muda, saya bisa menggoncangkan dunia. Begitu hebatnya keyakinan presiden Indonesia itu akan semangat, kekuatan dan keberanian anak muda. Hebat.

Baru-baru ini pun dalam HKR#112, anak-anak muda Malaysia dari berbagai latarbelakang menunjukkan 'kedarahmudaan' mereka dengan bilangan yang dominan menyertai perhimpunan itu bagi menyatakan hasrat mereka untuk satu perubahan kerajaan.

Secara individu, ramai sudah tahu apa yang telah dilakukan oleh Adam Adly. Baru-baru ini timbul kesah anak muda srikandi bernama Bawani dengan penuh yakin menyatakan pandangan bahawa semua warga wajar mendapat pendidikan percuma, sekali gus menolak PTPTN.

Begitulah hebatnya anak muda, darah muda. Berani.

Kehebatan orang muda , darah muda ini telah membuatkan saya mencari-cari lagu-lagu yang membawa kesah anak muda , darah muda untuk menambahkan lagi semangat darah mudanya. Banyak yang saya telah ketemui. Saya hanya turunkan 3 sahaja.

Tuntun dan dengarlah video-video dibawah ini. Fikirkan baik-baik akan kata-kata dan lirik yang anda dengar dan baca. Saya hanya berpesan supaya anda jangan jadi anak muda yang mahu jadi 'datin'. Sebab 'datin' ni adalah lesen untuk bershopping.

Selamat mendengar dan menonton

    
                                          

Tiada ulasan:

Catat Ulasan