Theflowersellingboy

Khamis, 10 Januari 2013

Cerita Lawak TAPI tidak Jenaka

Sebenarnya Malaysia adalah sebuah negara yang kaya.

Cuba baca cerita ini. Ianya benar dan memang sudah menjadi kebiasaan dalam setiap majlis anjuran kerajaan. Kerajaan yang perihatin akan kesusahan rakyat!

Dalam satu majlis perjumpaan  antara pemimpin dengan rakyat, seorang menteri memberi ucapan agak panjang lebar menasihat rakyat supaya berlaku bijaksana dalam menguruskan kewangan masing-masing. 

'Jangan boros' . Amalkanlah perbelanjaan secara berhemah dan yang perlu-perlu saja. Jangan membazir', nasihat menteri itu.

Menteri itu dapat tepukan gemuruh dari rakyat seolah-olah berterima kasih atas nasihat berguna yang diberikan. 

Seperti biasa  sebelum bersurai, dan sebelum ke meja makan untuk minum petang, diadakan upacara pemberian cenderahati kepada menteri itu sebagai menghargai kehadirannya. Maka pengacara majlis mengumumkan bahwa dengan besar hati dan bangganya pihak majlis mempersilakan YB menteri untuk sudi apalah kiranya menerima cenderamata;

Pertama, dari Jawatankuasa Pengurusan Majlis Pecah Tanah (Jabatan yang bertanggung jawab menguruskan perjumpaan). Dipersilakan.

Cenderamata itu adalah sekeping lukisan memaparkan gambar menteri itu, hasil kerja tangan seorang pelukis yang telah dibayar sebanyak RM2,000.00. Dibayar dari wang jabatan.

Kedua, dari penduduk-penduduk kawasan. Dipersilakan wakil penduduk.

Wakil penduduk dengan penuh hormat takzim mempersembahkan cenderahati berupa miniature sebuah kapal, hasil kerja tangan penduduk tempatan yang dibeli dengan harga RM1,500.00.
 
 Menteri tersenyum lebar. Apatah lagi tangannya dicium oleh wakil penduduk itu sebagai tanda kasih kepada menteri.

Akhirnya pengacara mengumumkan majlis bersurai dan mempersilakan yb menteri dan def-def kehormat untuk ke khemah khas yang telah disediakan , dan orang ramai dipersilakan beratur mengambil bungkusan makanan yang telah disediakan.

Menu minum petang menteri dan def-def kehormat itu terdiri dari roti jala, karipap, kuih koci, mehun goring dan ditemani dengan buah anggur. Disediakan juga sebotol air mineral dan kopi/teh.

Apa yang terjadi?

Sebaik saja orang-orang besar itu meninggalkan majlis, cuba pergi ke meja-meja vvip/vip itu.

Sebahagian besar makanan yang disediakan itu tidak dimakan. Sebab? 

Saya tidak pasti sebabnya. Cuma boleh agak saja bahawa mereka sudah biasa dan muak dengan makanan yang mewah itu. Jadi pada mereka makanan itu tak ada benda. Mungkin juga sebahagian besarnya ada penyakit yang alah dengan makanan itu, misalnya kencing manis, jantung dan darah tinggi.

Kalau tidak percaya , rajinkan diri intai-intai setiap majlis serupa ini.
    
   

  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan