Benarkah apa yang diberitahu oleh seorang saksi dalam penyiasatan RCI , bahawa beliau telah diarahkan bersama-sama dengan yang lain oleh pihak tertinggi kerajaan untuk terlibat dalam pengeluaran kad pengenalan kepada warga asing bagi tujuan politik? Maksudnya bagi tujuan mengekalkan kerajaan BN?
Saya ingat kita tunggu dulu. Berikan peluang kepada RCI menamatkan tugas dan tanggungjawabnya terlebih dahulu.
Sementara itu saya mahu membawa anda sekalian untuk merenung dan memikirkan empat perkataan ini. Empat perkataan yang membentuk, mempengaruhi dan mengawal pemikiran dan tindakan seorang manusia yang mengambil gelar dan tugas serta tanggungjawab sebagai penjawat awam. Apa kah perkataan yang bertindak sebagai 'remote control' itu?
Perkataan pertama ialah SAYA.
Saya adalah ganti nama kepada diri seseorang. Misalnya nama kita Ahmad. Apabila orang bertanya, siapa nama awak. Kita jawab, nama SAYA ialah Ahmad. Maknanya secara rasmi kita mengistiharkan diri kita, seluruh anggota luar dan dalam yang membentuk kita sebagai manusia, adalah Ahmad. Sayalah Ahmad.
SAYA itu adalah ikrar diri.
Boring? Baiklah , senangkan hati, dengarlah lagu lama diatas ini. Ianya tidak 100 peratus ada kaitan. Tapi ceritanya juga mengenai diri.
Perkataan kedua ialah YANG
Perkataan YANG ini berperanan untuk memperkuatkan atau memberi kesan atau menonjolkan sesuatu keatas sesuatu yang diperkatakan. Misalnya untuk mengenali seseorang dalam kalangan bilangan yang ramai. Kita beritahu seseorang bahawa si Ahmad itulah yang menjadi ketua. Orang yang mendengar itu mungkin akan bertanya, YANG mana satu? Maknanya orang itu hendak kenal dengan pasti orang itu. Atau YANG mana satu orang yang dimaksudkan itu. Kita jawab , sambil menunjuk jari dan mendekati orang itu, YANG inilah dia ketua kumpulan.
Perkataan ketiga ialah MENURUT
MENURUT ertinya mengikut. Bermakna Saya menurut saja. Saya mengikut saja. Seperti air, apa saja bekas atau bentuk kontur yang dilalui, air itu akan mengikut acuan bekas atau kontur itu. Kalau bekas itu berbentuk bulat, bulatlah air itu. Kalau lonjong, lonjonglah air itu.
Perkataan keempat ialah PERINTAH
PERINTAH adalah berbentuk arahan. Untuk keluarkan sesuatu perintah , mesti ada kuasa atau otoriti. Dan perintah ini adalah bersifat timbalbalik. Ertinya kalau perintah diterima dan dijalankan maka ada balasannya. Kalau tidak mahu menerima perintah, maka kena keluar dari kerangka perintah itu.
Jadi empat perkataan itu sebenarnya yang membentuk seseorang penjawat awam. Bahawa seorang penjawat awam telah mengistiharkan dirinya atau telah mengikrar dan mengaku bahawa DIAnya 'tiada lain melainkan SAYA YANG MENURUT PERINTAH'.
Siapa yang beri perintah? Kerajaan yang memerintahlah.
Jadi sebagai penjawat awam itulah rukun yang perlu diikuti, melainkan dianya sanggup berhenti.
Faham! Agaknya mengapa kisah di Sabah itu boleh terjadi, ada kaitan sepenuhnya dengan empat perkataan tadi.
Oleh itu jangan cepat-cepat menghina dan menyalahkan sepenuhnya kepada penjawat awam. Cari sumbernya dulu. Bagi saya sumbernya ialah empat perkataan yang disebutkan itu. Siapakah yang ada kuasa untuk melupuskan empat perkataan itu? Siapa yang memegang kunci perkataan itu?
"Puas sudah aku beritahu tapi dia suruh aku......." , kata seorang sahabat yang meluahkan rasa kecewa dihati. Tidak boleh buat apa-apa.
Nak cari makan? Memang mudah, ramai yang kata begitu.
Boring lagi? Dengar semula lagu diatas. Hanya menghilangkan rasa boring anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan