12 Januari......Tarikh yang ditunggu-tunggu.
Rakyat yang mahukan perubahan begitu teransang sekali menunggu ketibaan tarikh itu. Macam tak sabar akan ketibaannya. Mahu meraikan sehebat mungkin.
Rakyat yang mahukan status quo, yang mahu kekalkan pemerintah yang ada , juga menunggu tarikh itu. Tapi dengan mood yang berbeza. Ada marah dan benci dalam diri.
Pihak yang menjaga keamanan juga menunggu penuh waspada dan berhati-hati agar tidak berlaku pergeseran dan kucar kacir yang tidak diingini.
Dunia pun sedang menunggu, memerhati dengan penuh kritis sambil cuba meramal apa yang mungkin terjadi.
Dan saya bersama isteri juga menunggu tarikh itu.
12 Januari 2013 ialah tarikh yang dirancang untuk Hari Kebangkitan Rakyat . Mereka yang tidak bersetuju dengan pemerintah yang ada, telah memutuskan untuk bersama-sama menyatakan suara ketidakberkenan mereka dalam satu perhimpunan sejuta manusia. Tukar kerajaan yang ada dalam pilihanraya akan datang kerana banyak perkara yang mereka tidak percaya. Begitulah niat dan azam mereka.
'Gayung bersambut kata berjawab', begitulah sikap rakyat yang bersetuju dengan pemerintah yang ada. Mereka menganggap perhimpunan itu sebagai tidak mendatangkan faedah malah dikatakan boleh menimbulkan susasana tegang dan pergaduhan. Mesti ditentang dengan menunjukkan kebencian dan kemarahan.

Dunia, pemerhati luar, penuh minat menunggu ketibaan tarikh 12 Januari 2013. Sekurang-kurangnya ada cerita yang bernilai untuk dicatat dan di laporkan tentang Malaysia.
Saya suami isteri telah mengabadikan tarikh ini dalam kehidupan kami. Tarikh inilah yang telah menambah eratkan ikatan kasih sayang kami berdua.
Pada 12 Januari 1976, kami telah dikurniakan seorang putera setelah setahun mendirikan rumah tangga. Gembira? Sudah tentu sekali. Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan perasaan kegembiraan kami itu.
Setiap tibanya tarikh itu selama enam tahun kami tidak pernah gagal mengadakan sambutan hari jadi dan doa kesyukuran diatas kurniaan Allah itu.
Tapi hanya enam tahun saja.
Selepas itu putera sulung kami itu telah ditentukan untuk menemui Allah mendahului kami. Pemergian yang amat memilukan, dalam satu kemalangan.
Maka selepas peristiwa malang itu tarikh 12 Januari itu hanya tersimpan dalam lipatan hati kami berdua. Tiada hari jadi yang diraikan. Tarikh itu tidak lagi menjadi satu diantara tarikh-tarikh yang kami tunggu. Kadang-kadang tarikh itu berlalu saja tanpa kami ingat bahawa pada tarikh itu kami dikurniakan seorang putera.
Hanyalah apabila ada pihak yang merancang untuk mengadakan satu perhimpunan yang diberi nama sebagai Hari Kebangkitan Rakyat pada tarikh 12 Januari dengan simbul #KL112 , maka ianya telah mengingatkan saya akan kepentingan tarikh itu dalam kehidupan kami suami isteri.
Ertinya kedatangan 12 Januari 2013 ini perlu kami raikan sama meriahnya seperti kami meraikan pada enam tahun pertama kelahiran anak sulung kami.
Hanya sedikit rasa terkilan kerana pada hari itu anak kesayangan kami itu tidak dapat turut bersama.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan